TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Thursday, 21 July 2016

RESIPI : SINGGANG IKAN KEMBUNG & KISAH NGERI IKAN SINGGANG RM11 (SEKOR)

 
 

Haha.!!. tajuk mesti gempak walaupun kisah biasa2 jer. Masih lagi pasal Singgang tp kali ni Singgang Ikan plak. Masih lagi berlaku dalam minggu yang sama lepas balik raya aritu, berpusing2 mencari kedai makan yang kebanyakkan masih tutup.

1) Kisah Singgang Ikan Paling Ngeri 
- Saya dan asbeng berpusing2 dalam Putrajaya cari makan minggu lepas. Tengahari tak keluar pun beli lauk2 untuk masak, so decide makan kat luar jer. Jumpa satu kedai makan kat Flat Hijau (Apartment Putra Harmoni)..umah sewa zaman bujang2 dulu. So masuk la duduk dlm kedai tu, cari port belah dalam, nak dekat ngan kipas. Tengahari panas katakan.

Perkara pelik 1st, masa pelayan datang amek order nak makan ape... so asbenggg ckp la nak order Singgang Kembung (ade tertulis dalam buku menu). Lepas tu mamat pelayan tu tanya camni,

"..Kembung Singgang nak masak ape..?"

Asbengg jawab, 

"..masak singgang la.."

pastu mamat pelayan tu tanye lagi..
"..yer laa..nak masak ape..?

Asbengg jawab lagi dengan sabarnya (kot dia tak dengar)

"..kembung masak singgang... tau singgang?.."

Dia jawab, TAU..

Pastu dia cam blur2. Aduiii.. saya dah mula stress..dah la tengahari, lapo plak tu..  last2 dia tulis dalam buku order.

Setengah jam kendian, semua yang diorder sampai. 

- Nasik putih 2 + 1 (asbengg tambah 1 nasik)
- Nes O Ais 2 
- Ayam goreng kunyit (sorang makan)
-Kangkung Ikan Masin (sorang makan)
-Sambal belacan + 2 potong timun)
- watak utama, IKAN KEMBUNG MASAK SINGGANG, sekor sedang2 (potong 2)

Saya dan asbengg makan. Lapar. Rasa singgang? Ok.. boleh la.. dah lapar kan, kedai banyak tutup..so tak leh la nak memilih sangat. Sape suh tak beli barang dapur / lauk basah kan..

Dah sudah makan, saya gi kaunter, nak bayo. Masa kira, cashier lelaki cam terkial2 nak kira. 2-3x kira. Pastu part tgk nama menu order "SINGGANG KEMBUNG" tu, dia stop. Dia tanye, kembung masak ape ni? Saya dan asbengg serentak cakap "MASAK SINGGANG". Pastu pelayan yg blur2 amek order kitorg td tu ckp,
".. IKE KEMBUNG SINGGE, RM11.." pastu mamat cashier tu key in / kira balik.

RM11...

Yer...

RM11 untuk kembung tu sekor. Masak singgang, bukan masak 3 rasa or goreng butter bagai. Saya tak salah dengar. Saya tengok muka asben, asben tengok muka saya, pastu buat derk. Saya rasa cam nak tanye betul ke kembung sekor tu masak singgang RM11 tp tak jadik tanye. Total2 makan aritu RM29.40

Pas makan, kitorg blahhh. Dalam kete asben bebel2.. ckp giler laa...kembung sekor, masak singgang RM11. bl;a..bla..bloa.. Bukan kembung saiz BAPAKKKK besar pun. Saiz sedang2 tu, x berapa nak besar pun. Dia kata cukup la sekali makan kat kedai XXXXXX tu. Nama gah. Melambangkan #)@*#$)$&# tp ngape la cekik darah camtu sekali. Memang serik la. 

Lepas daripada tu, esoknya, balik keje kitorg beli lauk basah. Still nak masak singgang jugak sebab tak puas lagi makan singgang ngeri tu. Maka terhasillah gambar singgang seperti di bawah. Puas ati. Masak ikan 4 ekor, potong 2. baru berapa RM jer. Kuah saya buat lebih..suka hirup panas2.




Resepi: 

1) Ikan Kembung (Mabong pun boleh) - 4 ekor, potong dua (2) dan bersihkan
2) Halia - 2 inci
3) Lengkuas - 2 inci or lebih (ikut suka laaaaaaaaa) hihi 
4) Cili Merah/Hijau - 3-4 bijik (potong 2) saya tak letak aritu..xde hehe
5) Cili padi - optional kalau nak pedas, buh la sekilo haha
6) Air - 3-4 cawan (ikut suka laaaaaa)
7) Bawang putih & bawang merah - agak2 ikut suka laaaaaaa
8) Garam aji secukup rasa
9) Asam keping - 2-3 keping ikut suka laaaaaa


Cara Menyediakan:

1) Bahan2 atas tu (kecuali ikan) hiris nipis2 & campak dlm periuk, biar sampai mendidih.
Pastu baru masukkan ikan & asam keping. Dah nak masak, baru masuk garam & aji.
2)..
3)...
.
.
.
Ehh.. Dah siappppppppppp,...tu jer..hehehe



lawan plak dengan budu + tempoyak + cili padi. Perghhh!!


dan wajib ulam2, : petaiiii
 
 
Yang ni plak singgang ikan kitorang makan kat Restoran Belauk, Seksyen 7, Bangi. Takde dalam buku menu, tp asben request kat Ma, owner kedai. Terus dia suh tukang masak buatkan. Memang sedappp!! Semua cukup rasa! Siap dengan ulam bagai. Total menu seperti di atas  termasuk sekali dengan jajan2 saya beli baru RM26. Dan masa dia kira tu, kembung sekor setengah tu baru RM6 jer.... murah la compare RM11 utk sekor kecik di kedai kt Presint 9, Putrajaya tu.
 
serik la kedai di Putrajaya tu.. KEMBUNG KECIK MASAK SINGGANG RM11 SEKOR Gggrrrrrrrrrrrrrr..!!
 

