TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Monday, 25 August 2014

[RESEPI] SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU @ SAMBAL DAUN KAYU

 
 
 




23.Ogos.2014 | Alhamdulillah. Hari ke-3 Puasa 6. 2 hari lepas ni laa menu utk bukak posa merangkap dinner, saya buat Sambal Tempoyak Daun Kayu @ Sambal Daun Kayu.. Takde plan pun nak masak tu..tp hari Khamis tu pergi Pasar Malam Bangi tgk ade org jual petai. Rapat2 matanya & agak besar. Pastu Sebelah tu plak jual sekali pucuk ubi. Terus ckp ngan incek hubby nak masak Sambal Tempoyak Daun Kayu.
 
 
Incek hubby tanye balik saya reti ker masak sambal tu..? saya ckp kat dia tak salah try. Ikut resepi mak mentua. Lagipun tiap kali mak mentua masak sambal tu, saya laa tukang kacau2 kat dapur. Sbb tu saya ingat jugak bahan2 dan cara penyediaan tu. Kalau salah pada pandangan yg expert2 ni, harap diampun..masih lagi proses belajar masakan2 Melayu nih sbb masakan camni xde dlm menu kaum Melanau. hihih 
 
 
Kalau google resepi sebenar sambal yg berasal dari Negeri Sembilan ni, sebenarnya banyak jenis2 daun yg digunakan tp memandangkan area Bangi/Kajang ni agak terhad nak cari daun2 camtu, so saya guna resepi mak mentua jer la.. simple tp ikut kata incek hubby, rasa dia sama. 


Jangan risau, incek hubby tak pernah tak jujur kalau bab mengkritik masakan saya. Kalau tak sedap, dia akn ckp terus terang tak sedap, tp lepas tu dia akn ckp ape benda @ bahan yg kene tambah. Saya pulak mmg sentiasa perlukan komen jujur dia klu bab2 masakan ni sbb kalau xde org tegur masakan kita sedap ker tak, mmg kita syok sendiri dan anggap masakan kita tu laaa paling perfect. Jangan tak tau, saya belajar masak sambal sardin paling sedap (kat tekak saya ler) dari incek hubby dan cara memasaknya adalah lain dari cara family saya masak. hehehe..


Ok, memandangkan ada kawan2 yg tanye resepi..ni bahan2 utk masak sambal ni. Cam biasa ape yg saya masak mmg kene masuk dlm blog utk rujukan kendian hari sbb saya cepat lupa wlupun tak makan semut huhu


BAHAN-BAHAN:

1) 1 ikat pucuk ubi
2) 3-4 helai daun kunyit.
3) Tempoyak - dalam 3-4 sudu makan
4) Santan - anggaran dlm 2 1/2 cawan
5) Segenggam Ikan bilis - dicuci bersih
6) **Segenggam Cili Padi/Api - terpulang nak pedas mana
7) **1 inci kunyit hidup
8) 3-4 batang serai - dihiris halus
9) 3-5 papan petai - dibersihkan dan dibelah dua. Pastikan petai tu takde "penunggu" di dalamnya. Penunggu = ulat :p
10) Asam Gelugur - 2-3 keping 
 
p/s: Bahan bertanda ** blend terlebih dahulu

CARA-CARA:

a) Daun ubi dicuci bersih, perah airnya dan dihiris halus
 
TIPS:  Saya biasanya kalau nak masak pucuk ubi ni, saya akan ramas dengan garam terlebih dahulu & biarkan sekejap dlm 10-15min. Tujuan nak buang getah pada pucuk tu & buang bau @ rasa yg agak kelat2 @ pedar. Lepas tu boleh la dicuci bersih utk buang masin tu dan perah airnya. Hiris sedang2 halus.
 
 
 
 
b)    Bahan yg dikisar di atas, dimasukkan ke dalam periuk bersama santan dan dimasak dengan api sederhana bersama tempoyak, kacau sebati.
 
