TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Wednesday, 31 July 2013

>TIP KEKAL SIHAT DI BULAN RAMADHAN

 
 
sedikit tips c&p dari imel opis ;)


pic credit to Uncle Google :p


Ketika berpuasa, kadar metabolik seseorang individu mulai menurun tetapi mekanisme tubuh lain pula akan berfungsi.Secara umumnya, berpuasa pada bulan Ramadan mampu meningkatkan kesihatan seseorang tetapi ada juga kemungkinan ia menjadi lebih teruk disebabkan jenis makanan yang diambil daripada waktu berbuka sehingga waktu bersahur.


Masalah yang kerap terjadi ketika berpuasa boleh diatasi jika tahu caranya. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diguna pakai sepanjang bulan Ramadan ini:


1.    Pedih ulu hati :
Apabila seseorang itu berfikir tentang makanan, otak akan menghantar isyarat di bahagian perut untuk menghasilkan asid yang boleh  menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, pedih ulu hati merupakan antara masalah yang kerap terjadi sepanjang bulan Ramadan. Jadi, pastikan anda memilih makanan yang lambat dihadam ketika bersahur.


2.    Dehidrasi :
Kekurangan air di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme dan menyebabkan dehidrasi. Sepanjang Ramadan, masalah dehidrasi lebih kerap berlaku kerana anda perlu menahan lapar dan dahaga lebih daripada 10 jam. Disebabkan itu, penting untuk menikmati air secukupnya semasa bersahur dan juga berbuka.


3.    Sakit kepala :
Ketika berpuasa, sakit kepala kerap terjadi kerana beberapa faktor seperti kelaparan, kurang tidur ataupun mengambil kafein dan tembakau. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein dan tembakau secara perlahan-lahan dan dapatkan tidur yang cukup untuk mengurangkan sakit kepala ketika berpuasa.


4.    Sembelit :
Antara faktor seseorang itu mengalami sembelit adalah pengambilan makanan segera secara berlebihan serta pengambilan air dan fiber yang tidak mencukupi di dalam diet. Bagi mengelakkan masalah tersebut, kurangkan pengambilan makanan segera. Sebaliknya, tambah jumlah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.


5.    Paras gula rendah :
Jika berasa pening, letih, lesu, menggigil, mengalami daya tumpuan yang rendah atau tidak dapat menjalankan aktiviti fizikal ketika berpuasa, kemungkinan anda mengalami simptom bahawa tahap gula rendah dalam darah. Jadi, pengambilan makanan dan minuman yang bergula ketika sahur dan semasa berbuka puasa perlu dikawal bagi membantu mengelakkan penurunan gula dalam darah secara mendadak. Untuk itu, makanlah buah-buahan segar dan minum jus tanpa gula sebagai sumber tenaga ketika berbuka puasa.


Sumber : artikel / imel JPM - ARKIB : 13/07/2013

Wednesday, 24 July 2013

> RESEPI BUBUR LAMBUK

 
 
Bulan posa ni terliur bubur lambuk ni.. Ari tu dpt free bubur lambuk dr Kpg Baru, dah siap2 bawak balik umh tp terlupa hari tu ade majlis bukak posa kat luar. Last2 terbuang camtu jer..tambahan plak masa blk umh betul2 x ingat nak simpan lam esbok. Rasa rugi giler...xde rezeki...
 
So, sape yg rajin tuu..leh la try masak sendiri....hehehe
 
 
gambar ihsan angkel gugel ;)
 
resipi sumber dari sini: kittymitty

 
Bahan-bahan :
  • 1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
  • daging (ikut suka bape byk)
  • segenggam udang kering
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 3 biji bawang putih - hiris
  • 2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (kalo lada hitam tumbuk lebih sedap)
  • 2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
  • 6 biji bawang merah - buat bawang goreng
  • daun sup dan daun bawang
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya

Cara-cara :
  1. panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning  
  2. lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
  3. kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
  4. lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
  5. dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
  6. masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
  7. selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
  8. kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.
  9. bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Monday, 22 July 2013

> SELAMAT BERPUASA - RAMADHAN KE-13

 
 
