TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Wednesday, 14 November 2012

❤ SALAM MAAL HIJRAH 1434 ❤




Selamat Tinggal 1433
tahun yang banyak kenangan pahit manis.. 
pahit itu kenangan, pahit itu jua pengajaran.
yang manis, kadang2 jadi sempadan.

Selamat Datang 1434
Semoga yang indah dah baik2 sahaja buat kita semua.
Semoga dimurahkan rezeki
semoga dipanjangkan umur utk tahun2 akan datang
semoga diberkati dan dirahmati
semoga diberikan kesihatan yang berkekalan

Semoga Allah SWT melindungi kita semua
menguatkan hati kita
mengukuhkan kesabaran kita
merapatkan ukhuwah kita
dan yang indah2 saja dalam hidup kita..
Amin


❤ AL-FATIHAH BUAT EN. SAFRUDDIN ❤







semalam kira2 5.30 petang, tgh2 saya surf internet sambil layan perasaan, dpt sms dari salah sorg pegawai kat opis...

"...Dimaklumkan bahawa En. Safruddin, juruteknik di auditorium JPM, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Jenazah allahyarham akan dikebumikan di kpg. tekali, hulu langat malam ini. Al-Fatihah.."


saya terkejut..mcm tak percaya.. baca balik sms...ulang 2-3x. Innalillah.. Sesungguhnya kematian itu pasti, malaikat maut menjemput ajal, datang tak pernah cepat atau lambat..walau sesaat.. 

reply:

saya : haaaaaaaaaaaaaaaa..!! innalillah... sakit ape dia?
en. M : jantung..sesak nafas tadi..
saya : en. M pergi ker? sampaikan salam takziah klu pergi. saya tak dpt pergi, suami saya g KL Sentral hantar mak dia balik kelantan.
en. M : Insyaallah pergi kot..kebumi mlm ni..lps Isyak.
saya : OK, tQ inform. 


terus saya copy msg, fwd pada pegawai2 & staff di opis saya termasuk x-boss yg dah bertukar keluar dari JPM ni..  

kali terakhir saya bercakap dengan arwah, jumaat lepas (8/11/2012). masa tu saya check bilangan kursus dia, masih lagi x cukup 4 hari. saya pun pelik sebenarnya sbb biasanya dorg ni laa yg berlebih2 kursus. so, saya rasa kemungkinan besar arwah lupa nak hantar borang kehadiran. terus saya call arwah tanya psl tu, tp masa tu arwah bagitau dia kat klinik & mungkin x masuk pejabat dah petang tu. dia mintak saya call staff lagi sorang, mintak tlg tanya pasal borang tu. saya pun, okey jer la...cuma saya sempat inform dia, saya register jer dulu nama dia utk EPSA in case borang tu saya x dpt petang khamis tu. sebabnyer, Jumaat (9/11/2012) saya mmg dah kne pergi kursus EPSA, so hari tu mungkin yg x cukup kursus 7 hari akan dapat ID utk EPSA tu.

petang tu, dalam saya tgh key in nama utk arwah dlm sistem EPSA, datang staff yang arwah maksudkan tu menghantar borang kehadiran kursus arwah. so saya pun terus key in kehadiran kursus tu. saya ckp kat staff tersebut, kursus arwah dah cukup 7 hari, so x yah risau.

itu last saya berurusan dengan arwah.........................


pagi ni g keje, suasana opis senyap, suram. saya dimaklumkan arwah dikebumikan pagi ni sebab mlm tadi hujan lebat. sampai2 jer saya hantar emel untuk makluman semua pasal kematian tersebut, pastu book van utk uruskan sape2 staf yg nak pergi ziarah. saya dimaklumkan asal2 van jer ade tp sbb ramai, dorang guna bas. Alhamdulillah ramai yg pergi, kebanyakkan kawan2 arwah sbb arwah antara orang lama kat JPM ni tapi saya sendiri x dapat nak pergi wlupun hati nak sangat pergi. takde orang kat opis. yang saya tau, TSUB & SUB pergi. mggu ni pegawai2 & staf pun ramai jugak sambung cuti. so saya x boleh tinggalkan opis camtu jer takut ade ape2 hal / dokumen urgent yg perlu untuk tindakan. insyaallah mungkin saya akan pergi masa hari penyerahan sumbangan utk keluarga arwah. 

