TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Thursday, 30 March 2017

RESEPI : KARI IKAN SIAKAP



Hari tu tiba2 tekak teringin nak makan kari ikan. Teringat ade beli ikan siakap. Asalnya plan siakap tu nak masak asam pedas sebab jiran ade sedekah bunga kantan dengan serai tapi sebab balik keje malas nak singgah beli daun kesum, last2 ikan ni saya decide nak masak kari jer. Memandangkan bahan-bahan dah ada (termasuk daun kari yang ditanam kat balkoni sekangkang kera tu), so petang tu balik keje, letak henbeg, tukar baju terus  sinsing lengan ke dapur siapkan masakan untuk makan malam.




Bahan-Bahan A:
- Ikan Siakap - potong 3 @ 4 & bersihkan

Bahan B:
Tomato
Kacang Bendi
Cili Hijau

Bahan C (Blend):
Bawang Putih
Bawang Merah
Cili padi - optional
Halia
Cili Kering / Cili Boh
Lada Hitam 
Kunyit Hidup/Serbuk
Jintan Putih
Jintan Manis

Bahan D (Tumis):
Rempah Tumis
Halba Campur
Serbuk Kari Ikan Alagapas / Alagapas
 Daun Kari


Bahan E:
Air Asam Jawa
Santan
Garam 
Serbuk Perasa 


Cara Memasak:-
1) Tumis Bahan C (bahan blend) sampai naik minyak, lepas tu masukkan Bahan D. Kacau rata. Lepas tu masukkan sikit air.

2) Dah mendidih, masukkan Bahan E secukup rasa.

3) Masukkan ikan tadi, api biar perlahan supaya santan tak pecah minyak & ikan tak hancur. Lepas tu masukkan Bahan B. Dah masak, boleh la tutup api dan hidangkan.



testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...