TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Saturday, 23 September 2017

RESIPI : MURTABAK SARDIN CRACKERS


Kat rumah ni, stok sardin memang jarang putus sebab sardin tu fav incek hubby. So, kalau dah jemu makan nasik, biasanya akan buat menu ulangan ni, Murtabak Sardin Crackers. Resepi asal oleh arwah Kakak. Pernah buat entry murtabak ni beberapa tahun lepas kat [SINI]. Tak pernah jemu asalkan ada sardin. Kalau tak buat murtabak ni, jadik la menu lain cam nasik goreng sardin or jemput2 sardin. Last2 muka pun cam sardin. hahaha.. Tapi sardin rega dia sekarang makin mahal. Dah cam makanan orang kaya plak reganya. Satu tin kecik sardin, blh dpt sekilo ikan yg satu family boleh makan. huhuu..

Tanak taip panjang, sebab dah pagi dah pun (2.16am). Gambar ni pun jumpa lam pc incek hubby yang saya transfer thn lepas. Takut hilang, so update laa dalam ni. Pastu blh delete dah gambar2 tu. PC dia berat ngan koleksi gambar2 & video bini dia dah.. ehh bukan video bini dia tp video kucing bini dia.. kahkahkahh.





MURTABAK SARDIN CRACKERS 
Oleh: Juls Julie

Bahan2:
1- sardin 1 tin besar (saya biasa guna sardin cap Ayam Brand)
2- 1 bungkus biskut cream cracker (saya guna brand Ping Pong)
3- 6 sudu mkn cili boh
4-bwg merah 6 biji + bwg putih 6 biji
5- cili merah 3 biji + cili hijau 3 biji - dihiris
6-bwg besar sebijik - separuh utk tumis + separuh utk bhn tabur
7-bwg goreng - secukupnya
8-cili padi -ikut suka nak pedas mana
9-sikit air asam jawa
10-garam n aji
11- susu cair - 1 tin
12- 3 biji telur (bubuh sikit garam + lada sulah, dipukul agak sedikit kembang)
13-daun bawang + daun sup (ikut suka byk mana)

cara buat inti:
-tumis bwg merah, putih & bwg besar yg separuh. dah kuning, masuk cili boh n cili padi. tumis smp naik minyak, masuk bwg besar yg separuh td..
-masukkan sardin..grg sampai agak kering. masukkan air asam jawa, garam n aji. last sekali masuk kuah sardin td. ketepikan.


cara membuat:
1)sapu loyang 8x8 dgn sedikit butter. (kenapa 8x8? sbb 8x8 tu ngam2 ngan saiz semekut crackers tu. x payah patah2 dah..) :p

2) celup2 biskut crackers tu dlm susu cair yg dah dipanaskan dengan sedikit butter (dlm 1 sudu jer)

3) susun dlm loyang, kemudian bubuh bahan inti di atas, buat sederhana tebal intinya.

4) tabur bawang goreng, daun bawang + daun sup + bawang besar yg didadu + cili merah & hijau yg dihiris2 tadi.

5) tuang sedikit2 telur yg dipukul tadi, guna sudu yer.. x yah tuang semua.. utk kasik dia lekat2 inti lam tu jer.

6- ulang proses (2) di atas sampai habis. sama ada nak tutup lapisan atas / last sekali dgn biskut yg dicelup tadi or biarkan dengan taburan bawang2 & daun2 di atas. ikut citarasa memasing. 

7- Kukus sehingga masak lebih kurang dalam sejam. 

p/s: Kalau rajin, lepas kukus..boleh laa bakar sekejap. 


dulu guna brand ni sbb incek hubby tak jumpa brand Ping Pong. Tak ngam loyang 8x8. 9x9 maybe ok kot



Tak ngam saiz tp ok jer sebab nnt sekut tu akan kembang.


lepas dah layer2 tu, biarkan dlm 15-20min supaya sekut tu kembang & serap bhn2/telur tadi




Dah siap kukus. dah sejuk, bleh tabur bawang goreng/daun sup/daun bawang/cili dll


ni yang kite pernah buat untuk jual kat jiran2. saja suka2.




sekian, babaiiii.. :)

SALAM MAAL HIJRAH 1439H DAN SELAMAT BERCOOOOOOTiiii



Salam. Minggu ni antara paling syokkkk. Sebab cuti lama sikit. Biasa hari jumaat tu mood nak keje dah down sebab nak tunggu sabtu. Tapi hari ni, Jumaat dah coooooooooooti. hehe.. Ape-apepun, kite nak ucapkan Salam Maal Hijrah buat kawan2 yang follow blog ni. Semoga tahun baru ni akan memberi kita pengalaman, kehidupan dan perjalanan yang lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ni.

Tahun baru, malas nak cite pasal azam. Sebab azamnya ialah nak settlekan azam2 yang lama. Yang lama-lama..ekeke..

Apa2pun, semoga ukhuwah yang terjalin sesama kita sama ada di alam nyata atau di alam maya ini berkekalan dan didoakan semuanya diberkati Allah SWT. Insyaallah. Amin2.

Mohon maaf andai ada terkasar bahasa, terlepas bicara sama ada sengaja atau tidak. Dan sesungguhnya yang buruk itu adalah kelemahan dari saya jua. 


sumber : uncle google




❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...