arwah wlupun saya x mengenali secara rapat, cuma bercakap klu saya call pejabat dorg (kitorg sama seksyen tp lain2 blok) yg saya dengar mmg sangat baik orangnya. sentiasa tenang, tak pernah bercakap hal orang & x pernah tinggi suara. klu jumpa masa meeting pun dia x byk cakap, cuma salu maklumkan pada kitorg yg dia x berapa sihat.

ape2pun, sapa2 yg terbaca entry kali ni..sedekahkan Al-Fatihah utk arwah yer..jangan lupa niatkan sekali utk semua roh2 kaum muslimin & muslimat yang dah pergi meninggalkan kita. 


semalam masa dlm kete pas balik dari klinik, hati saya tiba2 sebakk.. airmata x segan silu nak mengalir. byk mende jadik kat diri saya akhir2 ni.. bila tingat balik berita2 org meninggal mcm ni...tiba2 saya terfikir..mcm mana agaknya perasaan kehilangan org tersayang tiba2 mcm tu?? saya dah kehilangan ayah 11 thn yg lepas, tp sempat jaga dia semasa hayat dia sakit tu, sama2 ulang alik pergi hosp. ini pulak, kehilangan yang tiba2. mintak dijauhkan.. mintak semua dipanjangkan umur. 


hari kita, entah bila..Allah jua yang Maha Mengetahui. Innalillahiwainnailaihiraju'uun...

Tuesday, 13 November 2012

❤ UJIAN APAKAH INI....?? ❤



pic credit to uncle google ;)


Dah masuk 3 minggu keadaan saya macam ni. kepala berdenyut2. pagi petang siang mlm, kat rumah atau kat opis. mata celik, kepala berdenyut balik. kalau boleh, nak cabut kepala ni, letak tepi. atau paling dah tak tahan pun, hentak ke dinding. supaya sakit kene hentak tu mengatasi sakit berdenyut ni. lupa sakit cuma time tido.

pagi - demam.. sejuk menggigil2. macam dlm entry DEMAM & JANGKITAN FUNGUS KAT MUKA ni.
thari - panas..berpeluh2 walaupun hujan lebat or aircond kat opis dah cukup kuat. 
petang - sejuk balik - berstokin kat opis mengalah orang tgh musim sejuk. teguk air panas bergelas2 nak panaskan badan.
badan terasa menggigil2 buat keje. kadang2 x buat keje langsung. bos lalu depan meja, saya buat2 sibuk walaupun sbnrnya saya rasa macam nak baring jer bawah meja. tak larat sebenarnya. mata kejap2 tgk jam. mengharap kul 5pm.

masuk kereta - saya baring + tido. Yang saya tau, sampai rumah, letak henbeg, mandi, siap ape patut, lepas Isya' saya dah tido. Pernah jugak terbangun tgh2 malam, mata sampai ke pagi tak nak tido. Apekah sebenarnya??????????????? Puas dipaksa, sudahnya tido x tido kul 5am..! 

Si suami pelik... bila saya kne macam tu, pegang dahi saya, mmg panas. bila bawak pergi jumpa doc, panas dah kurang. balik rumah, panas balik. dah abis2 panas, saya menggigil2 pulak kesejukkan. dah siap2 makan ubat, dia pergi kerja. saya tak pernah mintak dia temankan sbb tau sekarang dia tgh sibuk. sangat2 sibuk. kdg2 dia pergi keje lambat juga temankan saya. urut kepala, letak minyak kat badan. sakit badan terbaring 2-3 hari terutama hari mggu.

