TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Tuesday, 5 June 2018

RAYA 2018 : SHOPPING KAIN BAJU RAYA DI JAKEL OSTIA, BANGI



05.06.2018 | Salam 20 Ramadhan. Dah masuk hari2 terakhir posa kan. Kejapnyer masa berlalu. Mesti suri2/mak2 semua tgh sibuk membiskut, menge-kek dan menyoping baju raya famili tersayang. hihi..

Kite thn ni xde semangat langsung nak raya. Walaupun baju raya dah siap awl, tp persiapan tu mmg xde sgt. Biskut pun tunjuk2 jer (tak buat sebab oven dah rosak, baru jerrr rosak). Lain2 beli kerepek jer la. Cuma tak sabar nak balik kpg halamanku di Sarawak jer, jumpa mak tersayang. Jumpa adik beradik dan anak2 sedara. Dan juga bakal jumpa makcik2 bawangggggg *tangan di dada, mata ke atas*. Arghhhhhhhhhhhhh

Baju thn ni tema biru muda / tekois utk 1st day, emerald green utk 2nd day, kelabu utk 3rd day, dan hijau untuk 4th day (ehhhhhhhhhhhhhh kata x semangat tp baju berpasang2 hahah). Sebenarnya raya kat Sarawak mmg biasa camtu. Kalau raya seminggu, seminggu tu laa berbaju kurung, baju melayu siang malam. Ziarah sanak saudara, memang agak janggal la sikit kalo pakai baju t-shirt/berkolar jer. Takde sape nak komplen panas ke ape sbb tradisinyer mmg camtu. Time raya jer pun nak pakai baju seminggu gitu.  Lepas tu kalo panjang umo, thn depan merasa lagi pakai baju raya tu.

Baju raya pulak, tak semestinya kene beli 4-5 pasang setiap kali raya, terpulang pada bajet memasing. Cam kite plak, biasanya recycle baju2 raya thn lps2 or baju kurung gi keje. Tak payah fefeeling Che Ta sangat sampai 30 pasang baju raya. hahah.. Tak kisah pun baju recycle ke ape janji kemeriahan tu terasa. Dan cam kite ngan incek hubby plak, hanya buat baju raya kalo turn raya balik Sarawak jer. Sebab raya kat Sarawak, hari kedua or ketiga tu dah start berbalas kunjungan ke rumah sedara mara. Biasanya dalam sehari tu pegi dalam lbh kurang 10 buah rumah, malam plak sambung balik berjalan raya. So baju raya memang kene extra lah. Selain nak jumpa sanak sedara, plg best bab nak rasa kek2 dan kuih muih dorang buat. Mana yang rasa sedap giler, berbalas wasap tepi mintak resepi. Dan biasanya dorang tak lokek ilmu. Dan biasanya resepi tinggal resepi, try nyer idokkkkkkkkkk... haha

Raya kat Kelantan plak mmg tak buat baju pun. Rasanya selama kawin ni, baru 3-4 kali jer kot buat baju raya. Incek hubby sendiri yg ckp tak payah buat. Sebabnya biasa raya kat kpg dia, tak meriah mana. 1st day raya jer berjalan umah sedara mara, tu pun dalam 3-4 rumah jer. Selebihnya byk membongkang dalam rumah or mengharung jemmmmm kat KB Mall tu. So recycle baju raya masa kat Sarawak jer la. hehehe. 

Aritu incek hubby cakap nasib baik dah beli baju awl2 kat Jakel Bangi. Ramai giler orang katanya.  Bersesak2. Kite pun mmg tak rajin nak bersesak time raya camtu kecuali terpaksa. Sebab bila bersesak2 tu, banyak menguji kesabaran dan menguji keselamatan poket2. So bila baju dah siap ni, tinggal nak cari tudung jer la. Tu pun kat jualan opis. hehehe..

So layan jer la gambar2 bawah ni. Gambar masa mula2 bukak aritu. Malas nak taip panjang2 sebab nak sambung kemas bilik mak. Pas raya nanti insyallah nak bawak dia datang Putrajaya. Aritu tak sihat. Rasa cam nak pitam2 sampaikan ade beberapa hari tu tak larat puasa wlupun dia ckp syg nak tinggal posa, rasa x stabil/terhuyung hayang sebab salah makan ubat (kes ni nak siasat balik raya nnt, terjah hosp sebab apa bagi ubat gastrik sedangkan mak tak gastrik. Mak cuma ambik ubat darah tinggi 2 jenis & ubat kolestrol 1 jenis tp tetiba terselit ubat gastrik yang anak sedara (dia keje farmasi) ckp jenis agak kuat), dan ubat tu plak mak makan tiap2 hari. -_-' Rasa nak ngamuk jgk ni bila menaip ni tp sbb x tau kisah dari awal, so kene banyakkan bersabar jer la selagi blm ada penjelasan dari hospital.



































































10 comments :

  1. lawa-lawa kain kt Jakel..bahaya kalo silap makan ubat, tapi camner boleh terselit ubat gastrik..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ahh..mmg lawa2..harga pun lawa2 jgk..ekeke..

      tu la..bila tanya doc, doc ckp dlm wad mungkin mak ade ckp sakit perut ke ape..tp bila tanya mak, mak kata alhamdulillah selama semalam warded tu dia xde lak sakit perut... allahualam

      Delete
  2. boleh muflis masuk Jakel Ostia ahaha.. semua nak beli kan.. baru sekali pegi ritu balik kampung. time tu tengah promo kain Hanis Zalikha tapi baju2 raya xdak lagi.. Ariani Ready To Wear pun menarik =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ahh..mmg blh muflis...masuk dlm tu rasa nak jadi ala2 che ta plak bajunya..ekekekek

      Delete
  3. Wah... Mesti cantik baju rayanya. Sebab jakel memang terkenal dengan design kain yang lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju rayanya biasa2 jer kakkk..pegi sana geram tengok lace tp rega tuh laa..hahahah..last2 pilih lace biasa jer.. jangan x merasa pakai kain lace..ekekeehehe

      Delete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...