TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Friday, 22 September 2017

KOLEKSI BEKAL ZAMAN SEBELUM PENYAKIT "M" KRONIK MENYERANG DULU-DULU



Koleksi bekal dulu-dulu yang tinggal kenangan. Dulu balik keje, rajin jugak kadang2 masak 2-3 lauk. Sekarangggggggggg...hmmmmmmmm.. kalau balik lewat, pastu malamnya incek hubby kene masuk keje balik, memang tak sempat laa nak masak. So masak kat kedai la jawabbbnyaa, sampai tekak dah tak tau nak makan apa. 

Pastu bila balik awal plak, rasa cam takde semangat sangat nak masak 2-3 lauk/sayur. Last2, masak 1 lauk jer la. Sayur pun kadang2 jugak. Pas balik dari Kuching aritu, sampai sekarang tak pergi lagi pasar borong memborong lauk untuk buat stok, sebab incek hubby wiken kena keje plak. Lagi la bertambah2 takde mooooodddnyerr punnn kalo nak masak untuk sendiri. Ntah biler la penyakit M kronik ni nak pulih. Rasanya bekal paling latest aritu pun Sambal Sardin jer. Berselera makan (sebab incek hubby yang masak time tu, bininya hari tu "sakit ngade2") pas separuh hari kat Penjara Utama Kajang sampai tak larat nak bangun. kohkohkohhh



Meriah time ni. Lauk masak baru, lauk recycle semalam & 2 hari lepas punye (beku & masuk freezer). Nak buang, sayang wehhhh..rezeki tu. Berpeluh ketiak keje siang malam cari duit nak besokan perut, alih2 nak buang. Orang kat Somalia, kebulur mati kelaparan. Bagi orang yang biasa hidup susah cam saya, lauk semalam or hari sebelum tu memang dah biasa makan. Selera jugak makan, sampai tahap tak kurosss2 pun. hahaha.. Teringat zaman kecik2 dulu, nak makan ayam pun jarang walaupun bela ayam. Sebab ayam tu biasanya bela untuk amek telur & sembelih time2 tertentu cam raya ke..or time teringin. 

So kalau makan nasik panas2, gaul marjerin lawan plak ikan kering tu, apedehalll sangat. Faveret tuhh. NOstalgia. Kadang2, kalau takde lauk sangat, nasik panas tu tuang ngan teh "o" pastu makan ngan ikan bilis. Ikan bilis tu makan mentah, just basuh & makan gitu jer la. Wat lek, wat pisssss jer mintak nasik kat mak, tuang teh o lebihhh. hahaha

Teringat cite sorang kawan, hubbynya tak makan dah kalau lauk semalam tu. Tak biasa katanya. Fuhh.. mungkin family have-have kot. Makan sekali jer, takde ulang2 dah lauknya. Agak payah jugak kalau nak survive or dok tempat/umah orang kalo jenis camtu. Kang tuan rumah hidang lauk semalam, terkebil2 agaknya mata pandang lauk. 

Yang kesiannya, kawan tu laaa. Penat2 balik keje, memang wajibb masak. Lauk semalam tu, dia panaskan..dia la makan. Dah hubbynya memang takkan makan. Kalo tak abis, memang tong sampah laa jawabnya. uhuhu




Semangat waja masa ni nak bawak bekal. kehkehkehhhh

1) Sup kaki ayam
2) Sambal ikan tongkol
3) Ikan tongkol masak kicap jugak (masak utk diri sendiri sebab dah jemu makan sambal2 ni)
4) Tempe goreng
5) Puding Cheese + Milo
6) 3-in-one Milo & Teh Tarik





Pastu hari / minggu bile ntah tu, masak ni plak;

1) Ayam Masak Lemak + Kentang
2) Budu kaooooooooo + Cili Padi + Limau Nipis (makan budu kat opis, kaooooo...ekek)
3) Ulam Daun Tenggek Burung
4) Cucur Telur / Lemak Manis (untuk cicah kuah masak lemak dalam satu bekas tu)
5) Keropok Keping dari Ganu..heheh




Tu jer la kemeriahan membawak bekal kat opis tu. Pastu dah tak buat dah. Kaoo malasss, so tak payah la komplen mekanan kat cafe tu tak sedapppp, khennn kahkahkahhhh :p



4 comments :

  1. nampaknya kena tunggu zaman R balik baru berbekal semula ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ler pasal...tp zaman R tu ntah bile nak berulang balik..ekekeke :p

      Delete
  2. Baca post ni membuatkan Siqah rasa nak masak sardin malam ni. Hihi. Sedapnyaaa ~ Siqah jarang masak malam. Mujur suami tak kisah jugak sebab dia pun tahu penat kan. Susah jugak kalau jumpa orang tak makan lauk semalam. Siqah pun sebenarnya jarang makan lauk semalam. Masak memang cukup2 je. kalau lebih, paksa suami atau diri sendiri habiskan lauk. Hihi.

    anyway, salam singgah kembali dan follow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite biasa masak malam sbb blk keje pun dah lewat..tp kalau lewat sangat, masak kat kedai jer la jawabnyer..tp tu laa..incek hubbyernyer x berapa nak gemar sangat kalau makan kat kedai... rela lg makan simple2 asalkan kat rumah..hihi

      Delete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...