> [RESEPI] TERUNG ASAM @ TERUNG DAYAK @ TERUNG IBAN MASAK IKAN SALAI



Pernah dengar nama seperti dalam tajuk di atas..? Lagi satu mknn yg anak sedara bawak dari Sibu hari tu. Terung Asam @ Terung Dayak @ Terung Iban @  (WIKI: POKOK TERUNG BULU) Yang ni saya takde kirim pun kat anak sedara. Tak ingat.. tp blm terliur sangat. Tup2 kakak kirim beserta dengan Beras Sarawak & Buah Dabai hari tu. Alhamdulillah..

Terung ni mmg pemes di Sarawak (mungkin jugak kat Sabah). Dulu2 murah jer harga dia. Sekarang makin naik. Sekilo kalau tak silap RM8 kot. Rasa dia masam2. Cam rasa tomato sikit tp tomato tu lembik sgt. Masak air @ rebus pun boleh, tumis2 kering dengan belacan campur udang pun boleh. Kompem melelehhh idung mane yg allergic seafood tu kan..pastu meleleh ailio tergaru2 kegatalan. hahah..!!

Saya suka masak air @ tumis air sbb suka hirup kuah dia yg masam2 pedas. Memandangkan x tau akan dpt terung ni, so bahan2 dia x berapa nak cukup, bahan utama ialah Ikan Lumek @ Ikan Lumi Salai. Ikan tu jer yg mmg kick kalau nak "lawan" dengan terung ni. 
Selongkar2 dlm esbok, jumpa ikan salai ni jer.. tak tak nama ape org Semenanjung @ Melayu panggil..tp kalau Kaum Melanau, kitorg panggil Ikan Senglong jer.. tgh2 tulang dia cam menggelembung & kosong..ikan tu xde isi sangat. Makan ratah2 gitu jer kalau salai & garing. So tak berapa nak sesuai kalau masuk dlm masakan berkuah camni.. tapi takde rotan, akar pun berguna jugak la khennn.. Utk dptkan rasa salai2 tu, saya campak jerlah nakkk..

RESEPI TERUNG ASAM @ TERUNG DAYAK MASAK IKAN SALAI seperti di bawah..

BAHAN-BAHAN:

1) 2 biji terung asam - Belah 6 @ 8 (sederhana nipis bergantung pada saiz)
2) **Cili padi  - ikut nak pedas mana
3) **Bawang Merah - 4 ulas
4)** Bawang Putih - 3 ulas
5) Ikan Lumi @ Ikan salai - ikut nak byk mana
6) **Sedikit belacan
7) **Ikan bilis - kalau nak
8) Garam & Aji secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:

1) Tumbuk/kisar laahai sikit jer pun nak kisar tumbuk jer laa dan tumis bahan bertanda **
2) Masukkan terung yang telah dicuci bersih tadi, masa cuci tu buang biji dia sikit2 jer...
3) Masukkan air sedang2 banyak. Pastu biar sampai mendidih & terung sederhana lembut.
4) Last sekali, masukkan ikan salai.
5) Perasakan dengan garam & aji secukup rasa



Selain masak rebus @ tumis @ goreng kering, boleh juga dimasukkan dalam Asam Pedas.. esp ikan. Sebab nakkan rasa dia yg masam2 tu... juga dicampur dalam masak lemak ikan darat or boleh juga masuk dalam kari.

info lanjut sila klik artikel pasal terung asam kat  (animhosnan.blogspot) 
dan juga dalam [ SINAR HARIAN ] 

Lepas masak sebijik ari tu, ade lagi tinggal 3 bijik. Ingat nnt nak keringkan biji dia buat benih. Kalau tangan ni menjadi tak panas, boleh la tanam sendiri lam pasu.. nak makan, petik jer.. berangan hihihih


babaiiiiiiiiiiiiiiiii...

Post a Comment

4 Comments

  1. Kat tawau ni pun xde jmpe lg buah ni kak...mnyesal x bwk mse blik dri srwk hri tu...klau x... blh tanam...sdp buat sayur..mkn dgn smbal bilis srwk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..akak pun rasa lps ni nak tanam kat Putrajaya la plak...susah betol nak dpt stok nyer..hehehe

      Delete
  2. saya ada anak benih terung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam la..kat Semenanjung ni susah nak jumpa.. hehe

      Delete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