TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Monday, 28 May 2018

RAMADHAN 2018 : FENOMENA ISTIWA MATAHARI DI ATAS KAABAH @ ISTIWA A’ZAM (ISTIWA UTAMA).



1.   Penentuan arah kiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunat.  Jadi umat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’abah.


2.   Setiap tahun ada 2 waktu yang telah Allah swt  tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’abah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).


3.   Alhamdulillah, dengan ketentuan Allah swt  ini, membolehkan umat Islam di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat.


Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.






Apa yang perlu dilakukan?

SEBELUM
  • Pastikan jam yang selalu menjadi rujukan kita mengikuti waktu piawai yang tepat.  Kita boleh juga memeriksanya dengan SIRIM atau seumpamanya.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. 
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga kita boleh melihat matahari dari kedudukan tempat kita pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

KETIKA PERISTIWA INI BERLAKU:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.  (Rujuk lampiran)
  • Tandakan arah qiblat.
SELEPAS.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada Allah swt  yang telah memberikan peluang untuk kita memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh kita ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini memberikan manfaat buat mereka yang mahu mengambil manfaat.  




2 comments :



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...