TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Thursday, 30 October 2014

> MEMORI DAPUR KAYU DAN DAPUR MINYAK TANAH

 
 
 
 
 
Gambar sumber Uncle Google. TIA kpd pemilik gambar nostalgia ni :)


Zaman saya kecik2 dulu (thn 80an) saya merupakan sorang kanak-kanak perempuan yang agak lasak.  Walaupun saya merupakan anak bongsu dari 6 beradik, emak tak pernah manjakan saya lebih dari yang lain. Orang selalu cakap, kalau anak bongsu, layanan special. Tapi dalam family saya..bongsu tak bongsu, sulung x sulung..layanan tetap sama. Kalau nakal, tetap kene kayu @ rotan, cubit, pukul..tapi lempang kat muka tu tak pernah laa. Ayah cakap, kalau nak pukul anak, pukul laa sampai patah riuk pun..TAPI jangan sesekali sentuh kepala… maybe kepala tu la “nyawa” kita kot..entah..masa tu saya x cuba memahami pun ape ayah nak cakap..


Tapi walaupun lasak dan nakal macam mana sekalipun, “pelajaran” kat dapur tetap diutamakan oleh emak. Terutama bab masak memasak ni. Emak selalu cakap, nanti malu kat jiran kalau saya tak pandai masak, tak pandai buat kerja rumah,tak  tolong ape yang patut…maksudnya keje2 kat dapur la…


Seingat saya, sejak saya sekolah tadika lagi emak dah mula ajar sikit-sikit macam mana nak masak guna dapur kayu, mak ajar cara nak nyalakan api tu..mula-mula tu, bila try nyala api, setengah botol jugak laa minyak tanah mak saya “korbankan” walhal mak guna sikit jer pun. Dasar pembaziran sangat..hahah


Dulu-dulu manalah ada dapur gas yang petik jer, terus nyala api tu. Sebagai anak nelayan, hidup kitorg memang serba kekurangan. Guna sumber alam ape yang ade jer.. So aktiviti memasak memang guna dapur kayu tu jer laa. Sebab rumah saya tepi pantai..sumber kayu tu dapat dari pantai jer. Emak dan ayah kutip tepi pantai, bawak balik dan susun kat tepi dapur kayu. Bertingkat-tingkat stok kayu api. Saya paling seronok bak susun-susun kayu. Kadang-kayu yang besar2 tu ayah belah & jemur dulu utk keringkan. Dah kering, longgok & susun bawah dapur rumah. Pastu boleh tengok kalau musim tengkujuh, kayu tu tak berkurangan sangat pun sebab takde aktiviti menyalai ikan2 yang ayah tangkap berbanding musim aktiviti menangkap ikan.


 Gambar sumber Uncle Google. TIA kpd pemilik gambar nostalgia ni :)


Tiap kali nak masak, saya suka tengok mak tertonggeng-tonggeng tiup api bagi nyala. Seronok tengok api menyala. Kadang-kadang saya join sekali. Tiup punya tiup, lepas tu muka kene abu..bhahaha.. kadang-kadang lepas tiup, rasa cam gelap dunia kejap. Rasa cam nak pitam tapi bukan pitam..entah..  mungkin masa tu agak berdarah rendah..or sebab kat dapur kayu tu agak panas kot.

Dengan dapur kayu tu laa hari-hari emak masak nasik, masak lauk2, sayur mayor, bakar kuih bahulu. Biasa mak buat kuih bahulu untuk hari raya or yang agak special bila time birthday saya. Kuih bahulu tu akan dipacak dengan lilin blackout tu..bhaha..!! Tak dapat nak imejin eh? Abaikan…hehe..pastu mak akan buat dodol labu, salai ikan, salai udang, salai ikan DOLPHIN EMPESUT. Orang Melanau penggil ikan tu “Jekan Belusuk”. Masa tu tak tau lagi ikan ni haiwan terlindung di bawah undang-undang Negeri Sarawak. Huhu.. Tapi isi dia sedappp tauu…perap ngan garam & kari, pastu salai..perghh!! Dah melalut :p


Bila emak masak nasik guna kayu api, kalau emak sibuk buat keje lain, selalu emak pesan tolong tengok-tengokkan kot nasik dah kering air. Kalau dah kering air, kene tutup periuk dan leraikan kayu api bagi api tu tinggal bara jer. Lepas tu emak akan letak penutup periuk lama kat bawak periuk nasik tu supaya nasik tak hangit. Bab tu saya tak tolong..tak berani sebab periuk tu panas. Konon masa tu saya kecik lagi, tak kuat nak buat keje angkat periuk tu..ihii..alasan sangat kann..tapi memang mak tak bagi buat pun..dia tak caya sangat anak bongsu dia angkat periuk tu. Elok2 masak nasik sekali, tak pasal2 kene masak berkali2.. :p


