TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Friday, 7 October 2016

RESEPI : ASAM REBUS UDANG GALAH


Tekak teringin sangat nak makan udang galah masak asam rebus. Tapi asyik malas nak pegi pasar. So minggu lepas pergi Pasar Tani Putrajaya terjumpa udang ni. sekilo RM39 kalau tak silap tp cakap kat abang tu nak sikit jer. Tapi sebab dah nak tutup kedai & nak habiskan udang tu, abg tu ckp sekilo dia kasik RM35 jer. Terus gelap mata amek sekilo. hahahaha..!! Tapi balik rumah tu tak masak terus. Tau jer laa kalo pegi Pasar Tani, menu dinner pun pasar tani jugak ler.  

So, (5/10) Rabu lepas balik keje tu terus bersihkan udang. Masak cara paling senang, paling simple yang orang tak pandai masak pun bleh buat. Ni biasa arwah ayah masa udang cara gini. Buat kuah banyak2, kenyang hirup kuah jer, lawan plak dengan nasik panas..dahh.. takyah gaduh2 takde lauk lain..hehehe.. Kebanyakkan family bangsa Melanau (especially family weolss) jarang makan santan2. Biasanya rebus2 gini jer.


RESEPI:

1) Udang setengah kg - dipotong/gunting bahagian tajam & buang tempat poo dia
2) 4 ulas bawang merah /  bawang besar - hiris nipis
3) 3 ulas bawang putih - hiris
4) 10 tangkai cili padi - belah hujung jer *ikut kepedasan nak banyak mana
5) 3 tangkai serai - dititik / ketuk
6) 3 keping asam keping
7) Sedikit hirisan halia - optional
8) garam aji secukup rasa

CARA:
 
1) Rebus air bersama bawang merah, bawang putih, cili, serai & asam keping sampai mendidih (saya suka rebus lama sikit nak bg bhn2 sebati)

2) Masukkan udang yg dah dibersihkan tadi.

3) Masuk garam & aji secukup rasa (jangan lupa keluarkan asam keping takut masam sangat) 

4) Siappppppppppppppp hhihiih


 




 setengah kg tu sekali hadap jer. Ratah2. hehehe



.

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...