TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Saturday, 30 December 2017

CEMPEDAK MADU RM8 SEKILO


Salam...ehhh dah nak penghujung tahun 2017 dah kita. Terasa kejap bebeno masa berlalu.. Dah nak masuk tahun 2018 dah pun. πŸ‘€πŸ‘€ Banyak azam tahun 2017 nak fwd ke 2018.. hahah.. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Tapi banyak lagi entry tak up dalam ni untuk kenangan 2017

Hari ni dah cuti, tapi tak plan pun. Nak kata tak sihat sangat, tak jugak. Tapi mata dari malam tadi asyik berair sampai rasa rimas ler plakkk. Jenuh nak lap air mata. Bukan tengok drama wan maimunah berlakon pun nak keluar air mata bagai..tapi mata rasa panas jer sampai ke pagi tadi. So wassap bos cakap EL ari ni..

So sepanjang hari ni dok umah jer la. Petang2 sikit ngemas umah. Slow2 sebab tanak stress katanya alasan sangat Semalam petang, jiran wasap bagitau hari ni ada orang jual cempedak madu datang bawah blok. Sekilo RM8. Incek hubby tanye nak bape kg, so dengan kompidennyer, kita cakap la nak dalam 2kg jer (sebab imagine buah cempedak tu kecik2). Makan dua orang jer pun.


besar giler utk 2 orang makan. hehehe

So lepas Isya' tadik, incek hubby pegi laa bawak RM40 dalam poket. Rupa-rupanya sampai kat sana, cempedaknya besar-besar. Timbang2 yg dia amek tu, dalam 5kg. Ngam2 5kg dengan duit dia bawak RM40 tu. hahahah... 


Time incek hubby dah kat tempat orang tu jual, dapat pulak wasap dari jiran gambar buah duyan nih,. Terus laju2 capai hp nak call incek hubby nak suh beli sebijik jer duyan tu tapi call2 tak dapat. Sampai jer dia kat umah, terus cite pasal buah duyan tu & yang pasal call dia tak dapat. Konon nak suh beli duyan la. Dia jawab "..nasib baik tak dapat call tadi..cempedak ni ngam2 RM40 duit abg bawak tau.." adoi laa..hahaha x merasa duyannnn πŸ˜‚πŸ˜‚ 


isi cantik, kuning & manis, boleh makan terus




Cempedak tu, saya makan gitu jer, tak goreng2 pun. Pastu tengok incek hubby makan jugak gitu. Dulu dia tak makan kalau tak goreng. Pelik rasa kalau tak goreng dia cakap. Dah lama2, terjebak jugak makan tak goreng. Manissssssssssss apa..hehe.. Orang Melanau makan cempedak ni jarang la nak goreng bagai. Biasa makan mentah gitu jer. Sama macam makan Umai (isi ikan mentah perah limau tu).

Tapi lepas makan gitu jer tadi, dia request nak cempedak goreng plakk.. Makanya kul 11.30 malam, gigih la membancuh tepung & menggoreng di tengah2 malam. Sempat la makan seketul jer yg dah goreng..sebab dah kenyang makan yang tak goreng. Gambar cempedak goreng tak snap. Sebab cempedak agak masak & lembik. Masa goreng pun keluar air manisnya sampai hitam2 minyak untuk goreng tu. Dah siap angkat, dah cam cempedak ala hangit dah warnanya.. hehehe 





Balance tu dah siap masuk bekas, simpan lam peti ais. Esok kalo rajin boleh goreng lagi. Kalo tak, goreng terus dalam mulut jer la..hehehe tak tau rajin ke tak nak goreng esok sebab plan nak mencandat kat Ikea Cheras.. kehkehkehh




Update hari ni: 

Pagi ni goreng lagi balance cempedak madu semalam. Guna minyak semalam, so hitam2 la cempedak gorengnyer sebab cempedak dah masak sangat. Tapi still sedap.. 







Bijinya pulak kite kumpul & rebus lama sikit bagi empuk. Ratah makan petang tadi depan tv. heaven & nostalgia rasanya.. hihih


❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❀ KLIK OLDER POSTS ❀

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...