TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Friday, 28 February 2014

❤ KETAM GORENG CILI & KERANG REBUS..!!!! ❤






Gambar lama sebenarnya tp dah entah berapa lama jd pekasam dlm draft tu. Tetiba terasa kat tekak jer ketam goreng cili ngan kerang rebus nih..arghhhhhhhhh..!!! Sabar2..!! dah abis tempoh selera "berpantang" nnt, boleh laa lepas rasa sebelum setat balik pantang utk lagi beberapa tempoh,...uhuuhuu




BAHAN-BAHAN:

a) *4 Bawang merah + 4 bawang putih + 5 cili padi + 1" halia & 1" kunyit hidup ditumbuk @ diblend. Tumbuk jer la senang..bukan banyak mana pun.. dari blend, byk keje nak cuci blender..hahaha 

b)* 3 sudu cili boh @ cili giling 

c) 3 batang serai, ketuk sampai benjol

d) Garam, Gula, Aji, Sos Thai Mae Pranom, Air Asam Jawa & sedikit air (kalau perlu sbb ketam tu nnt akan sedikit berair)


 CARA:

1) Udang2 tu lumur tepung jagung & kunyit,. GOreng jgn terlalu masak & toskan.
 
2) Tumis semua bahan di atas (tanda *) sampai naik minyak. Pastu masukkan garam, gula, aji, sos Thai Mae Pranom (google kalau x tau cam mana bentuk dia), & Asam Jawa. Saya biasa masukkan air, garam aji dll tu siap2 sblm masuk ketam supaya sekata rasa masam masin manis dia. Dah cukup rasa. Boleh la masukkan ketam tadi.

3) Gaul rata pastu boleh la hidangkan..hehe





Kerang dibersihkan. Didihkan air bersama sedikit garam, serai, bawang merah & halia. Air dah mendidih, boleh la masukkan kerang tu. Agak2 dah ternganga, boleh la toskan.

Makan bersama sos Mae Pranom tadi pun sedap..jgn lupe perah limau kasturi dlm sos tu..gerenti malatopsss (pada tekak me & incek hubby laa) :p





Wednesday, 26 February 2014

> #SELFIE & KRISIS AIR DI SELANGOR | JOM "SHOPPING" BESEN..!!!

 
 
 
 
 
Semalam (sebenarnya 2 hari lepas sbb hari ni baru nak post entry nih hahah)..gambar di pagi hari. dah lama rasanya x #selfie. Malu sebenarnya tetiba khennn. huduhhhhhh..!! hahaha. Sebenarnya saya bukanlah kategori org yg gila selfie. Ade jgk tgk org lain, blh kata tiap2 hari upload gambar selfie ni kat FB. Macam2 bentuk mimik muka. Terjelir2 lidah, mata terjegil, wat duck face, wat muka sedih atau wat muka ala2 dpt 35DaysOfMC cam lam youtube yg pemes tu. Sebab saya sorang perempuan Melanau yang biasa2 jer... jauh sekali x cantik..kulit lak x licin. Berminyak2, x suka mekap2, kusam, Jerawat berketul2. So insafla dari nak buat perkara2 cam tu. Taknak memalukan diri sendiri & memalukan keluarga sbb saya yg tgk org suka wat muka2 camtu esp anak2 gadis or mak2 orang, saya lak yg rasa malu. walhal takde kaitanpun dengan saya
 
Sebenarnya saya selfie ni nak iklan baju yang saya pakai tu. Beli dari member, kat FB dia Cottons By Wanda. Memang sedap pakai. Nak iron pun senang sbb kejap jer licin & seharian saya pakai, x berkedut sangat. Sebelum ni saya pernah beli kain cotton vietnam tu kat penjual online. Maklum laa asal nampak cam best, main beli jer. Bila dah buat baju, ya hampuuunnn..!!! seksa nak iron, Allah jer yg tau. Berpeluh2 iron, x gak licin. Spray dengan air, pun x licin. Still berkedut2. Kalau pagi2 nak cepat, x yah la pakai baju tu..mmg x kan licin dlm masa 15 min punya. So baju tu saya akan iron lepas kuar dari mesin. Kiranya kering dengan iron jer la. Pastu baru jemur sbb nak keringkan span dia tu.

Tapi baju yang saya pakai ni kejap jer la licin time iron. Senang. Pakai sampai petang xde kedut melampau2. KEdut sikit2 tu biasa laa kan.. Buktinya, petang tu saya shopping besen besar sbb memikirkan krisis air kat Selangor ni.

p/s: Ehh saya iklan ni bukan dpt ape2 byrn tau..! Just share ape yg selesa utk dipakai.. blh tlg2 iklan kawan punye biz jgk.. hehehe


pemandangan di kedai jual barang plastik. 


