> #DAY 6 (3.04.2014) ABANG JAYA @ SAMSUDDIN @ ICU, HUS - PERGINYA DUA (2) ORANG JIRAN SEBELAH KATIL ABANG

#throwback - kisah masa kat Hospital hari tu.. perginya dua orang jiran sebelah katil abang...sorang sebelah katil..sorang sama ICU..lain2 bilik...

#Day6 - perginya mendiang pakcik jiran sebelah katil abang
3 April 2014 (Rabu) 

Kami masih lagi berkampung di depan wad ICU, Hosp. Pagi tu perginya jiran sebelah katil abang. Seorang pakcik yang dah agak tua. Tenangnya pagi tu ahli keluarga dia yang duduk bersebelah dengan kitorg menerima berita tersebut. Saya pun x pasti sakit ape pakcik tu sbb masa tu mmg xde rasa nak tegur2 orang sebelah dengan keadaan kusut masai, serabai & gelisah macam tu.
Setiap kali tengok troli bawak jenazah ni keluar dari ICU, air mata kami bergenang. Takut menghadapi berita yang tak disangka2. Masih banyak lagi amalan yang perlu dikumpul untuk bekalan ke sana...
Bak kata seorang sahabat, berada kat hosp & melihat kematian mmg cukup menginsafkan. Benar kata beliau...masa saya apendiks pecah & warded selama 9 hari kat Hospital Putrajaya tahun 2008, saya jadi takut. Rasa cam x panjang jer umur bila org yg sama apendiks jugak dengan saya dah boleh keluar wad hari ke-4. Sedangkan saya tak dpt bangun selama seminggu & cuma boleh bgn hari ke-8..tu pun kene paksa. Seminggu tu saya x dibenarkan makan dan minum..rasa cam mintak sedekah jer mintak air satu penutup @ satu straw kat nurse. Cuma utk basahkan tekak..! T_T
Penghujung Tahun 2012 pulak warded lagi sekali. Kali ni 10 hari lepas 2 bulan lebih saya demam x baik2. Rupanya kene virus. Yang org jarang2 kat Msia ni kene pulak tu. Masa doc bgtau pasal penyakit tu, saya rasa gelap jer dunia sbb langsung x pernah dengar virus tu wlupun doc ckp insyaallah boleh baik.
Betul..!! pendosa cam saya mmg takut mati...rasa menyesal ngape la x buat solat taubat byk2 sblm ni. Amal ibadat seciput, amalan saya selama ni entah diterima atau tidak..apatah lagi nak layakkan saya pergi ke satu destinasi yang umat Islam idam2kan..
T_T
Berbalik kepada kisah abang saya...masih lagi tiada perubahan. Tiada tanda2 untuk beliau sedar. Kali ni saya dah berani nak tanya2 nurse. Jawapan ttp sama..tiada perubahan, tekanan darah dia masih tinggi malas pernah cecah 211/100++ (setakat yg pernah saya nampak sendiri), masih bernafas dengan bantuan mesin dan masih lagi diserang sawan bila tekanan darah dia terlalu tinggi dan tu bukan berita baik yang sanggup kami dengar...
air mata sentiasa mengalir bila dengar penjelasan nurse atau doc.... kakak ipar pulak biasanya akan masuk jenguk abg bila lepas saya bgtau keadaan abg..tak sanggup katanya. Siapalah yang tergamak bila tgk org tersayang dlm keadaan nazak macam tu.... dan saya masuk sebab saya terpaksa masuk...demi nak tgk keadaan abg...dan mengharap bila saya masuk, abang dah bukak mata & pandang saya...

