TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Saturday, 30 December 2017

CEMPEDAK MADU RM8 SEKILO


Salam...ehhh dah nak penghujung tahun 2017 dah kita. Terasa kejap bebeno masa berlalu.. Dah nak masuk tahun 2018 dah pun. πŸ‘€πŸ‘€ Banyak azam tahun 2017 nak fwd ke 2018.. hahah.. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Tapi banyak lagi entry tak up dalam ni untuk kenangan 2017

Hari ni dah cuti, tapi tak plan pun. Nak kata tak sihat sangat, tak jugak. Tapi mata dari malam tadi asyik berair sampai rasa rimas ler plakkk. Jenuh nak lap air mata. Bukan tengok drama wan maimunah berlakon pun nak keluar air mata bagai..tapi mata rasa panas jer sampai ke pagi tadi. So wassap bos cakap EL ari ni..

So sepanjang hari ni dok umah jer la. Petang2 sikit ngemas umah. Slow2 sebab tanak stress katanya alasan sangat Semalam petang, jiran wasap bagitau hari ni ada orang jual cempedak madu datang bawah blok. Sekilo RM8. Incek hubby tanye nak bape kg, so dengan kompidennyer, kita cakap la nak dalam 2kg jer (sebab imagine buah cempedak tu kecik2). Makan dua orang jer pun.


besar giler utk 2 orang makan. hehehe

So lepas Isya' tadik, incek hubby pegi laa bawak RM40 dalam poket. Rupa-rupanya sampai kat sana, cempedaknya besar-besar. Timbang2 yg dia amek tu, dalam 5kg. Ngam2 5kg dengan duit dia bawak RM40 tu. hahahah... 


Time incek hubby dah kat tempat orang tu jual, dapat pulak wasap dari jiran gambar buah duyan nih,. Terus laju2 capai hp nak call incek hubby nak suh beli sebijik jer duyan tu tapi call2 tak dapat. Sampai jer dia kat umah, terus cite pasal buah duyan tu & yang pasal call dia tak dapat. Konon nak suh beli duyan la. Dia jawab "..nasib baik tak dapat call tadi..cempedak ni ngam2 RM40 duit abg bawak tau.." adoi laa..hahaha x merasa duyannnn πŸ˜‚πŸ˜‚ 


isi cantik, kuning & manis, boleh makan terus




Cempedak tu, saya makan gitu jer, tak goreng2 pun. Pastu tengok incek hubby makan jugak gitu. Dulu dia tak makan kalau tak goreng. Pelik rasa kalau tak goreng dia cakap. Dah lama2, terjebak jugak makan tak goreng. Manissssssssssss apa..hehe.. Orang Melanau makan cempedak ni jarang la nak goreng bagai. Biasa makan mentah gitu jer. Sama macam makan Umai (isi ikan mentah perah limau tu).

Tapi lepas makan gitu jer tadi, dia request nak cempedak goreng plakk.. Makanya kul 11.30 malam, gigih la membancuh tepung & menggoreng di tengah2 malam. Sempat la makan seketul jer yg dah goreng..sebab dah kenyang makan yang tak goreng. Gambar cempedak goreng tak snap. Sebab cempedak agak masak & lembik. Masa goreng pun keluar air manisnya sampai hitam2 minyak untuk goreng tu. Dah siap angkat, dah cam cempedak ala hangit dah warnanya.. hehehe 





Balance tu dah siap masuk bekas, simpan lam peti ais. Esok kalo rajin boleh goreng lagi. Kalo tak, goreng terus dalam mulut jer la..hehehe tak tau rajin ke tak nak goreng esok sebab plan nak mencandat kat Ikea Cheras.. kehkehkehh




Update hari ni: 

Pagi ni goreng lagi balance cempedak madu semalam. Guna minyak semalam, so hitam2 la cempedak gorengnyer sebab cempedak dah masak sangat. Tapi still sedap.. 







Bijinya pulak kite kumpul & rebus lama sikit bagi empuk. Ratah makan petang tadi depan tv. heaven & nostalgia rasanya.. hihih


Tuesday, 21 November 2017

PLANNER SIOCA 2018 GIVEAWAY



Assalamualaikum wbt kawan-kawan blogger sekalian. 

Cantik tak planner ni..?? Cantik kan..? Warnanya pun sweet jer. Haritu dah skodeng blog [SUSUNATURSIOCA]
 ni..berkenan sangat tapi tu la.. fikir-fikir bajet, nanti dulu la..tangguh-tangguh pastu terkenang la plakkk. Terbayang semangat nak buat kehidupan dan jadual lebih teratur untuk tahun depan. Azam la kiranya.. Kebetulan arini terbaca blog sis ni, ada buat GIVEAWAY time! 