so balik keje, dia kejutkan saya, prepare ubat saya, kdg2 beli mknn. tapi selalunya saya cuma makan buah pear jer utk alas perut. kalau takpun, makan yougurt buah. selera makan totally down. cium bau mknn yg  dia masak, lagi saya seksa tahan nak muntah. 

itu utk seminggu++, dah tak tahan sangat, jumpa doc. amik tekanan & kene tanya kul brp tido. errr....bab kul berapa tido tu yang agak payah nak jawab, sebab saya bukan jenis tido awal. nak2 sejak ade SUGAR GLIDER : CHEEZEL &CARAMEL ni, jadual tido saya sangat jauh. kalau dulu, tido tak tido paling awal kul 1am saya naik bilik. Sekarang selalunya kul 2.30 or 3.00 am baru saya tido & bangun balik 6.15am. Saya seronok sebenarnya, ada haiwan baru. tu cara saya release tension, hilangkan stress. saya duduk berjam2 dalam bilik kucing & main dengan dorg. Cheezel & Caramel pulak saya bawak keluar. Main depan tv, supaya dorg lebih jinak. Hujung minggu saya tak pergi mana2. Saya tak bertandang rumah jiran semata2 nak menyembang kosong. Asal2 menyembang kosong, dah tentu lame2 TERbuat ketupat. Saya tak minat. Saya selesa duduk rumah. Berkawan ngan haiwan, janji saya tak kacau or jaga hal tepi kain orang, itu sudah cukup baik saya rasa. tak tau ler kot ade yg x setuju dengan pandangan saya. ;)

Tapi semua jadual tu saya 100% kne ubah sekarang. Kne tido awal, kne jaga pemakanan, kene elakkan stress. ELAK STRESS???????????????????????

Ade ker orang boleh elak stress?? Rasanya saya dah puas elak stress, tp stress tu dtg jugak bertubi2 kat saya. Kat opis or mana2, saya x bergaul sangat dengan semua orang, tapi saya bukan kera sumbang. saya cuma sesekali bercakap / bergurau bila masa saya rasa perlu. robot kot kalo x reti bergurau. bukan apa, taknak bila dah baik sangat, perasaan hormat @ segan orang kat kita jadik kurang. yang penting, kerja saya siap. Sebabnyer, bila bercakap, ada la topic yg orang jadikkan bahan senda gurau yg sebenarnya sensitif pada saya. Yang TTC ni faham la kot.. itu yg satu tu, pasal keje plak, cane la saya blh elak stress kalo ade staff / opismet yang sentiasa tambah masalah pada saya. bagi saya, tak menyenangkan orang tak per, tapi jangan sesekali menyusahkan orang. bukan saya x biasa idup susah, bukan x biasa kerja susah tp yang susah ialah berhadapan dengan orang yg bermasalah & susah nak berubah. haihh...cemane la nak elak...???


16/10/2012 : 
Lepas jumpa doc, yg 1st hari tu doc amik tekanan darah. doc ckp darah saya dah sampai border.  140/90*gulppppp*. adakah saya bakal mewarisi penyakit arwah ayah, mak & abg2 saya pada umur 32 tahun??? tak sanggup rasanya! banyak kau kne pantang makan!! Doc ckp tak payah risau, tak payah stress. tak semestinya ini darah tinggi terus, maybe sebab saya sangat stress & kurang tido. So doc suruh saya jaga waktu tido, kene cukup, makan kne jaga, xde daging2 merah, xde mknn masin2, bla..bla..bla..baik! saya jaga betul2. macam biasa, saya cuma mkn buah, byk makan sayur & hanya makan ikan jer kat opis.


