TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Thursday, 22 October 2015

[RESEPI] TUPIK SEI @ TUMPIK SAGUK @ TUMPI SAGU @ TUMPIK LEMANTAK @ LEMPENG MELANAU

 
 
 
  
 
 
 
 Ya Allah.... rasa agak terkilan bila terjumpa balik gambar ni,. gambar bertarikh 16 November 2014. Gambar tahun lepas tapi saya tak update pun dalam blog. Dah tentu saya akan menyesal sebab tak menghargai dan mengabadikan gambar ni dalam blog untuk tatapan, rujukan dan kenangan akan datang andai ditakdirkan mak dah takder.. untuk kenangan diri sendiri @ anak cucu andai mak atau saya dah takder..supaya saya atau mereka tak lupa asal usul akar bangsa dan keturunan..
 
Masa mak masih dipinjamkan pada kami ni la sepatutnya saya abadikan banyak2 segala kenangan, masakan dan apa2 jer pasal mak, keluarga dan ape2 jer yang berkaitan..ni salah satu makanan tradisional Kaum Melanau... makanan masa kecik2 dulu time susah..time ayah tak ke laut sebab musim tengkujuh. Ni la makanan yang menjadi pengalas perut time sejuk2 kami. Pekena dengan air kopi or teh O... memang sangat nikmat... rasa lemak2 masin... terasa2 di tekak... 
 
Mende ni la menu yang paling senang nak buat kalau ade cukup bahan2 tapi sayang saya sebagai anak jati kaum Melanau dulu2 tak berminat nak belajar buat benda ni. Cuma pandai makan jer...tu pun dah lama tak makan ni sehingga la terjumpa balik gambar ni. Tu pun sebab godek2 dan transfer gambar lama dari hp ke PC.
 
Masa mak datang sini ujung tahun lepas sebab kitorang nak bercuti ke Bandung, saya ckp kat mak yang saya tiba2 rasa teringin sangat nak makan ni. Sebab dah lama giler kot tak makan..tiap kali balik kampung, banyak makanan lain yg sedap2..so yang simple2 macam ni mmg tak layan sangat...sombongnya tekak masa tu..uhuhu..so kebetulan mak bawak tepung sagu (jenis basah) masa datang sini ujung tahun lepas...saya request kat mak mintak dia buatkan dan saya nak belajar dengan dia..nanti kalau mak dah takde...siapa yang nak ajar saya..??? saya tak nak ketinggalan dan menyesal walaupun bagi sesetengah orang mende tu kecik jer...kat sapa2 boleh belajar..tapi takde sape yang boleh menggantikan "chef" keluarga sendiri iaitu "MAK"... *kesat air mata*
 
Bahan-Bahan sikit jer... step by step pada gambar..
 
Tepung sagu dicampur dengan kelapa parut & sedikit garam. Sukatan 1:1. Gaul rata.



Panaskan kuali..sapu sedikit jer minyak. Kecikkan api dapur & sudukan bahan ni ke dalam kuali, ratakan sambil tekan sikit2 supaya tak terlerai/hancur..whatever lah ayat yg sepatutnya tak guna.. eh..supaya padat kondisinya tp make sure buat sedang2 nipis..hihi. Lepas tu tutup kuali supaya wapnya tak keluar & balikkan sama cam kita buat lempeng. (sempat call mak tanye kene bubuh minyak ke tak kat kuali tu..lupeeeeeeeee daa)


Dah masak seperti dalam gambar di atas, bolehlah dihidang & makan panas2 bersama2 teh o or kopi O.. boleh juga cicah gula Apong..errr..kat Semenanjung panggil gula nira kot... mak pun kompiussss nakkkk..




Kan dah cakap..nak taip buat resepi dlm entry ni mmg x ingat stepnya kalau tak call mak..kompem  ke laut laaaa cara penyediaan tu.. lebiu mak..



p/s: Sayangilah ibu anda andai masih ada..andai dah tiada..kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang dah pergi..






bai... *lap air mata*


❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...