PANDUAN DAN PELAN PERCUTIAN YANG SANTAI DAN TENANG



Salam/Hai semua. 

Dah nak masuk ke penghujung 2019. Lagi beberapa hari kita nak masuk dah ke tahun 2020. So, macam mana dengan memori 2019? Banyak ke kenangan indah yang diukirkan Bersama yang tersayang? Hihi..Contohnya bercuti. Biasa korang bercuti dalam setahun berapa kali? Ada orang WAJIB sekali, ada orang tak kisah berapa kali pun, janji ada peluang dan masa. Bagi saya pulak, kalau sekali tu memang WAJIB, tapi kalau ada kesempatan dan rezeki, kitorang sefamily redah jer sampai 2-3 kali tapi biasanya cuti yang bajet murah dan dekat-dekat jer la. Dan tak membazir sangat cuti tahunan.  


Percutian pada 1.1.2019

Bercuti sampai 2-3 bukan sebab mewah atau terlebih mampu. Tapi kadang-kadang bila dah stress hadap kerja berbulan-bulan, otak dah jadi tepu. Semangat nak pergi kerja pun jadik hambar, tawar. Pergi kerja rasa cam nak gi penjara jer. Huhuhu..So nak tak nak memang kene bercuti ler jawabnya nak recharge diri kita. Sama cam machine jugak. Kalo lama sangat guna, pastu takde diselenggara dengan baik, lama-lama boleh rosak jugak. So nak pastikan machine tu berfungsi dengan baik, kene le selenggara ikut jadual dia. Sama cam kita manusia jugak. Kalau dah penat sangat, memang sekali sekala kena rehatkan diri cuti santai makan angina. Yang penting, bercuti dengan tenang tu buat kita rasa segar balik. Cam saya dan keluarga, kalo bosan sangat, hujung minggu bercuti jugak dekat pantai Port Dickson ke..Morib ke..mana-mana yang dekat dan kurang ongkosnya..yang penting, masih mampu menikmati masa berkualiti dengan keluarga tersayang.


tiada yang lebih menenangkan selain berada ditepian pantai, menghirup udara segar

Bagi sesetengah orang, kadang-kadang bila kita bercuti ni, orang tengok kita macam mewah macam senang jer. Tapi sebenarnya perlukan jugak sedikit perancangan dan beberapa benda kita kena ambik berat jugak sedikit sebanyak demi memastikan percuti kita lebih lancar dan santai. Bila percutian tu berakhir dengan indah, maka memori yang indah jugak akan kita pahatkan bersama yang tersayang. Nak masuk kerja balik pun lebih semangat. So, saya nak share jugak beberapa perkara yang nampak cam besher-besher aje tapi sangat-sangat membantu melancarkan urusan percuti kita tu nanti seperti berikut:-

            ·         LOKASI PERCUTIAN
Lokasi jugak memainkan peranan penting demi memastikan percutian tu berjalan dengan lancar. Macam saya dan keluarga, lebih suka bercuti tempat atau bandar yang bukan tumpuan orang sangat. Salah satu faktor, sebab bawak orang tua dan bayi. Dan mestinya bukan musim cuti sekolah sebab masa ni la semua ibu-ibu bapak-bapak bawak anak-anak bercuti. Semua akan penuh. Hotel penuh, shopping mall penuh, tandas pun penuh jenuh nak Q hahaha

    ·         PILIHAN AIRPORT TRANSFER
   Bila dah rancang lokasi percuti, pastu dah siap2 nak gerak, jadi masalah pulak dengan pengangkutan nak ke airport nanti. Kalau cuti 5-6 hari, jenuh plak nak bayar parking kat airport tu. Huhuu.. so cara paling mudah tak payah pening kepala nak fikir ialah menggunakan airport transfer. Tak susah nak cari, Traveloka kan ada. Lebih mudah dan efisyen. Harga pun lebih berbaloi berbanding korang nak bayar parking kat airport tu. Kat Traveloka ni, kita boleh  “book cheap KLIA Ekspres ticket “ yang memang sangat murah jika dibandingkan dengan tempat lain. Kalau bercuti sorang-sorang atau pergi berdua jer pun memang sangat selesa. 


    Kalau nak pergi ramai-ramai satu family atau dengan kawan-kawan pulak, jangan risau, jangan stress. Boleh aje cuba “book airport limo“ pun sama guna Traveloka jugak. Nampak cam mahallll mewah have-have jer kann..Tapi harga dia sebenarnya sangat mampu milik. So korang try jer mana-mana yang rasa bersesuaian dengan situasi korang tun nanti.

·         PILIHAN AKTIVITI
Kalau namanya bercuti, takde la istilah duduk memerap dalam bilik semata-mata kan..sure ade la sikit aktiviti kene buat. Takde ler nanti update blog, 5 hari bercuti 5 hari gambar dalam bilik jer. Tak de keluar bilik langsung nak tengok pemandangan luar/tempat orang. Kalau bawak budak-budak, sure dorang boring dok dalam bilik jer. So make sure ler keluar jugak hirup udara segar buat aktiviti macam food hunting (INI WAJIBBBB), pastu bua island hoping, lepak-lepak tepi pantai tengok matahari terbenam, snorkeling dan lain-lain aktiviti asalkan jadual tak terlalu pack dan memenatkan.


·         PILIHAN PENGINAPAN
Korang kalau bercuti macam mana, nak cari hotel murah ke cari hostel? Kalau saya, sebab bawak orang tua dengan baby, keutamaan hotel ialah hotel yang selesa, selamat semestinya dan harga masih mampu bayar. Tak nak yang murah sangat tapi hotel tak selamat, review tak best, tak bersih dan lain-lain. Sebab nak pergi bercuti ni bukan hari-hari. Biar yang sesuai, selesa dan selamat walaupun terpaksa keluar duit lebih sikit. Family pun tak le merungut kalau timbul masalah macam-macam. Tapi apa-apa pun maksud keselesaan dan murah tu berbeza ikut persepsi masing-masing. Kadang-kadang bagi kita tempat tu ok, bagi orang ni pulak sebaliknya. 



Percutian pada 7.4.2019 
So, pendapat saya..kalau nak memastikan percutian tu berkualiti dan menyenangkan memang tak dinafikan perlu keluarkan duit lebih sikit berbanding orang bercuti style backpakers. Sebelum bercuti tu nak kene plan sikit supaya keperluan dan aktiviti nampak tersusun dan berjalan lancar. Kalau main redah jer, silap-silap apepun tak bolehhhhhhhhhh. Dapat kenangan pahit jerrr..  :p
  

mencipta kenangan indah bersama yang tersayang



Post a Comment

4 Comments



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