BEBUNGA : SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU, ZILA!


9.9.2016 (Jumaat) | Last day Zila, opismet aka geng Bebunga kat Seksyen kitorang. Baru2 ni dorg dlm 5 org dapat surat tukar atau dalam erti kata lain, penstrukturan semula pegawai2 dari JKR (lebih kurang gitu la). So Seksyen kitorg dah makin berkurangan. Hari tu 3 orang keluar sebab naik pangkat, so yang baru ni plak 5 orang dalam tindakan nak melapor diri (ada yang dah melapor diri jugak tapi tangguh) sebab bos mintak penahanan dorang dari keluar dari seksyen ini atas sebab kekangan tugas2 yang agak mendesak. 2-3 orang masih lagi pending....

Hari tu petang zila tak masuk pejabat sebab hantar anaknya gi klinik, so ingatkan dah tak jumpa hari dah last day sbb dah lewat petang tapi dalam 6.30pm baru dia masuk opis balik sebab nak kemas2 barang. Datang dengan anak2, si Irfan dan si kecik, Dahlia yang dah start kene chickenpox...sian Dahlia.. semoga cepat sembuh yer Dahlia cayanggg.

Bila semakan ramai yang keluar dari seksyen sekarang ni, makin terasa sunyi.. walaupun tak lama dengan dorang ni (dorang masuk lapor diri opis kitorg thn 2014) tapi terasa pemergian dorang. 

Zila ni geng sembang2, cite semua topik boleh masuk. Selama saya kenal dia, dia seorang yang sangat cool, lemah lembut dan jarang tengok dia moody..hihi.. memang baik orangnyer... rasa selesa selama berkawan dengan dia.. satu opis...geng sarapan pagi kat meja belakang walaupun saya bukanlah hari2 join dorang sebab masuk 8.30am.

Dia jugak geng shopping shawl tiap kali jualan Puspanita kat opis. So lepas ni xde ler geng nak belek shawl lama2... Terasa kesedihan perpisahan tu tapi nasib baik penempatan baru dia masih lagi dalam Putrajaya..so boleh lagi nak lunch ari jemat join aktiviti bebunga. hhhhihi

Petang tu jumpa kejap jer ngan Zila.. asben dah otw nak jemput balik.. sempat la wefie & bergambar bertiga dengan si kecik Dahlia. Yang tukar snap gambar, abang Dahlia, si Irfan.. nasib baik gambar menjadik.. TQ Irfannn... .ehehehehe




Buat Zila..
Akak doakan semoga zila sukses di tempat baru, semoga berkhidmat penuh dedikasi dan insyaallah perpindahan ni pasti ada hikmahnya. Segala salah silap, gurau2 sama ada sengaja atau tak, harap dimaafkan... Mintak halal makan minum jugak kalau ada.. 

Semoga persahabatan kita dengan [Kak Mast], [Mama Aqief] dan geng2 bunga yang lain berkekalan sampai ke akhir hayat..amin



TQ to photographer cilik, Si Irfan..xde dalam gambar..hihi
 
si Kecik Dahlia... comeyyy betul mek nih..putih gebusss.. :)
  


Post a Comment

0 Comments