19/10/2012
Semalaman x bleh tido, sbb balik keje tu, pas Isya' saya dah tido tp terbangun kul 12.00 mlm. hubby keje, so mmg pagi baru balik. puas saya paksa, tapi mata x nak pejam. last2 agaknya kul 5.00am kot saya terlelap. 6.15am alarm hp bunyik. saya paksa diri bangun wlupun kepala terasa cam berat. saya pergi bilik sebelah, cari baju yg x payah iron tp nak iron tudung jer. Masa tunduk2 on suis iron, kepala saya makin berat, kaki lutut saya tetiba lembik. terus off suis iron & baring kejap kat katil bujang lam bilik baju. dah rasa ok, saya bangun balik. rasa cam nak pitam, masa tu jugak saya rasa cam diawang-awangan. rasa cam nak muntah & badan dah menggigil2. saya paksa diri mandi cepat2 konon nak bersiap tp saya tewas. badan saya betul2 lembik. saya mintak hubby ambik hp kat tkt bwh utk sms bos bgtau saya EL lagi utk kali ke-3. saya dah segan sebenarnya, asik saya jer EL, kalau x EL, saya MC. mula dari saya mula2 kne fungus ari tu. terus bersambung pulak dengan demam ni. hubby cakap, dah sakit..xkan nak pergi keje jugak. sakit betul2. bukan MC beli pastu g enjoy pun. dia bg saya makan ubat & keje cam biasa.

Semua tu berlarutan sampai sekarang cuma saya dah boleh duduk depan pc @ turun tkt bawah bg kucing ngan sugar glider makan, cuma saya x larat nak berdiri lama2. badan saya masih lemah. kalau berjalan pun kdg2 rasa cam saya berjalan dalam sampai, cam terhuyung hayang. kat opis, klu tgh berjalan ade rasa cam nak tumbang tu, saya cepat2 capai apa2 utk berpaut. kalau tak pun, saya cari kerusi.

bila dah keadaan macam tu, mmg rumah agak serabut. toto masih depan tv. sebabnya kalau saya turun bawah, rasa datang pening tu, mmg saya landing jer situ. aktiviti masak memasak mmg dah lama x buat.  masa saya MC & hari2 yg betul2 x larat / asik terbaring jer ari tu, biasanya thari hubby saya akan balik. hantar nasik or buah2. kalau sibuk sangat, dia just call bgtau x dpt balik. saya x kisah sbnrnya. rasa macam keadaan saya sakit mcm ni betul2 menyusahkan dia. kelam kabut dia. time kerja malam pun macam tu, balik keje dia terus singgah tapau mknn utk saya.

banyak benda / perkara terjadi yg buat saya betul2 tertekan kebelakangan ni. saya harap semua tu akan berlalu. dan harap saya makin sembuh. saya pun dah x larat nak fikir rasa serba salah bila tgk semua kerja2 rumah hubby yg uruskan. dengan kelam kabut nak pergi kerja.

sekarang, mana yg larat, saya paksa diri buat. badan x boleh nak dimanjakan sangat. masuk baju dalam mesin, pastu duduk slow2 sidai, x bleh tertunduk2 sangat. dalam minggu ni jugak saya masih dalam pemerhatian doc. 2 hari sekali kne g klinik, sepatutnya pergi hari ahad or isnin baru2 ni, tp hubby keje pagi & malam, bila dia balik keje tgh2 malam, saya rasa x sampai ati pulak nak ajak dia pergi klinik. rasa macam saya dah banyak menyusahkan dia. mungkin mlm ni kot pergi klinik.

kepada hubby saya, kalau dia terbukak & terbaca blog ni, saya nak mintak maaf byk2 kalau saya ni dah terlalu banyak menyusahkan dia. asik sakit memanjang. buat hidup & jadual dia sentiasa kelam kabut. saya pun x mintak keadaan macam ni. kalau saya boleh pergi satu tempat yg saya x jumpa perkataan sakit & stress tu, mmg saya dah lama pergi. apa kan daya..ni ujian untuk saya.

semoga Allah terus memberikan kesihatan yg berpanjangan utk saya. terima kasih jugak buat anak2 sedara, kawan2 & kawan alam maya yg x pernah saya jumpa tp sentiasa mendoakan saya. Allah jua yg membalasnya. Insyaallah..............