Wednesday, 20 July 2016

RESEPI : SINGGANG DAGING VERSI CAMPAK-CAMPAK

 
 

Singgang Daging Entry pertama untuk bulan Julai 2016.  Since dalam minggu ni tekak memang nak makan singgang2 jer (dari ikan sampai la ke daging), so kali ni saya kongsikan entry pasal Singgang Daging dahulu. Saya tak sebut singgang dari mana2 negeri sebab saya buat versi saya la.. versi campak2 bahan mana yang ade jer kat rumah sebab lepas balik raya aritu, memang tak ke pasar pun lagi untuk top up brg2 dapur sebab sebelum cuti raya tu, saya dah clearkan kebanyakkan brg2 dapur.

Kena plak peti ais kat rumah dah selalu meragam. Kejap sejuk sangat sampai air dalam botol dan sayur2 pun boleh beku. Kejap tak sejuk langsung sampai x feel minum air sejuk. Kebanyakkannya kitorang makan kat kedai (jenuh nak cari kedai yg bukak lepas raya) dan masak jugak kat rumah tp menu2 yang simple/mana yang ada. huhuhu



BAHAN-BAHAN:
1) Daging - potong nipis lawan urat, cuci bersih & toskan
2)** Lengkuas - 2 inci stgh (saya suka lagi banyak lg best)
3) **Halia - 1@2 inci 
4) **Bawang Merah - 5-6 biji (saya guna bawang besar) sbb bawang merah dah abis
5) **Bawang Putih - dalam 5-6 biji
6) Cili Merah/Hijau/Cili Kering - 3-4 biji (saya guna cili api/padi, tu jer ade kat kedai)
7) Asam Keping - 2-3 keping (ejas sendiri kemasaman)
8) **Lada hitam - sejemput (cuci & tumbuk kasar)
9) **Satu (1) sudu kecil biji ketumbar - goreng kejap & tumbuk kasar (saya tak guna sebab takde stok) 
10) Garam + Aji secukup rasa
Note: bahan2 seperti lengkuas, bawang merah, bawang putih, halia dll tu hiriskan


CARA:
1) Didihkan air dlm periuk bersama bahan bertanda ** agak2 dlm 15min supaya bahan sebati.
2) Masukkan daging, rebus sampai empuk (tambah air kalau suka kuah / supnya) banyak
3) Bila daging dah hampir masak, masukkan cili, asam keping, garam & aji.. 


***boleh adjust sendiri kemasaman kuah. Kalau dah rasa cukup masa, boleh keluarkan asam keping tadi.



dah siap masak, hidangkan & hirup kuah panas2. Lawan plak dengan budu/tempoyak dan ulam2. Ikan kering or telur masin pun layan jugak. Memang menambah2 nasik. Hirup kuah plak sampai 2 mangkuk..heheheh 


Tuesday, 19 July 2016

IM BACK...

 
 
 
.

Assalam..dah lama blog tak hapdet.
Last entry rupanya 14 Januari 2016 yang lepas. 7 bulan terbiar. Dalam 7 bulan tu, banyak kisah suka dan duka yang dilalui. banyak duka la kot.. kehilangan ahli keluarga terdekat dalam masa yang selang 2 bulan..  Dengan sibuk lagi..dengan mood ke laut lagi. Serta mencari kekuatan nak taip ayat...  *amek tisu* tapi nanti la update satu persatu.. untuk tatapan kemudian hari..sebelum hilang ingatan dan sebelum gambar2 hilang dari hp.
-_-
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebelum tu, maaf pada yang emel & komen  kat blog ni.. *hectic life* terutama  ramai yang bertanyakan pasal PR1MA.  ade yang separuh saya dah reply hari ni.. lagi yg lain2, saya akan reply satu2 k..

ada yang mintak no tel, maaf..saya tak dpt bagi pada org yg saya tak kenal. so sapa2 yg nak tanye pasal rumah PR1MA, blh jer direct emel kat saya

julsjulie80@gmail.com
julsjulie80@gmail.com
julsjulie80@gmail.com
julsjulie80@gmail.com
julsjulie80@gmail.com
julsjulie80@gmail.com    

insyallah saya reply emel satu2 ok.. ;)

Apa2pun,

tak terlambat untuk ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat semua rakan2 blog sama ada yg kenal or tidak, tq sebab masih sudi bertanyakan khabar, emel & singgah di sini..

Insyaallah lepas ni akan kerap update entry  balik seperti dulu.. 

Assalammualaikum :)


❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...