Salam/Hai semua.
Dah nak masuk ke penghujung 2019. Lagi beberapa
hari kita nak masuk dah ke tahun 2020. So, macam mana dengan memori 2019? Banyak
ke kenangan indah yang diukirkan Bersama yang tersayang? Hihi..Contohnya
bercuti. Biasa korang bercuti dalam setahun berapa kali? Ada orang WAJIB
sekali, ada orang tak kisah berapa kali pun, janji ada peluang dan masa. Bagi
saya pulak, kalau sekali tu memang WAJIB, tapi kalau ada kesempatan dan rezeki,
kitorang sefamily redah jer sampai 2-3 kali tapi biasanya cuti yang bajet murah
dan dekat-dekat jer la. Dan tak membazir sangat cuti tahunan.
Bercuti sampai 2-3 bukan sebab mewah atau terlebih mampu. Tapi
kadang-kadang bila dah stress hadap kerja berbulan-bulan, otak dah jadi tepu.
Semangat nak pergi kerja pun jadik hambar, tawar. Pergi kerja rasa cam nak gi penjara
jer. Huhuhu..So nak tak nak memang kene bercuti ler jawabnya nak recharge diri
kita. Sama cam machine jugak. Kalo lama sangat guna, pastu takde diselenggara
dengan baik, lama-lama boleh rosak jugak. So nak pastikan machine tu berfungsi
dengan baik, kene le selenggara ikut jadual dia. Sama cam kita manusia jugak. Kalau
dah penat sangat, memang sekali sekala kena rehatkan diri cuti santai makan angina.
Yang penting, bercuti dengan tenang tu buat kita rasa segar balik. Cam saya dan
keluarga, kalo bosan sangat, hujung minggu bercuti jugak dekat pantai Port
Dickson ke..Morib ke..mana-mana yang dekat dan kurang ongkosnya..yang penting,
masih mampu menikmati masa berkualiti dengan keluarga tersayang.
Bagi
sesetengah orang, kadang-kadang bila kita bercuti ni, orang tengok kita macam
mewah macam senang jer. Tapi sebenarnya perlukan jugak sedikit perancangan dan
beberapa benda kita kena ambik berat jugak sedikit sebanyak demi memastikan
percuti kita lebih lancar dan santai. Bila percutian tu berakhir dengan indah,
maka memori yang indah jugak akan kita pahatkan bersama yang tersayang. Nak
masuk kerja balik pun lebih semangat. So, saya nak share jugak beberapa perkara
yang nampak cam besher-besher aje tapi sangat-sangat membantu melancarkan
urusan percuti kita tu nanti seperti berikut:-
·
LOKASI PERCUTIAN
Lokasi jugak memainkan peranan penting
demi memastikan percutian tu berjalan dengan lancar. Macam saya dan keluarga,
lebih suka bercuti tempat atau bandar yang bukan tumpuan orang sangat. Salah
satu faktor, sebab bawak orang tua dan bayi. Dan mestinya bukan musim cuti
sekolah sebab masa ni la semua ibu-ibu bapak-bapak bawak anak-anak bercuti.
Semua akan penuh. Hotel penuh, shopping mall penuh, tandas pun penuh jenuh nak
Q hahaha
·
PILIHAN AIRPORT
TRANSFER
Bila
dah rancang lokasi percuti, pastu dah siap2 nak gerak, jadi masalah pulak
dengan pengangkutan nak ke airport nanti. Kalau cuti 5-6 hari, jenuh plak nak
bayar parking kat airport tu. Huhuu.. so cara paling mudah tak payah pening kepala
nak fikir ialah menggunakan airport transfer. Tak susah nak cari, Traveloka kan
ada. Lebih mudah dan efisyen. Harga pun lebih berbaloi berbanding korang nak
bayar parking kat airport tu. Kat Traveloka ni, kita boleh “book cheap KLIA Ekspres ticket “ yang
memang sangat murah jika dibandingkan dengan tempat lain. Kalau bercuti
sorang-sorang atau pergi berdua jer pun memang sangat selesa.
Kalau nak pergi
ramai-ramai satu family atau dengan kawan-kawan pulak, jangan risau, jangan stress.
Boleh aje cuba “book airport limo“ pun
sama guna Traveloka jugak. Nampak cam mahallll mewah have-have
jer kann..Tapi harga dia sebenarnya sangat mampu milik. So korang try jer
mana-mana yang rasa bersesuaian dengan situasi korang tun nanti.
·
PILIHAN AKTIVITI
Kalau namanya bercuti, takde la istilah
duduk memerap dalam bilik semata-mata kan..sure ade la sikit aktiviti kene buat.
Takde ler nanti update blog, 5 hari bercuti 5 hari gambar dalam bilik jer. Tak
de keluar bilik langsung nak tengok pemandangan luar/tempat orang. Kalau bawak
budak-budak, sure dorang boring dok dalam bilik jer. So make sure ler keluar
jugak hirup udara segar buat aktiviti macam food hunting (INI WAJIBBBB), pastu
bua island hoping, lepak-lepak tepi pantai tengok matahari terbenam, snorkeling
dan lain-lain aktiviti asalkan jadual tak terlalu pack dan memenatkan.
·
PILIHAN PENGINAPAN
Korang kalau bercuti macam mana, nak cari
hotel murah ke cari hostel? Kalau saya, sebab bawak orang tua dengan baby,
keutamaan hotel ialah hotel yang selesa, selamat semestinya dan harga masih
mampu bayar. Tak nak yang murah sangat tapi hotel tak selamat, review tak best,
tak bersih dan lain-lain. Sebab nak pergi bercuti ni bukan hari-hari. Biar yang
sesuai, selesa dan selamat walaupun terpaksa keluar duit lebih sikit. Family
pun tak le merungut kalau timbul masalah macam-macam. Tapi apa-apa pun maksud
keselesaan dan murah tu berbeza ikut persepsi masing-masing. Kadang-kadang bagi
kita tempat tu ok, bagi orang ni pulak sebaliknya.
So, pendapat saya..kalau nak memastikan
percutian tu berkualiti dan menyenangkan memang tak dinafikan perlu keluarkan
duit lebih sikit berbanding orang bercuti style backpakers. Sebelum bercuti tu
nak kene plan sikit supaya keperluan dan aktiviti nampak tersusun dan berjalan
lancar. Kalau main redah jer, silap-silap apepun tak bolehhhhhhhhhh. Dapat kenangan pahit jerrr.. :p
4 Comments
cantiknya view
ReplyDeleteSelamat bercuti
ReplyDeletecantik... bestnya dapat bercuti-cuti an, lagi2 lah bila dapat tengok laut memang best
ReplyDeletesalam tahun 2020.. :p
ReplyDelete❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