 

 Sekejap jer masa berlalu..dah masuk hari ke-13 Bulan Ramadhan.. Alhamdulillah puasa berjalan dengan lancar wlupun ade jugak 2-3 hari x sedar sahur.. Hrp terus diberikan peluang berpuasa sampai ke hujung wlupun pompuan biasanya x penuh sebulan..ngehehehe


 Cite pasal Bulan Ramadhan, sinonim dengan Bazaar Ramadhan. Kami tidak terkecuali..tp alhamdulillah hari ke-10 puasa baru pergi bazaar ramadhan..tu pun sbb nak bawak kawan g sane...tapau2 mknn.. Cam biasa, bila membeli dlm keadaan lapar, semua nampak cam sedapp..tgk ler menu kat atas tu..yg makan nyer 3 org jer...last2 x abis.. *menyesal*. Sbb tu nak elak pergi tmpt2 cam tu. Hrp tu last kot...

Mggu depan maybe x g mane2 kot sbb nak  projek sangkar anak2 bulus http://wonderfurrworld.blogspot.com/ tu...tggu member dtg umh tlg buatkan.. klu tak pun, maybe soping jalan TAR kot...kot laaa...tp biasanya x sukeh tmpt sesak2 cam tu...cam ari tu g masa minggu pertama posa, sesak ya hampon sogo tu..nak dptkan token pun sengah jam Q tau...



 Keje kat opis berjalan dengan agak huru hara..sorg member dah dpt tukar blk Swk..ekceli sbb waran perjawatan sini ade 2 jer skrg..sblm ni 3.. tinggalah saya ngan mamat cipsemo tu... so, tunggang langgang wat keje..saya sorg yg tanggung.. meja sebelah2 saya kongker...  hrp kes tatatertib dia settle esok, saya dah bleh wat cuti staff yg bertukar mggu lepas.. x sabar nak cuti raya... huhuhu


tu jer la..kelam kabut..jap g nak bukak posa kat luar.. cukup ler ot sampai 7.00 pm nih..dah x larat nak ngadap meja nih lelame.. huhuhu

Saturday, 6 July 2013

SEMOGA CEPAT SEMBUH, ANA. KUATKAN SEMANGAT DEMI ANAK2 YA..!!! :'(

 
 
 
Rabu lepas (3/7/13) dlm kelam kabut menjelang persiapan audit 5S, saya dpt sms dr sorg akak sama opis kt BPH dulu bgtau yang sahabat saya, Farhana @ Ana tenat di Hospital Ampang. Terus berderau darah saya, menggigil sms kat incek hubby mintak kol balik. Sbnrnya sms tu dlm kul 10am lg, tp saya baru perasan kul 11am. Akak yg sms tu dah pun otw ke hospital. Tersekat2 suara saya masa ckp ngan incek hubby mintak dia hantar g sana. Incek hubby terus setuju. Lepas tu, saya call n inform pada Ros, kwn baik saya kt dah berpindah ke INSTUN, Perak. Pun tersekat2 suara saya. X blh ckp lama time tu. Sebak. Kitorg pernah duduk 1 rumah masa lawatan PUSPANITA JPM thn 2007, sbb tu incek hubby saya knl hubby Ana. Masa tu jgk sms bertalu2 masuk. Saya x leh nak reply, sbb time tu jugak kehabisan kredit pas buat call kwn2. Try top up maybank, tac number tak sampai2. dugaan sungguh. Time tu jgk ade keje urgent yg kne siapkan. Adoii..



Dah settle sume keje, laju2 saya isi borang kebenaran keluar pejabat & mintak tanda tangan bos. Pastu call Bahagian Pembangunan, opis lama Ana in case ade yg tak tau psl tu. Pastu call opis lama saya tanye kot x-opismet nak g jgk. Saya offer dorg g ngan kete kitorg. Pas call ape sume, dlm 3 org nak join. Ngam kul 1 thari kitorg keluar.