bacaan tekanan darah:
16/10/2012 : 140/90
2/11/2012 : 132/88
9/11/2012 : 140/80

❤ DEMAM + JANGKITAN FUNGUS DI MUKA & DEMAM BALIK ❤








DEMAM + JANGKITAN FUNGUS DI MUKA

Kisah beberapa mggu lepas (19/10/12) saya demam 5 hari, 
lepas tu kulit muka abis mengelupas,
merah, gatal2, pedih2 & bila check kat doc, doc ckp kne fungus.
part cuci muka x yah cita. Ibarat cam pompuan lam iklan pencuci muka tu,
muka just jirus air gitu2 jer, pencuci muka langsung x bleh sentuh.
pastu x bleh keringkan muka, kne bg kering sendiri.
Proses nak keringkan muka lagi seksa,
gatal toksah cakap. Rasa cam nak kikis & garu guna pisau cukup..
Huarghh!!!!!!! tensen giler time tu..
rasa ngeri bila nak tgk muka sendiri dlm cermin.

Last2 bila dah makin teruk sampai x blh nak jumpa orang (malu woo)
kitorg pergi klinik kulit. Bila doc ckp kne fungus,
Persoalan pertama dari mulut incek hubby kat doc,
"..sebab ade bela pet / haiwan cam kucing ker, doc?.."

doc ckp x semestinya, fungus ada kat mana2 & sapa2 boleh kena klu kulit sensitif.
Saya lega... sbb bukan disebabkan kucen.
nak2 pulak masa tu saya lak baru 2 mggu bela Sugar Glider.
Wlupun biasanya x kira natang ape, lepas pegang dorang mmg saya sentiasa cuci tangan
& jaga kebersihan. Dapat la MC sehari, lagi 2 hari saya cuti sendiri.
Hari selepas tu saya g keje, semua terkejut tgk muka saya.
Tapi at least nampak la yg saya betul2 cuti sbb sakit..
siap ade bukti tu... huhuhuhuu


G klinik tu, dpt laa cream utk sapu.
Mmg berkesan, dlm 3 hari jer saya sapu, kulit dah makin baik.
Alhamdulillah. Mula2 tu ingatkan sbb makan antibiotik ker ape 
tp seingat saya, saya x pernah allergic kat mane2 ubat or mknn laut.
semua belasah jer. 
Sekarang muka dah ok dah, pegi keje pun pakai bedak amoi jer..
dah katanya pemalas nak mekap2, so hari tu xde ler muka jadik cam tu sbb 
bertukar mekap2 baru. heheh


DEMAM BALIK
itu kisah 2 mggu lepas, mggu ni lak saya demam balik..
adoiiyaioioioioioi...!!
hari ni masuk hari ke-2 demam
bukan demam cam biasa tu..rasa demam kali ni pelik lak.., 
tp kejap badan panas membahang,
dlm opis saya siap berkipas2 kepanasan.
kejap sejuk giler sampai menggigil2.
asal time batuk jer, kepala jadik sakit berdenyut,

Senin mlm selasa, balik keje saya terus tido dari kul 8.30pm tu,
kipas dlm bilik mmg x nak on. sejuk giler walhal skrg ni Bangi cuaca tgh membahang.
Saya boleh lena sampai la tersedar kul 11.00mlm,
time tu baru terasa panas giler.

terus turun tkt bawah, rupanya incek hubby tertido dpn tv.
mlm tu saya tido menggigil2 tp malas nak kejut dia. 
kesian plak tgk keje penat2 nak kacau tido dia lak.

