TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Saturday, 16 September 2017

CARI MAKAN : MEDAN SELERA, PRESINT 8, PUTRAJAYA YANG KINI SEPI



Salam Sabtu. Medan Selera, Presint 8, Putrajaya yang kini sepi dan lengang. Tak ingat bila last pergi makan sini disebabkan pertumbuhan kedai makan / restoran yang sangat pesat dalam Putrajaya ni sampai la haritu baru tergerak ati nak try. Tu pun sebab ter-lalu situ masa nak g Guardian.

Minggu ni jer dah 2 kali pergi makan kat sini lepas balik keje. Sebabnya incek hubby keje malam. Kalau balik kul 8 sampai rumah then dia kene masuk keje balik 10pm, memang tak sempat la nak masak.  

Banyak kenangan medan selera ni. Masa mula-mula lapor diri keje kat Putrajaya tahun 2002, duduk rumah sewa yang masih kosong kat Flat Hijau @ Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9, yang masih takde kedai lagi tu, kat sini la hari-hari menapau nasik ayam dan lain-lain. Petang balik keje, kitorang (budak Sabah/Swk) naik bas NADI PUTRA yang sekarang macam hampir tak bernadi dah dari Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM), berebut dan berhimpit dengan pekerja pembinaan (dengan segala macam aroma yang menusuk paru2) pastu berenti kat depan Medan Selera, Presint 8. Tapau makanan secukupnya sebelum naik semula bas kat situ untuk balik ke rumah. Situasi yang sama jugak, bas penuh dengan theyolss tapi takde pilihan. Tak singgah tapau, malam nak makan apa. Dapur semua mana beli lagi. Gaji pun tak masuk lagi time tu.

Kadang-kadang, kalau balik lambat dah malas nak singgah. Dalam hati redho jer la balik rumah rebus megi (TQ utk budak rumah yg beli cerek masa tu) hehehe. Tapi selalunya, ada nasik ayam / makanan lain digantung depan pintu rumah oleh mamat sabah jiran sebelah pintu umah. Yer la masa tu sibuk nak usha, macam2 dia buat. bagi makanan, bagi buku2 agama dan Al-Quran ape sume tu. Alhamdulillah rejeki..ehehe  tp iolss time tu setia orangnyaaa walaupun pakwe nun jauh di Bintulu hihihih. 

Bila dah pindah flat hijau, dah ada dapur sendiri..ada jugak makan kat sini tapi jarang. Masa tu mane la rajin nak naik bas gi sana. Masak kat rumah, makan beramai2 lagi nikmat walaupun ikan terubuk masin goreng, nasik putih pastu sup sayur sawi jer..hehe 


Lengang. Ni area tingkat bawah, kedai pun banyak xde.  


kali kedua pergi tu nak try makan kat bawah, satu je bukak, pastu air kene order atas. hmm x jadi la..









Yang 1st pergi tu makan chicken chop & chicken grill. Sedap jugak. Kuah banyakk aiiloikeee





ni kat tingkat atas. Pun kedai tak bukak banyak 


Lengang, maybe hari bekerja. Tak try lagi pegi sini kalo wiken. 









2nd time pegi order yang ni.


siakap 3 rasa dia sedap. tomyam boleh la. Janji murah. 


kitorg amek set A. Murah la kot kalau kira dengan harga standard tempat lain di Putrajaya. 

Kalau sape suka lepak2 or makan tempat yang tak ramai orang dan tak payah bersesak2, situ boleh la bawak family cuma takde banyak pilihan sangat. hhihi



RESEPI : SAYUR TERUNG ASAM @ TERUNG DAYAK + IKAN LUMEK @ IKAN LUMI SALAI



Kalau orang Sarawak, memang tak asing Sayur Terung Asam @ Terung Dayak ni. Rasanya belah Sabah pun ada kot kalau tak silap. Saya sendiri memang suka sangat ratah sayur ni. Bubuh pulak Ikan Lumi salai, hirup kuah panas2 dengan kepedasan & kemasaman yang semacam satu nikmat yang tak boleh digambarkan dengan kata2. Orang cakap mak mentua macam cite kasim selamat tu lalu pun tak pandang dahhh. haha...

Sebab tu tiap kali balik Kuching or Mukah, saya akan bawak stok. Tak banyak pun biasanya sebab makan sorang kalau dah kat Putrajaya. Incek hubby dia suka yg masam2 tapi part sayur ni dia kenot go. Takpe laa bang..tekak ko budu  jer kan..ekeke

Resepi dia senang jer.. Cara masak pun tak susah. Campak2 jer..bagi yang tak tau, boleh refer kat bawah ni cara penyediaan.

SAYUR TERUNG ASAM @ TERUNG DAYAK & IKAN LUMEK @ IKAN LUMI SALAI
Oleh: Juls Julie

Bahan-Bahan:
1) 1-2 biji terung asam @ terung dayak - cuci bersih dan belah 6 or 8 (tak payah kupas kulit)
2) Cili padi - secukup rasa / ikut kepedasan
3) Bawang Putih & Bawang Merah secukupnya
4) Sedikit belacan.
5) Garam & Aji secukup rasa.

Cara Menyediakan:
1) tumbuk lumat semua bahan atas kecuali terung tu. Tumis sampai bawang layu dan masukkan air dalam periuk. Saya suka air banyak sebab nak hirup kuah sayur tu. hehehe

2) Bila air dah mendidih, masukkan terung asam tadi. Masak sampai lembut. Pastu masuk garam & aji secukup rasa. Kemudian last sekali masukkan ikan lumi salai tadi. Biar kejap pastu tutup api. Tak payah masak lama sangat, nanti ikan hancur.


IKAN LUMI SALAI
Cara Menyediakan:
1) Ikan lumi dibuang tulang perut, bilas sekejap & tos. Tulang tu tak buang pun takpe sebenarnya sebab tulang lembut cuma time nak makan nanti cam leceh nak asing2kan. hehe

2) Masukkan dalam periuk berisi sayur terung asam tadi. Cara lebih kurang cam kita masak ikan salai masak lemak tu jer. 



cara mak buang tulang ikan lumi



Dah siap masak..hhehe







saya suka makan gini. Buh nasik dalam tu sekali., Nasik kurang, sayur banyak. insyaallah leh kuruss.. ehhhh tetibe




❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...