Sampai kat Hosp Ampang, kitorg terus naik ke tkt.7. Jumpa akak yg sms saya td tu dgn kwn yg lain. Mata akak tu dah berkaca bila cite keadaan Ana. Saya dah tahan2 air mata ni dah. Pelawat pulak tak leh masuk ramai2. 2 org jer sekali masuk. Klu ikutkan, tak leh nak masuk sgt sbb takut kne infection. Masuk pun kejap jer.



Sampai turn saya dgn kwn yg sorg lagi, kitorg terus jalan laju2 g katil ana ditemani akak guard situ. Allahuakbar....!!!!!!! Sebaknya hati saya melihat keadaan Ana, Allah jer tau. Dia lemah sgt. Masa kwn saya pergi kat katil dia, dia mcm mamai2. Pastu turn saya gi kt tepi dia, saya sentuh bahu dia. Saya ckp kt Ana, saya dtg..kenal tak dia kat saya. Dia bukak mata, angguk pelan2. Masa tu.dah x tahan dah, saya nangis tgk keadaan dia. Saya ckp kat doa, Ana mesti kuat. Mesti lawan sakit tu. Demi anak2. Kesian anak dia 2 org tu. Skrg terpaksa dijaga kat kpg oleh mak mentua dia.



Kebetulan masa kitorg kat situ, doc dtg bgtau ana kne masuk icu. Saya lega sbnrnya. Sekurang2 nya dlm icu, keadaan dia lebih terjaga. Sorg nurse, akan jaga sorg pesakit. Peluang utk dpt jangkitan dr pelawat mungkin kurang memandangkan takde pelawat blh kuar masuk jumpa dia.


Tak puas jumpa dia, tp terpaksa keluar. Kejap jgk sempat berbual2 dgn suami dia bertanyakan psl keadaan dia. Kata suami dia, asal2 Ana demam 2 mggu. On off. Lepas tu gklinik check darah. Tak dpt kesan ape2. Last2 pergi hosp putrajaya. Rupa2 nya LEUKEMIA - STAGE 4...!!!!!!!


Masa ana masuk hosp putrajaya, saya tak sempat melawat. Saya balik Kuching time tu. Blk dr sana mmg ade niat nak melawat dia tp incek hubby tgh sibuk. Saya tangguhkan sekejap sampai la keadaan senyap. Itu yg saya ingatkan dah ok. Rupanya makin teruk. Besar sungguh dugaan buat Ana. Ada jugak cerita disebalik tu yg buat saya lagi sedih, sampai Ana pesan kat mentua dia, mintak tlg jagakan anak2 dia. Iskkkkkkk :'(

Sehari berlalu, semalam dpt sms dr akak yg sms hari tu jugak. Katanya Ana dah kuar dr icu. Maknanya Ana kat icu sehari jer. ALHAMDULILLAH....!!!

lepas kuar dr wad, kitorg berbual dgn akak guard kat situ. Katanya keadaan Ana sehari sblm tu ok. Siap menyembang2 dgn dia. Makan pun selera, tp pagi yg dia tenat tu..dia cirit. Terus keadaan dia mcm tu. Lepas berbual dgn akak tu, kitorg duduk kt tmp menunggu. Incek hubby pun dtg, saya ajak dia masuk lg kot nak jumpa hubby Ana. Masuk tu, incek hubby berbual dgn Hubby Ana kjp jerrr. Incek hubby mintak hubby dia bersabar dgn dugaan ni. Kata hubby Ana, nasib baik dlm keadaan jd mcm ni, dia dah dpt tansper ke KL, sblm ni terpaksa ulang alik dr Lumut-Putrajaya. Anak2 pulak, lepas ni transfer sekolah ke N9. Sebak hati saya, Allah jer yg tau. Masa kitorg kt hujung katil tu, Ana agak stabil. Dia dah bukak mata & pandang kitorg berbanding masa mula2 td tu.


Saya hrp dan sentiasa mendoakan keadaan ana makin baik lepas ni. Rindu zaman dulu2 masa opis sebelah menyebelah, salu nyembang2 time lunch or bekpes. Semoga Allah memberikan kesembuhan buat ana supaya blh terus bersama keluarga dan anak2 dia yg masih kecik tu. Amin.


Gambar sempat saya ambil dgn izin hubby dia ari tu.
.

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...