INNALILLAH... MENINGGALNYA STUDENT UNIMAS
Selang 3-4 hari lepas pakcik ni meninggal, jiran sama ICU abg pun meninggal jugak. Kali ni remaja perempuan berasal dari Kedah. Student UNIMAS. Masa anak dia masih kat ICU tu, saya ade tegur2 makcik tu. Sebab kitorg berkampung depan wad tu beramai2. Katanya lepas anak dia ok sikit nnt, nak bawak anak dia balik Kedah. Ayah student tu pulak masa tu baru jer balik Kedah. Katanya kete dah 3-4 hari parking kat airport. Lepas tu nak jenguk adik beradik student tu pulak kat rumah...
Tak sangka pagi tu membawa berita yang tak disangka. Anak makcik tu meninggal 7.30am. Kitorg ade ternampak lecturer jalan laju2 masuk ICU, lepas tu tgk muka makcik tu lain macam..sedih..tp dlm hati beranggapan mungkin sedih sbb dengar berita x baik pasal anak dia.. biasanya sapa yg duduk ICU,. mmg air mata mmg takkan bleh tahan2.
Rupa2nya mlm tu ubat2 & susu dah x diterima oleh badan student tu... dan pagi nya dia meninggal. Yang buat kitorg tau, masa katil bawak jenazah kuar dari ICU & diiringi oleh makcik tersebut dan anak yg sulung.
Kitorg semua terkejut. Saya tunjuk makcik tu....tanpa bahasa & suara..makcik tu angguk. Makcik tu lalu depan saya, saya peluk dia... kak ipar pun peluk dia.. kitorg bertangisan. Mintak makcik tu bersabar. Hati dia..Allah SWT jer yg tau... kitorg tanya bila, dia ckp pagi tu...7.30am.
Makcik tu ckp... kitorg dah nak balik dah........
 
 
lemah... jalannya longlai..
 
 
saya cuma mampu memandang katil jenazah tu dibawa pergi...dengan linangan air mata... 
T_T

Post a Comment

2 Comments

  1. Salam dear,

    Ya Allah bergenang airmata baca entry you. Yang hidup ini sudah pasti akan mati.. innalillahiwainnahirajiun..

    Maaf, abang you sakit apa? I tak follow cerita you dari awal. Cuba lah suruh kakak ipar selalu sembang dengan suami dia sambil pegang tangan dia. Mana lah tau dia boleh dengar.

    Sangat menginsafkan kita bila kita berada dengan orang-orang yang dekat dengan maut sperti di ICU tu. Mudah-mudahan bang you akan sedar dan sihat macams selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlkmslm Dear Honey,..

      terima kasih sudi membaca kesedihan kat sini..entah la..kdg2 ada benda yg mesti diluahkan...disimpan terasa pilu dan sesak dada menanggung. Tambahan pula mcm2 dugaan yang dialami lately.

      Alhamdulillah. Allah SWT datangkan dugaan ini utk kami sekeluarga. Mungkin ada hikmahnya..mungkin Dia ingin kami lebih dekat padaNya...merayu, dan kuatkan semangat. Lebih mengingati Dia dari sebelum2 ini. Mungkin sebelum ni kami ingat tak tak selalu.. kdg2 selalu, tp tak bersungguh. Allah jer tau ape hikmah disebalik dugaan yg dia datangkan kebelakangan ni.

      Abang asal2 kene asma, then darah tinggi terus naik cecah 211/100++. Mungkin time tu dia tgh stress dan marah jugak... Kene time Maghrib kat umah... Terus sesak nafas. SIL & anak no.3 dia terus bawak ke Hospital Umum Sarawak.

      Dalam perjalanan ke HUS tu, anak sedara ckp ayah dia dah x bernafas. Sampai kat HUS, doc terus buat CPR. Doc sahkan jantung dia berenti 10min., Kat ICU dlm 11-12 hari, bernafas dgn support dr mesin oksigen.

      Lepas tu masuk wad biasa sbb dah bleh bernafas sendiri.. Tapi sampai sekarang dia terus x sedar ...doc mmg xde bagi harapan ape2 dari 1st day sampai sekarang. Kami cuma mampu berdoa agar dikurniakan keajaiban & abg diberikan peluang ke-2 utk dia terus jadi imam kepada isteri dan anak2nya.. :'(

      Delete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