Nampak x 2 org hakak yg cekak pinggang tu..?? Tu pemandangan biasa di kedai2 jual barang plastik 2 hari lepas..yg kitorg ni balik dari makan Nandos kat Alamanda tak terfikir lak camtu sekali keadaan dia. So balik tu, singgah la kat kedai jual barang plastik area rumah. TEngok2  byk lak kete parking situ & agak sesak. Memasing dok sumbat2 tong, baldi, besen, storage box or mane2 yg patut. Ade yg naik motorsikal dok pegang tong2 tu. Masa kitorg menuju ke tmpt letak tong2 lam kedai tu, tgk2 dah licin. Tong2 dah xde. Yang tinggal cuma besen besar gedabak yg budak2 bleh buat berendam lam tu. Last2 hambik jugak besen tu sbb takut cari tmpt lain pun sama dah abis jugak. Tak ketinggalan, bangku ijau sedondon ngan gayung ijau tu..hahah over lak nak sedondonnn :p

 Masa saya tgh bayar brg kat kaunter tu, nampak incek hubby tgh tegur sorg hakak tu. Hakak tu bernasib baik, sempat beli tong berpenutup jenis cam tong sampah tu tp besar giler. Harga RM79.90..!! Krisis air punye pasal, terpaksa kuar belanja sikit. Sesampai umh incek hubby terus bersihkan besen tu & menadah air. Saya lak sibuk uruskan bagi makan kucing, lap mata  4 kitten yg saya rescue tu & bg makan sugar glider. So sekarang tu, tu jer la keje..tadah air siap2 time mlm. Takut esoknyer tetiba xde walaupun perumahan kitorg xde dalam senarai yang terlibat. Sediakan payung sblm hujan........... -_______-






Tuesday, 25 February 2014

> KITAR SEMULA : PAYUNG LAMA, DIBUANG JANGAN :p

 
 
 
 
Kalau ade payung2 lama, sayang kalau dibuang.. blh tiru ambik idea cam gambar2 kat bawah ni. Supaya bila kawan2 dytg bertandang ke rumah, nampak kekreatifan jari jemari gebus korang tu.. bila kawan2 dah puji2, insyaalah kompem kembang setaman la idong korang sampai dorg balik.. kihkihkihh


 pic credit to Uncle Google







errr..yg camni ade ker yg sanggup nak pakai..? hehhehe





 
babaiiiii :p


Sunday, 23 February 2014

> LAUNDRY ROOM IDEAS | BEKAS PENYIMPAN CECAIR @ SERBUK PENCUCI



 

Lepas tengok idea2 untuk bilik membasuh dan rak2 serta ampaian utk bilik basuh, last sekali, tengok idea2 untuk letak pencuci pakaian plak sama ada jenis serbuk atau cecair. 



 errr ni bahaya kalau budak2 nampak ni. Tak pasal2 dorg ingat tu air bandung
ngan sirap perisa pisang :p
sila pantau anak2 anda kalau time panas2 ok..
x pasal2 kang terminum ni plak.. hhuhu

 yang ni ok la sikit tp kene letak tempat tinggi2 yg budak x bleh nak capai





 sabun serbuk untuk cuci cage kucing saya mmg letakkan dlm jug air yg dah x digunakan cam atas tu.
Senang nak tuang sbb x payah nak bukak2 penutup botol..

 ehh penyepit pun dorg letak lam botol..saya letak lam bakul beli kat kedai RM2 hengget jer..hehe
 last2 yg kat rumah saya guna tong jenis ni utk simpan serbuk pencuci. 
Tapi saya beli yg warna merah saiz sederhana kecik.
Muat2 utk letak serbuk pencuci dlm 3-5kg cam tu.
Sebab selain untuk cuci baju (klu kehabisan cecair pencuci,
saya gunakan sabun serbuk untuk cuci litter tray & cage kucing..
mmg stok kene sentiasa byk..hehe




 sekian..............masa utk sambung melaundryyyyyyyy. Ni trip ke berapa dah.
Tapi disebabkan panas sampai ke petang & Kajang / Bangi dah lame x ujan...
so mmg baju cepat jer kering
-_-










> LAUNDRY ROOM IDEAS | RAK & AMPAIAN



Dah tengok gambar INSPIRASI BILIK MEMBASUH?? Jom tengok pulak rak2 dan ampaian untuk letak barang2 / sidai kat bilik membasuh tu. Kot korang yg dah plan nak pindah rumah, dpt inspirasi dari gambar ni..hehe 

 kalau bakul3 camni, blh dpt kat kedai RM2 tu, rasanya harga dia x sampai kot RM10


 yang ni lepas ambik pencuci, sila tolak yer..tp saya x berapa berkenan jenis camni sbb cam agak 
terdedah & bahaya kalau ade budak2. Saya prefer yg jenis rak bertutup & letak tmpt tinggi.



 kretippppppppp..!! 











 rak dah byk & bertingkek2 ni, nak letak ape ekk..?? hehehe



yang ni, kalau rajin...bleh jahit sendiri.. kalau malas, bleh upah tukang jahit buat.
Kalau sayang duit lak, guna laa sarung bantal lama2 tu jer..hehehe


sekian...


testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...