 
 
 
c)     Kemudian masukkan daun @ pucuk ubi kayu,  ikan bilis, serai yg dihiris halus & petai. Masukkan garam dan aji secukup rasa. Jangan lupa asam keping. Masak sehingga pekat & hampir kering.
 
 
Dah siappp...  malam tu saya makan dengan nasi dari Beras Bario yang sepupu poskan dari Miri hari tu. Menambah2 sampai 2 pinggan... hehe
 
 
 
babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
 
 
 

Saturday, 23 August 2014

> BUAH CEMPEDAK @ ARTOCARPUS INTEGER




"..BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN.."


itu duluuuuuuuuuu.....

sekarang tak yah jolok2 dah...pegi Pasar Malam Sek.7 Bandar Baru Bangi,
terus beli ni... hahahah!!! :p
posa baru 2 hari ni mmg mcm2 nepesu tekak tu nak..
Beli semalam...sekilo RM3 katanya, beli yg paling kecik ni, dpt laa RM4.90.
Baru malam ni saya makan...
tak goreng2 pun..sbb beli tu mmg nak makan camtu jer..
manisssssssssss sangatt!! isi tebal..
sebijik tu saya sorg jer yg makan..
incek hubby x reti makan klu x goreng..
nak termuntah katanya..
#Whatever

yang penting, perutku kenyang..
simpan separuh utk bukak posa esok..
hahahaha




#Cempedak#ArtocarpusInteger #JulsJulie #TunJuyah #Nepesu #MakanMakan#InstaMagAndroid








Friday, 22 August 2014

[TRAGEDI 2014] #MH17

 
 
 
 
 Innalillahhiwainnailaihirajiuun
 
  22.Ogos.2014| Keranda terakhir..menuju ke destinasi terakhir. Hanya airmata dan doa yg mengiringi.


Tragedi pada 17.Julai2014 - 
43 nyawa rakyat Malaysia terkorban.
Setiap yang hidup, pasti akan merasai mati. 
Destinasi mereka sudah pasti, kita entah esok lusa. 
Al-Fatihah (yg beragama Islam) dan Takziah (utk keluarga yg bukan Islam)
buat semua mangsa2 tragedi #MH17 dan tak dilupakan,
misteri #MH370 yang masih belum ade kesudahan. 
 
Tak lupa buat mangsa2 runtuhan pembinaan MRT.
 Tak pernah dilupakan, pejuang2 negara yg terkorban di Lahad Datu dan yg sewaktu dengannya 
serta saudara2 kita di serata dunia..
 
 #PrayForSyria #PrayForGaza #PrayForPalestine

Tak boleh tgk TV kt opis, terpaksa tgk kat live TV3 jer.
 
 
 
 

Thursday, 21 August 2014

[RESEPI] SNICKERS CHEESE CAKE

 
 
 
satu lagi gambar dan resepi yang membuat air liur melelehhhhhhh
 
"SNICKERS CHEESE CAKE"
pic & resepi sumber dari [SINI]

BASE / DASAR BISKUT

150gm biskut Oreo (buang krim)
30gm mentega di cairkan

BAHAN KEK KEJU

300gm krim keju - suhu bilik
60gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar jus oren / lemon
100ml UHT whipping cream
100gm coklat snickers di cincang kasar




 

TOPPING CHOCOLATE GANACHE

100gm coklat masakan di cincang kasar
50ml UHT whipping cream

Hiasan : Coklat snickers, kekacang atau parutan coklat putih

 

Loyang : Loose Base Tin 7"

CARA-CARA :

1. Kisar biskut oreo hingga halus, masukkan mentega cair gaul rata hingga boleh di kepal. Masukkan ke dalam loyang loose base tin, ratakan dan tekan hingga padat. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Biarkan sejuk dahulu.

2. Pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul. Masukkan telur, jus oren/lemon dan whipping cream, pukul hingga sebati. Scrapkan tepi pengisar dan pukul sebentar hingga bergaul rata dan tidak berketul.