Selasa pagi, saya ambik cuti emergency wlupun dah serba salah sbnrnya.
Rasa serba salah tp nak buat mcm mana. 
Terpaksa khennnn..>!
So, hari ni saya g jumpa doc & doc ckp tekanan darah saya agak tinggi.
Lepas ni kne jaga makan la pulak wlupun dlm kepala otak ni dah terbayang2
asam pedas daging yg kwn2 incek hubby mintak masak
sbb hari tu budak2 bujang kawan dia dpt daging korban.
So, pasni just makan buat rasa jer la.. huhuhu

Harap laa pasni baik dari demam.
Bukan apa, bila saya demam, secara otometik saya risaukan anak2 bulus.
Kucen & sugar glider.
Sapa nak cuci cage dorang, sapa nak tukar pasir dorang, 
sapa nak bancuh HPW & potong buah utk SG 2 ekor tu,
bla..bla..bla...mcm2 saya fikir.
Incek hubby mmg ade tp jarang ade kat rumah, 
balik keje pun kdg2 kul 3-4am, 
pagi lak kne g awal plak. 
sebolehnya saya x nak susahkan dia 
kecuali betul2 x larat sangat. 

terima kasih hubbyku, jasamu ku kenang.. ;)

❤ RINDU ANAK SEDARA DI SARAWAK & JUGA SI NABILA, BUDAK RAMBUT MERAH ❤



NABILA - SI BUDAK RAMBUT MERAH


tetiba rasa rindu budak nih..
bukan kata x rindu dengan yg lagi 18 org anak sedara tu, 


rindu!!
 semua mereka dalam gambar bawah ini 
saya rindu..!! 


 mereka...........

mereka........... 


 mereka...........


dan mereka...........


(tapi saya x tau SEMUA mereka ni rindu saya ker tak??????? huhuhuhu)



Tapi budak ni paling lama duduk ngan saya & mak kat sini, 
4 bulan ++ dari 1st April sampai 10 Ogos 2012 ari tu. 
so byk kerenah & kenangan ngan budak nih.
dengan incek hubby saya, dia ambik masa lebih kurang sebulan nak sesuaikan diri.

Dari mggu pertama dia just diam jer, 
pastu mggu kedua dia duduk dekat2 skit ngan incek hubby
sambil jeling2 incek hubby yg saja tayang main game depan dia,
bila incek hubby pandang dia balik, 
dia buat2 mcm x tau.. pandang tempat lain.
minggu ketiga dia dah boleh baring sebelah incek hubby tp agak jauh skit,
last2 mggu keempat, tgk2 dah berkongsi bantal ngan incek hubby!
macam gambar kat bawah nih....hahahaha..!!! 




Dari kecik dia mmg pemalu & takut dgn orang sbnrnya,
bukan takat ngan incek hubby saya, 
ngan abang2 saya lagi 3 org (pakcik2 dia) pun dia takut.
Yang boleh kata selalu dia jumpa / tgk kat Kuching sane pun dia takut jugak.

So, masa saya ckp dengan abg no.3 nak bawak dia g Semenanjung, 
abg saya ckp dia okey jer, janji saya larat @ sabar dgn karenah dia.
Ape2 hal, dia meragam ke kat epot (LTAK),
tetiba tanak naik flight, haaa jawab laa..!



Saya x mengenali perangai dia secara mendalam sbb blk Kuching pun jarang2,
setahun ade ler dlm 2-3x jer saya balik, depend ngan cuti @ tiket murah ke tak.
Tapi, kalo saya balik Kuching, muka dorg berdua ni hari2 akan saya tgk,
sebab rumah sebelah menyebelah.

Kadang2 saya membuta lagi sampai kul 10.00am, dia masuk bilik saya,
buat bunyik mcm2 konon nak bgtau saya dia ade kat situ. hahahha
Memalam lak, kul 12 tgh malam baru dia balik umh sendiri (2 langkah dia jer)
tu pun sbb ayah dia nak tido awal sbb esok kne bgn awal. 
Tapi bila ajak tido umh kitorg, dia taknak. 
Mak pernah try x kejutkan dia yg tertido dpn tv, kul 12 mlm dia tersedar tu, 
dia blh plak bgn pegi ketuk pintu umh dorg. Hacanerrr tuh?? heheh

So, bila tanya dia nak ikut makchu pegi "KL" tak??
Dia jawab NAKK..!! NAKK..!! dengan kompidennyer..!

