SKOLIOSIS : PEMBEDAHAN TULANG BELAKANG NINI @ NURSYAMIMI SYARIZAN

 
 
 
 
 
Gambar lama, tahun 2015 kalau tak silap
Hari ni Nini @ Nursyamimi Syarizan (anak sedara) operate tulang belakang. Call abang no.5, dia cakap semalam dah warded. Pagi tadi kul 8.00 masuk OT. Masa call tadi belum keluar lagi dari OT. Cite pasal penyakit Nini dan Nani tadi..ada jugak google pasal tu. Nama penyakit tu  [SKOLIOSIS]

Punca sebenar dia tak diketahui tapi boleh baca info kat link di atas tu. Mula2 tu dikaitkan dengan macam bebanan beg sekolah yang berat. Bila dengar macam tu, terfikir jugak..kitorg masa sekolah dulu (tahun 80-an) lagi berkilo2 berat beg bawak. Bukan naik bas g sekolah..tapi jalan kaki. Sekolah kat kampung tengah.. rumah kitorg kat kampung hilir. Memang hari2 menapak dalam 40-45 minit jugak la. Dah masuk darjah 5-6 baru selesa sikit. Dah pandai naik basikal. So xde dah terasa bebanan tu.
Mungkin jugak zaman sekarang ni macam2 jenis penyakit baru muncul. Contohnya ekzema dan asma..dulu2 jarang dengar..tp sekarang ni penyakit tu dah jadi penyakit biasa yang banyak dihidapi kebanyakkan kanak2.

credit to http://www.mmgazette.com/scoliosis

Macam mana boleh kesan penyakit ni? Abang cakap dia perasan bila Nani (si kakak) mula2 kena dulu, nampak tulang bahunya senget dan bengkok di belakang. Bila bawak ke doktor, doktor sahkan kene Skoliosis. Lepas tu si Nini terjadi benda yang sama. Lagi nampak ketara bila si Nini berjalan, posisi dia macam mendada. Tulang berbentuk "S". Bawak gi check, pun sama Skoliosis. Harap si adik, Nana (no.4) dan adik bungsu, Danial tak berlaku benda yang sama. Syukur jugak sebab kakak ipar keje gomen (Hosp Kuching) dan operation pun dibuat di Hospital Kuching jugak. So dekat laa nak menjaga or jenguk2 dia. Imagine kalau bukan keje gomen dan x de kemudahan perubatan, jenuh jugak tu nak bayar sendiri kalau 2 orang kene selang setahun serentak. huhuhu


Semoga selamat hendaknya. Tahun lepas kakak dia, Nani @ Nurhamimi Hamizan pun operate yang sama jugak. Terkejut jugak dengar sebab tak penah lagi ade kes operate camtu dalam famili kitorg. Bila tanya abang, dia cakap kebanyakkan ade kes kawan2 sekolah mcm tu jugak. 

Zaman makin berubah..penyakit pulak dah pelbagai. Semoga kita sentiasa dilindungi dan sihat2 hendaknya. Amin2..







Post a Comment

8 Comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah sis...dah sedar dah ptg semalam..cuma mamai2 lagi.. tq sis.. :)

      Delete
  2. semoga semuanya baik-baik je. kita yang sihat ni kena jaga kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Sis...alhamdulillah dah makin sihat dia sekarang..semoga kita juga diberikan kesihatan yang baik sepanjang tahun ni dan tahun2 akan datang.. :)

      Delete
  3. alhamdulillah, semoga cepat semboh nini anak sedara cik julieter tuuu., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dah makin sihat dah dia..dah discharge lepas seminggu aritu... TQ atas doa dari pakcik lalat.. ehhh... :)

      Delete
  4. Harap2 Nini dah sihat dan dah boleh pegi sekolah spt biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dah discharge aritu.. insyaalah bulan 3 nnt tggu result SPM dia utk sambung belajar..btw..tq sis.. :)

      Delete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