MAKAN : BOAT NOODLES @ IOI CITY MALL


26.01.2017 | Hari tu balik keje Incek Hubby ajak g IOI City Mall book sofa. Pesan kat mak awal2 kat rumah supaya makan dulu kalau lapar + takut malam tu balik lewat. Memandangkan lepas beberapa siri misi men-survey, akhirnya jumpa sofa yang murah plus offer sempena CNY, so memang tak tak tunggu lama la.. Kebetulan plak rezeki Incek Hubby dpt bonus sikit, so lepas tolak belanja dapur dan lain2 hutang piutang, lepas la seketul sofa. Rumah pun since pindah setahun ni still kosong lg. 

Lepas settle bayar, Incek Hubby ajak makan Boat Noodles. Selalu dengar jer member makan boat noodles nih..tapi tak pernah try. Semua Incek Hubby yang order sebab tak reti nak order ape. Takut tak sedap. So follow jer la..

Akhirnya hasil yang diorder seperti di bawah ni...



8 mangkuk mi. tapi tak sure berapa perisa ni..


Yang kuah keruh tu boleh la kata sedap jugak. Yang kuah jernih ade daun tu so-so.. kene jer mangkuk tu, suh Incek Hubby abiskan..kahkahkahh


Green Tea tu Incek Hubby ckp sedap..pekat katanya.. dah minum, boleh la..


Wajib lah snap gambar camni tanda abis melantak.. kuikuikuuiii



Roasted Chicken ke ape ntah nama.Sedap jugak. Sos pekat. Tapi sikit ni dah berbelas hengget.





So boat noodles ni bg tekak iolss, iolss kasik 3.5 bintang jer. Untuk menu mi tu la..utk ayam tu, boleh la kasik 4.6 bintang.  Lepas makan, terus gi Tesco cari barang dapur,. buah2 & sayur pastu balik rumah. Kenyang dengan rasa bersalah sebab mak sorang2 kat rumah. Tak bawak mak sebab balik dari opis terus ke IOI City Mall. Lagipun cam kelam kabut nak bawak mak sebab jalannyer kejap jer.. melainkan betul2 plan mmg nak jalan. Ni semata2 nak book sofa jer. Next time la bawak mak jenjalan Ikea lagi. Ade lagi mende dia tak abis cari aritu..hihii



Post a Comment

0 Comments