Saya lak, kira gamble gak la time tu. 
Sblm tu saya dah tanye abg siap2, abg saya ckp, 
kalo ko larat nak layan dia, bawak jer la..
lain2 risiko melalak, degil or tanak pegi, tanggung sendiri..hahah

Bila balik Kch time nak ambik dia tu, 
2-3 hari sblm tu saya bawak dia kuar jenjalan..
prektis & saje test dia cane..bawak kakak dia sekali, 
ugut konon2 x nak bawak dia kuar jenjalan, 
bawak kakak & adik dia jer..bising2 dia nak ikut..nangis ko!
umpan sikit ngan "menan" & eskrim, seronok ler dia..!
nampak x cane makuchu dia "saiko" dia skett...?? 
TAPI kne kuar modal skit..!! hahaha

Alhamdulillah..bila sampai epot jer, 
dia x meragam langsung..!
 malah, masa kat menunggu kat balai perlepasan tu, 
dia siap babai2 ngan mama, ayah, kak Nadia & adik Nacu'aa dia.
sampai dia dah malas nak babai sbb menunggu kat balai berlepas tu agak lame jgk.
saya cam mimpi lak. cam x percaya..
terbayang2 masa 1st time dia balik kpg dulu, 
mmg melekat 24j ngan ayah dia @ abg.no.3. 
kitorg x yah cite, jgnkan nak dukung2 dia..sentuh dia sikit, melalakk!!

Bila dah sampai sini, byk perubahan dia..
Tapi perkembangan yg sangat2 baik, 
sejak dia duduk ngan saya, dia jadik sorg budak yg positif, konfiden & x malu2 mcm dulu.
Malah dia byk menghiburkan saya dengan telatah & mulut dia yg "boleh tahan" jugak tu..

mmg teman saya bergaduh2, bergurau bla..bla...
blk keje dah sengih2 tggu saya bukak gate, 
tggu umpan @ habuan yg saya kuarkan dari beg plastik or henbeg :p


saya lak suka sakat2 dia, salu ajak gaduh sampai dia ckp x nak dah gaduh ngn makuchu
 (serender ko!) ahah!!



memalam, dah kul 12 tgh malam mmg kompem budak ni x nak tido,
dia akan kasik alasan x ngantuk wlupun mata dah kelat, merah2 & nguap patbelas juta kali.
siap kasik alasan nak tggu pakchu balik OT, baru dia tido,
sebenarnya dia nak tggu pakchu dia balik supaya dia bleh lepak2 lam bilik kitorg,
kalo x pun, sbb pakchu dia jer yg rajin nak layan dia main game PS2,

pastu nek bilik berkaraoke tgh2 malam layan lagu Najwa Latif & lagu2 fav dia. 
Last2, tido x tido kul 3am!!
Saya ok jer, sbnrnya saya lbh suka biasakan budak tido lewat, 
besok2 ade rezeki masuk U, dah biasa berjaga malam,
senang nak study. Takde ler kul 8.30pm dah nguap cam jerung dahhh..!!
So dgn kitorg mmg plg awal dia tido kul 12 @ 1 am, 
kalau hari saya x keje, kul 3 am dia bleh tahan layan Youtube.
Dia akan masuk bilik tido ngan mak kat sebelah bila dah x tahan sangat. 
Kalo saya suruh dia tido, dia ingat saya halau dia @ x kasik tgk tv / youtube,
pastu buat muka sedih, silap2 ari bulan, air mata mencurah2 cam kena dera!!
so kalo nak suh dia tido tu, ayat saya kne berhemah sikit, 
siap ckp esok bgn awal supaya blh tgk youtube @ cite katun lam bilik saya.