Bila emak selalu bandingkan saya dengan kawan (anak jiran yang sekolah rendah dah pandai masak nasik & jaga adik2), saya selalu rasa tercabar. Kena belajar masak sebab tak nak kalah dengan anak jiran2 sebelah menyebelah. Walaupun dalam hati tu rasa macam, ehh mak ni asyik-asyik nak puji anak orang jerr.. tapi masa tu takde laa berkobar sangat nak belajar memasak ni sebab saya lebih pentingkan acara main dengan sepupu dan kawan-kawan lelaki. Masa tu kelasakkan saya tu mungkin dipengaruhi oleh Man Usu Mancor @ Paksu Mansor (adik bongsu ayah), Wan Udak Man @ Pak Uda Drahman (adik ayah no.2 bongsu), dan sepupu-sepupu yang lain sebab dorang kebanyakkan lelaki. Kalau dorang melastik burung, saya pun join jugak (maafkan saya burung sebab dah dera awak, masa tu saya tak tau tu dosa… T_T).


Dorang pergi panjat pokok rambutan, manga, [POKOK PEDADA] (pokok yang buahnya masam kelat tapi sedap kalau cicah ngan sambal belacan) klik Pedada, or klik [BUAH BEREMBANG] pastu tangkap ketam, memancing ikan, terjun tiruk, main gasing..bla..blaa..semua saya join.. walaupun berbaju gaun yang kebanyakkannya hasil pemberian mak udak @ mak uda aka mak kepada sepupu saya, Ijan…tak menghalang saya buat semua tu… senang cakap, berbaju kurung tak menghalang dari panjat pokok..bhahah. Kalau ada aktiviti yg girlish skit pun, saya main masak2 tapi still lagi dengan budak lelaki anak jiran..hahaha


Zaman sekarang, saya boleh cakap yang beruntunglah anak-anak dara sunti maupun anak dara remaja dan anak teruna. Semua dah hujung jari jer. Kalau emak suruh masak nasik, janganlah merungut. Kerja paling senang jer masak nasik tu dikk oiiii.. jangan pemalas sangat nak belajar masak, nak tolong emak kat dapur. Bilas beras, cukupkan air ikut sukatan yang mak tunjuk, lepas tu tekan jer suiz kat dinding tu. Pejam mata jer dah siap.


Lepas masak nasik, kalau nak membuta, membuta laa dikk..tak payah risau takut nasik hangit cam kita masak nasik guna dapur kayu. Sebab tak payah nak pantau api tu. Tak payah pergi hutan or pergi pantai angkat kayu berat2 letak atas bahu jer.. dulu2 kalau ada basikal, kira satu bonus la tu… masa tu basikal pun dah mahal T_T


gambar sumber [Koleksi Old Skool]


Sekarang, dapur kayu ni dah tak banyak sangat orang guna. Kalau ade pun, kat kampung2 jer. Selepas wujudnya dapur yang guna minyak tanah (dapur warna hijau tu), aktiviti masak guna dapur kayu agak berkurangan. Mungkin sebab masa tu dapur minyak tanah lagi senang. Petik mancis kayu, nyalakan jer. Tapi mak punye skill, kalau lepas nyala sumbu tu, biar dulu dalam 10min. Dia cakap kalau lepas nyala sumbu terus letak periuk, nanti periuk berjelaga. Kalau part basuh periuk, saya paling lemahhh nak cuci jelaga tu…salunya lepas cuci, mak akan gonyoh2 balik dengan dawai halus tu, kalau tak pun, gosok dengan pasir ambik dari pantai. hehe..  


 saya ade sebijik dapur cam ni, import khas dari Sarawak..haha
tapi still dlm kotak lagi wlupun bawak balik Kajang rasanya thn 2011 -_-'


Saya selalu berangan.. kalau dah pindah rumah bawah nanti (entah bila), selain buat kitchen kabinet dan wet kitchen (dua tu senarai wajib setiap orang yg pindah umah), saya juga nak buat satu ruang untuk letakkan dapur minyak tanah (untuk aktiviti mengukus kek) dan dapur kayu kat belakang rumah. Yang pasti, kene letak luar dari rumah sebab taknak rumah bau asap. Dapur kayu tu nanti, bolehla saya nak salai ikan @ “mipong jekan” ker, salai udang @ “mipong udeing” utk jadi udang kering @ kupah, pastu bakar ikan @ “menino jekan” guna kayu api, masak dodol (kononnnn) dan buat aktiviti2 yang sewaktu dengannya. Heeeeeeeeee banyakknyer angan2 minah jenin.. setakat berangan jer laa dulu..pindahnya entah bila… huhuhuu  “-_-



KAMUS BAHASA MELANAU:

a) mipong jekan - mipong (menyalai), jekan (ikan)
b) mipong udeing - mipong (menyalai), udeing (udang)
c) jekan belusuk - jekan (ikan), belusuk (dophin empesut) 




testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...