TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Thursday, 2 April 2015

> UMAI IKAN PUPUT @ SUSHI MELANAU

 
 


Ni gambar bulan lepas..dah lama lam hp tp rasa sayang lak tak wat entry utk bacaan sendiri..hahah.. bukan ape, blh jd rujukan sendiri or sape2 yang x tau nak sediakan umai. Dah lama teringin nak buat umai sejak duduk Semenanjung ni tp selalunya jarang jumpa ikan yang betul2 sesuai.

Kadang2 bila dah jumpa ikan yang sesuai, stok belacan Miri @ Mukah lak takde. Saya x makan belacan selain dari tu. Entah la..x kene dengan tekak. Tp kalau makan sambal belacan kat kedai makan tu, mkn sikit2 jer la. Colek2 dengan ulam2. Tapi kalau untuk buat ulam sendiri, mmg guna stok belacan yang sentiasa ada. Beza belacan Miri @ Mukah dengan Belacan belah Semenanjung ni ialah warna dan teksturnya.

Belacan Miri @ Mukah warna coklat gelap. Cam coklat Cadbury tu.. Teksturnya moist dan rasa tak pahit or terlebih masin. Ada 2 jenis belacan, Belacan Udang Geragau Sungai atau Udang Geragau Laut @ Tepi Pantai. Biasa org jual siap paket2 seal tu. Or letak dlm daun @ upih. Yang penting, takde bubuh pewarna.

Belacan yang dibuat dari udang geragau sungai rasanya lebih sedap dan tak berpasir. Belacan dari udang geragau laut, kalau tak kene dengan cara penyediaan, kadang2 berpasir sebab masa org yg tangkap & tarik pukat tu, dia x bilas2 dulu dlm air laut. So beli belacan udang geragau laut ni kene tengok siapa yang sediakan. Biasanya mak tak beli sebarang kalau belacan ni.

Belacan Semenanjung plak teksturnya agak kering dan berwarna pink. Salu nampak orang jual lat Pasar Tani sini open gitu jer... hmm..was2 jugak nak beli... sbb kalau tercemar / kene bhn2 lain, belacan tu x leh nak bilas2 dulu sblm masak. Rasa? tak pernah try mkn gitu jer... sbb tak pernah beli. Heheh..

Sapa2 yang masih tak tau atau tak pernah dengar umai ikan ni ape, umai ni ialah makanan tradisional kaum Melanau di Sarawak. Dibuat dari isi ikan yang dimakan mentah. Takde la kata hiris2 terus telan..tapi ianya isi ikan yang diperap dengan jus limau kasturi (sampai isi ikan jadi putih) dan dimakan bersama cicah sambal belacan. Selain cicah sambal belacan, cara utk menyediakan umai ikan adalah dengan mencampurkan terus isi ikan dengan bahan2 umai.

Nak jadi cerita buat Umai Ikan ni..balik keje tu saya ngan incek hubby singgah kat Giant Kajang (dulu Pasaraya Bintang). Nampak ikan Puput ni..sbb dah lama lupa nama2 ikan, so saya ingatkan ikan Pirang. Bentuk lebih kurang ikan Puput ni jugak cuma warnanya agak kekuningan. Gigih call mak tanya pasal ikan tu. Lepas kompemkan, terus beli. 3 ekor tu RM1.92 jer..cam x caya lak beli ikan rega tu.. Sampai umah x buat terus sbb dah ade lauk lain..

So keesokkan harinya, terjadilah Umai Ikan Puput @ Jekan Bilih Matak ni hasil air tangan mak tersayang.. semangkuk tu licin saya ngan mak abiskan. Incek hubby x makan..dia tekak Melayu...x berapa sangat nak try mknn tekak Melanau cam saya nih..hehehe..



BAHAN-BAHAN UMAI:

1) 2-3 ekor ikan Puput / Ikan Pirang (hidangan utk 2-3 org ikut saiz nepesu naga ke nepesu boya) haha
2) *Bawang besar - separuh jer
3) *Cili Merah -  secukup rasa
4) *Cili padi - ikut suka nak pedas mana
5) **Belacan - sikit jer buat ambik rasa
6) **Limau Kasturi - secukup rasa (terpulang kepada nak masam2 ke sedang2)
7) **Garam & Aji - secukup rasa.

* - bahan utk dihiris
** - dlm bekas lain, bahan ni untuk disatukan (Belacan & limau dilenyek2 dlm bekas lain, masukkan sedikit garam & aji secukup rasa.


CARA MENYEDIAKAN IKAN:

1) Ikan dibuang tulang tengah & tulang perut, dan hiris nipis2.
2) Perah isi ikan dengan limau kasturi dlm 5-6 biji. Limau tu buang biji dulu yer.  
3) Biar dalam 5-10 minit, kemudian perah perlahan2 isi ikan tu utk buang air ikan.

Dalam mangkuk lain, masukkan isi ikan yang diperah sedikit tadi tu, dan tuangkan dengan bahan ** (belacan yg dah dilenyek2 tadi). Gaul sebati dan akhir sekali masukkan hirisan cili & bawang tadi. Kalau kurang masin, boleh ejas garam & perasa secukup rasa. 

Lepas tu, boleh laa dihidang. Makan bersama nasik panas2.. hehehe


4 comments :

  1. nyamannya...lamak dah sik molah umai eh. kamek suka belacan sematan. nyaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS MONALEA >>> nyaman..lamak juak x nemu ikan masih fresh kedak ya..xda temu ikan pirang, ikan popot pun jadi la..hehehe... kmk belacan x kisah senei2 asal belacan sinun...sbb lebih moist & nyaman..heheh

      Delete
  2. dah lama tak buat umai ni sedap kan meratah umai ni, nk kena cari ikan jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK NOOR >>> sedappp kak... tp kene ikan fresh2...baru sedap isi & x hancur...wat lak pedas2..perghhhh!! berapi telinga... :p

      Delete

❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...