Sape nak order dan beli planner comeyyyy angattt ni, boleh terjah blog sis ni. TAPIIIIIIII...  kalau nak FREE, jom join giveaway ni. ;D rugi sape tak join, mane tau rezeki di ambang 2018 nih kan... info korang boleh baca kat bawah nih..siap detail dah sis nih explain cane nak join, design mane yang korang nak..

Semoga berjaya dan ada rezeki utk kita amin2.. hehehe



Tahun ni seperti yang saya beritahu, ada dua jenis planner untuk maximizepenggunaannya. Satu bullet journal, satu fixed plannerBullet journal seperti yang saya cerita sebelum ni, adalah istilah untuk orang yang plan sendiri planner dia. Yang dijual adalah cover dia iaitu A6 leather binder with 6 ring hole refill. Dalam dia, kertas putih ja. Yang bagusnya bullet journal jenis ni adalah - anda boleh refill seberapa banyak kali pun takpa. Kalau ada free printables juga boleh print dan masukkan dalam ni. Dan cover ni boleh pakai untuk tahun-tahun akan datang, cuma tukar kertas dalam je, jimat kan!
BULLET JOURNAL

✔A6 leather binder 
✔Color pink/blue 
✔Binder size 13 cm x 19 cm
✔40 sheets blank inserts
*Accessories in photos not included ya*

-klik gambar untuk besarkan-







Fixed planner pula kita tak boleh ubah-ubah. Apa ada dalam tu, guna je. Yang ni completesemua ada dalam tu, tinggal basuh kaki, pakai je. ;P Fixed planner ni saiz A5 {separuh A4} dan ada lebih kurang 200 muka surat berwarna serta dicetak menggunakan kertas berkualiti tinggi 80gsm. Ada banyak pilihan cover. Yang ni kulit biasa tau, bukan hardcover. Kebaikannya, dia lebih ringan dan senang dibawa.

FIXED PLANNER

✔A5 planner book
12 cover designs
✔208 colorful pages
✔Set Goal 2018
✔Calender 2018 & 2019
✔Calender Hijri
✔2018 Planning Chart
✔Info islamik dan trivia
✔Monthly plan
✔Weekly plan
✔Mood tracker
✔Exercise Log
✔Mutabaah Amal
✔Prayer times
✔Finance Tracker
✔Month review
✔Ramadan zone
✔Hafaz Quran in 365 days
✔52 Weeks (1 year) money saving
✔4pages free note (setiap bulan)
✔Cash flow duit bulanan

FIXED PLANNER COVER DESIGN 
-klik gambar untuk besarkan-







FIXED PLANNER INSIDE VIEW
-klik gambar untuk besarkan-






Monthly planner bawah ni pula tiba-tiba jumpa! Comel pula tu, terus borong. ;p  Ni bestkalau jenis banyak appointments, meetings atau deadlines

MONTHLY PLANNER

A5 size {pink/blue}
✔A4 size (secretgarden/catlover) 
✔Beautifully designed first page (A4 size)
✔Calendar 2018/2019
✔Personal Details
✔Yearly Planner
✔12 month planner (with hijri dates too in A4 size)
✔Tel/Address List (A4 size)
✔2 beautiful lined pages
✔32 pages


A5 SIZE INSIDE VIEW
-klik gambar untuk besarkan-




A4 SIZE INSIDE VIEW
-klik gambar untuk besarkan-






HARGA PROMOSI

Bullet Journal + Fixed Planner

RM 80 sahaja!!  RM 80 sahaja!!  RM 80 sahaja!! 

FREE Monthly Planner (A4/A5) *selagi stok masih ada

JOIN GIVEAWAY

1. Share entri ni di fb/ig/blog/etc. 

2. Isikan nama dan url fb/ig/blog/etc anda di widget Mister Linky di bawah.

3. Yang pertama isi Mister Linky akan dapat hadiah misteri.

4. Pemenang akan diumumkan pada 25 Disember 2017.

5. Kalau dah beli, menang pula, boleh hadiah kat orang lain. Kongsi kebaikan... :)

6. 10 LAGI PEMENANG akan dipilih melalui undian.

Pemenang 1 : Bullet Journal
Pemenang 2 : Fixed Journal
Pemenang 3 : A5 Monthly Planner
Pemenang 4 : A4 Monthly Planner
Pemenang 5 - 10 : Hadiah Misteri :)


jangan ketinggalannnnnnnnnnnnnnnnn..!!!!


❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❀ KLIK OLDER POSTS ❀

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...