TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Tuesday, 31 January 2017

KEBUN PR1MA : POKOK PERIA, KUNYIT, LIMAU PURUT & PANDAN WANGI


Dah lama tak update pasal Kebun PR1MA kat balkoni nan sekangkang kera tu. Hati geram jugak nak bertanam macam-macam sampai tak sedar diri yang space sangatlaaaaaaa limited. kihkihkihh

Latest addition ialah Pokok Peria. Pokok peria ni sebenarnya takde plan pun nak tanam..tapi masa tengah bersihkan peria time nak masak tu, tiba2 rasa sayang plak tengok bijinya yang merah menyala. Cakap kat mak, kalau tanam ni..agak2 tumbuh tak. Mak cakap mana laa kau nak tanam, mana ada ruang dah. Saya cakap kat mak, campak jer dlm pasu tu. Kalau tumbuh, ok la..kalau tak tumbuh, tak la rasa terkilan sangat.

Last2 masa petang bile ntah, mak tanam setempat dalam pasu panjang tu.  Dan 4-5 hari lepas tu tetiba keluar camni.....





Mak rajin gembur2kan tanah. hhiihii Harapkan iolss...setengah setahun sekali belum tentu takkkkk buat :p



Pokok Limau Purut alhamdulillah hidup lagi. nanti nak cantas lagi bg keluar tunas baru




Pokok Pandan Wangi amek dari Sibu (Rumah arwah kakak). Yang subur merimbun tu 1st batch. Yg belakang tu 2nd batch



Pokok Kari yang saya cantas sebab daunnya dah jadik hitam2. Dah bertunas baru..hihi






Halia yang mak tanam.. Pasu Pin ngan Hijau tu..



Daun Kunyit pun sama. Jadik cam terbakar. Pelik plakkkkkkkkkk...



Mak tengah ikat Pokok Peria nak bagi dia tak menjulur ke bawah. Nak suruh panjat balkoni tu jer mak ckp..hihi






Ni jer la aktiviti mak boleh buat kalau dok apartment. Dok umah teres dulu pun tak bagi mak keluar sangat. Moto salu ronda2 depan rumah. Risau plak dengan peragut penyamun apa sume area Kajang tu.. saja beringat sblm kene..





Lepas ni menunggu pokok peria tu panjat balkoni & berbuah. Plan pasni nak cari satu lagi pasu panjang & nak tanam daun kesommmmm.. hihihi


KEBUN PR1MA : KENAPA POKOK KARI JADI MACAM NI???


Kisah Pokok Kari yang saya tanam masa [Misi Berkebun Dalam Pasu] since dari rumah sewa kat Kajang lagi (tahun 2015). Alhamdulillah masih lagi bertahan sampai sekarang. Dah 2x cantas tapi bila dah subur,  

kenapakah jadik macam niiiiiiiiiiiiii......???? 


Jadik bertompok2 hitam kat daunnya











Plan nak wat Ayam Goreng Butter tp mak cakap tak yah la makan daun camtu.






Last2 saya cantas batangnya. Buang semua.Geram jer rasa...









Sayang tauuuuuuuuuu,,,banyak giler daun tu... sblm2 ni dah pernah jugak bagi jiran2

Minggu lepas saya cantas abis..so skrg ni tunggu bertunas balik...



MAKAN : BOAT NOODLES @ IOI CITY MALL


26.01.2017 | Hari tu balik keje Incek Hubby ajak g IOI City Mall book sofa. Pesan kat mak awal2 kat rumah supaya makan dulu kalau lapar + takut malam tu balik lewat. Memandangkan lepas beberapa siri misi men-survey, akhirnya jumpa sofa yang murah plus offer sempena CNY, so memang tak tak tunggu lama la.. Kebetulan plak rezeki Incek Hubby dpt bonus sikit, so lepas tolak belanja dapur dan lain2 hutang piutang, lepas la seketul sofa. Rumah pun since pindah setahun ni still kosong lg. 

Lepas settle bayar, Incek Hubby ajak makan Boat Noodles. Selalu dengar jer member makan boat noodles nih..tapi tak pernah try. Semua Incek Hubby yang order sebab tak reti nak order ape. Takut tak sedap. So follow jer la..

Akhirnya hasil yang diorder seperti di bawah ni...



8 mangkuk mi. tapi tak sure berapa perisa ni..


Yang kuah keruh tu boleh la kata sedap jugak. Yang kuah jernih ade daun tu so-so.. kene jer mangkuk tu, suh Incek Hubby abiskan..kahkahkahh


Green Tea tu Incek Hubby ckp sedap..pekat katanya.. dah minum, boleh la..


Wajib lah snap gambar camni tanda abis melantak.. kuikuikuuiii



Roasted Chicken ke ape ntah nama.Sedap jugak. Sos pekat. Tapi sikit ni dah berbelas hengget.





So boat noodles ni bg tekak iolss, iolss kasik 3.5 bintang jer. Untuk menu mi tu la..utk ayam tu, boleh la kasik 4.6 bintang.  Lepas makan, terus gi Tesco cari barang dapur,. buah2 & sayur pastu balik rumah. Kenyang dengan rasa bersalah sebab mak sorang2 kat rumah. Tak bawak mak sebab balik dari opis terus ke IOI City Mall. Lagipun cam kelam kabut nak bawak mak sebab jalannyer kejap jer.. melainkan betul2 plan mmg nak jalan. Ni semata2 nak book sofa jer. Next time la bawak mak jenjalan Ikea lagi. Ade lagi mende dia tak abis cari aritu..hihii



testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...