TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Monday, 4 August 2014

> RESEPI BIHUN SOTO. BERAYA SENDIRI2 JERR :p

 
 


Happy Monday eberrrywann..1st day keje lepas seminggu lebih cuti raya. Pegi keje pun cam nak pegi kene rotan jer.. syok cuti lame2 part nak g keje jadik lemah kepala lututtt..

Ptg semalam hantar anak sedara, Normarliza @ Liza g terminal bas Kajang sebab dia nak balik Pahang. Sepatutnya bas bertolak kul 4.30pm tp disebabkan misssssssss kemunikesen sangattt oleh pihak bas tu, last2 dia tertinggal bas. So tak jadik balik. Maka terjadiklaaa plan buat Bihun Soto nih mlm tadi. Malas nak makan nasik sebenarnya... x tau nak masak lauk ape.  Sebenarnya x puas makan Bihun Soto yg mak mentua masak masa balik Kelantan ari tu.. tu yg ter-plan nak buat balik...hihih

Saje post gambar Bihun Soto ni kat FB sbb wiken kitorg mmg xde g mane2 nak beraya. Orang pun baru nak balik umh memasing, pastu beberapa rakan mintak resepi.. hihihi... so ni lah resepi dari tukang masak amatur yg dapurnya agak jarang berasap esp time weekdays..mihmihmihh..


*sila abaikan meja bersepah dengan background semekut raya tu..hihih


BAHAN-BAHAN:
*anggaran untuk 6-8 orang makan (kecuali memasing selera cam Naga..hahah)

1) Sekor Ayam - dibersihkan & potong 4
2) 1 Bungkus Bihun
3) 6 biji kentang - kupas potong sederhana nipis
4) Taugeh - cuci bersih
5) Daun Sup & Daun Bawang - hiris halus
6) Bawang Goreng
7) Segenggam Cili padi/Api  + 1 ulas bawang putih
8) 3 batang Serai - dititik
9) 1 inci halia - ketuk
10) 4-6 sudu makan Rempah Soto (Saya guna jenama Mak Siti)
11) 1 bunjut rempah Soto (jenama Mak Siti)
12) 6 ulas Bawang putih & 6 ulas bawang merah
13) Garam & perasa secukupnya.
14) 5 sudu makan Cuka
15) 2-3 sudu makan tepung jagung
16) 1 biji telur
17) 5 sudu makan Kicap manis



Pegedil in the making
CARA MEMBUAT:

1) Tumbuk bawang merah + bawang putih, tumis sampai kekuningan pastu tumis sekali dengan rempah soto. Api biar kecik yer supaya rempah tak hangit.

2) Masukkan air anggaran dalam 1 jug, campak halia yang diketuk tadi, serai & tunggu sampai air mendidih. Air dah mendidih, baru masukkan ayam. Masukkan garam & perasa secukupnya.

3) Ayam dah empuk @ direbus lebih kurang 40-45min, angkat dan toskan.

4) Ayam tadi digoreng sampai kuning ( takmo terlalu garing yer)  dan carikkan2.
5) Bihun  direbus @ celur dengan air panas sampai lembut. Toskan.

Siappppppppppp buat kuah dan ayam. Next.............


CARA MEMBUAT PEGEDIL:
1) Kentang dihiris nipis pastu goreng sampai kekuningan. Toskan dan lenyekkan kentang tu sementara masih panas @ lembut. Pastu masukkan sedikit garam, lada sulah, bawang goreng, tepung jagung, lada hitam (kalau nak) & daun sup.

2) Gentel bulat2 pastu penyekkan sikit, celup dlm telur & goreng sampai kekuningan dengan api sederhana. Tos dan ketepikan.


CARA MEMBUAT SAMBAL KICAP:
Tumbuk cili padi @ cili api bersama 1 ulas bawang putih. Masukkan 5 sudu makan Cuka & 5 Sudu kicap. Kacau sebati. Kalau ramai suka pedas, lebihkan sikit anggaran bhn2 tu..

CARA MENYEDIAKAN BIHUN SOTO:
Bubuh bihun dlm mangkuk, campak ayam yg dah dicarik2 tadi, pegedil, taugey, sambal kicap, daun bawang + daun sup, bawang goreng. Pastu tuang la kuah diatasnya... selamat menikmati. 

ni gmbr snap thari tadi. sempat blk umh makan soto ni kejap sblm hantar anak sedara g terminal bas Kajang. Abaikan presentation yg x seberapa, yang penting..tekak yg merasa..hahaha


babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...