Korang jangan ingat dia senang kne tipu cam tu jer, 
Bila pagi nyer, dia tagih balik, dia kdg2 tggu dpn bilik bila tgk saya bgn lambat @ bukak pintu,
siap suruh mak check dlm bilit kot2 saya dah bangun / tak keje..!
naik lemak ko duk ngan makchu ekk??
 hahaha ..!! layankan jer la...

ni pic dia menggedik tgh2 malam, kul 1am++ kot kalo x silap,
saya soh dia naik tido, dia naik kejap, masuk bilik ngan mak, 
pastu lam 10 min, turun balik check saya dah tido ke belum,
biasanya saya pura2 tido dpn tv tp hari tu kantoi plakk sbb lupa tutup lampu & tv,
bleh plak ajak menyembang saya kat bawah, dia kat tangga atas.
adoiiyaiiiii...!!!  


ni pic saya balik petang, dia dah siap mandi, sbb saya salu ckp ketiak dia masyem, 
tanak cium  & bawak dia jalan..hahahah!!



caye x kalo saya ckp, sblm ni dia ni jenis memilih makan?
kat rumah sendiri, dia just makan NASIK PUTIH jer ngan AIR SUAM!
sama jgk dgn kakak dia, x makan lauk2, sayur, apatah lg ikan.
Duduk ngan saya, haa ngkoo!! termuntah2 dia saya paksa makan!
Tak buat cam tu, x makan ayam, x makan sayur, x makan ikan!
mane nak dapat zat & khasiat. buah pulak tgk jenis. 
Tiap kali makan tu, mmg saya saiko dia, 
mula2 cara kasar / garang, sbb saya nak dia takut saya,
dah lame2 tu saya guna cara lembut.
Saya ckp, kalo x nak makan nasik, dok umah jer..
 x bleh ikut jenjalan,
x bleh ikut g kedai, 
x bleh main kat taman permainan..
bla..bla..bla.. 
last2 dia makan jugak.. 
kdg2 budak ni mane bleh ikut sangat, naik lemak ler jadik nyer..!
itu memilih, ini memilih..silap2 sampai ke tua x makan ape org lain berebut makan!

satu yg saya perasan budak ni, dia bukan jenis mintak2 beli barang,
melainkan kita tanye dia nak ker x..
pastu, kalau barang tu dh ade kat tangan dia, 
kita ambik balik pun dia x kisah..
cth masa kat I-City hari tu, ade org jual lampu2 tu dah suruh dia pegang dah, 
saya lak ingatkan Along (kak ipar) nak belikan, so saya ckp x payah..
menan melambak2 lam bakul saya or pakchu dia belikan,
tu tak termasuk yg dia bawak "bekal" menan dari Kuching.
bila soh dia bg balik, dia bagi jer..
xde pun nak melalak2 ke ape..
kalo budak lain, kompen dah sapu lantai dah..berguling2..hahah



selama 4 bulan dia ngan mak saya kat sini, 
sempat jugak la bawak dorg bercuti g Pahang & Melaka,
kebetulan lak family abg no.2 masa tu bercuti kat sini,
tmpt jauh2 sempat la pegi.. sempat g Colmar Tropicale jer..
pegi situ pun dia dah seronok sgt sbb dia percaya "prences" @ Princess duduk kat situ.
nak2 plak sepupu2 dia yg lain ade jugak, rajin melayan dia terutama Haziq.


hemskem x pakwe saye..???? Anak sulung abg no.2. hehehe...
mak kalo tgk tv, kalo nmpk ade Tomok penyanyi tu, 
sure dia ckp cam muka Razi...
(maknek madah kedak muka retis dah kitak, Razi...hehehehe)


dlm byk2 plan hari tu, hajat Nabila nak pegi KLCC, saya x sempat tunaikan..
sbb bulan posa ari tu saya dah hantar dia balik Sarawak.
kat sini bkn blh tiap2 mggu nak kuar jenjalan, 
Tahun depan x bleh nak bawak dia dtg sini dah,
sbb budak nih dah sekolah..
tp cadangnyer, nak bawak adik dia lak..Nacu'aa.. 
kalo makpak dia kasik kebenaran....hahahahah


insyaAllah bln 12 nnt jumpa ler dorang,.. hehehe ;)

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...