3. Masukkan coklat snickers yang di dadu, kaup balikkan hingga rata. Kemudian tuang ke atas dasar biskut oreo.

4. Bakar secara bain marie pada suhu 160C selama 40 - 50 minit atau hingga permukaannya kekuningan.

5. Tutup api ketuhar, Rengangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan kek di dalamnya hingga sejuk.

6. Keluarkan kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.

7. Topping : Panaskan whipping cream secara bain marie, masukkan coklat masakan yang di cincang, kacau hingga coklat larut. Angkat dan biarkan suam.

8. Tuang topping coklat ganache ke atas permukaan kek, tabur dengan coklat snickers yang di dadu, kekacang atau parutan coklat putih jika suka.

[RESEPI] KEK LAPIS RED VELVET

 
 
 
 pic ihsan [SINI]
 
Walaupun org Sarawak, saya bukanlah peminat kek lapis... apatah lagi nak buat sendiri. Bila rasa nak makan, saya order jer..call abg kat Kuching & mintak dorg poskan. Tu pun blh kira la setahun tu mungkin dlm 2-3x jer beli. Time raya or time balik sana. Bawak balik sini sbb nak bagi2 org jer. Saya tak makan sangat. Sbb saya lagi suka kek2 buah, kek yg padat & rasa lain2. 

Tapi hari ni bukak jer FB, tgk kek ni cam menyelerakan pulak. Maybe sbb tgh posa 6 kott...tgk org post gmbr goreng pisang pun rasa cam sedap giler..!! Nak2 kalau pekena dengan kopi. Dugaan sangattt huhuhu..

Ni resepi kek yg saya dpt dari FB tu.. kot laaa lepas2 ni saya tetiba rajin nak melapis wlupun setakat nih dah bertahun kot x buat kek lapis...lecehhh...! hahaha 

Bahan-bahan: (loyang 8x8)

ADUNAN MERAH

250 gram mentega (saya pakai Anchor)
5 biji telur ayam gred A
235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko
2-3 sudu makan serbuk koko
175 gram gula kastor
150 gram susu pekat manis
1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g)
1 sudu teh ovallette
pewarna merah

ADUNAN CHEESE

500 gram cream cheese
3 biji telur ayam gred A
120 gram gula kastor
sedikit esen vanila

 
Cara-cara membuatnya:

1. Adunan Merah: Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.

2. Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.

3. Panaskan oven 170-190'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya....lapis sampai habis.

sumber: resepi sedap



Nak resepi2 lain, ce klik [RESEPI IBU] Selamat mencubaaaaaaaaaa



Tuesday, 19 August 2014

> BUAH LETUP @ PHYSALIS PERUVIANA

 
 
 
 



Pegi Alamanda jumpa buah ni kat Cold Storage. Terus teringat buah yg dipanggil "Buak Perq" (jangan tanya nama Melayu dia, iolsss x tau) hehe. Tumbuh liar & kecik2 dulu salu petik buah ni kat tepi umh nenek kt kpg. Sape duduk kat kampung mmg akan kenal laa buah ni. Pokok dia renek, pastu tumbuh liar jer..x yah susah2 nak tanam. Buah yg dah masak, rasa dia manis,. Lemak2 manis. 

Terus tekak Melanau nih teringin nak makan wlupun nama omputehnya dah semacam tp sebab bentuk dan rupa dah sejibik, terus sambar x fikir panjang wlupun rega utk beberapa ketul tu RM12.99. Bila makan....huhuuu..x tau nak ckp ape..sedap yg buah kpg tuuu lagiii..huarghh..!!! omputeh sgt kot rasa diaa.. redhooo jer laa. Sudahnyer.. x abissss..
Dulu thn 1986, kalau ponteng sekolah tadika (sbb dah lewat nak masuk kelas) biasanya saya akan lepak kat port plg selamat kat dunia. Kat mane lagi kalau bukan kat rumah nenek... Selamat dari rotan ayah sbb ponteng, selamat dari pengetahuan mak sbb x g sekolah tp kalau mak tau mak tak rotan..mak jarang gunakan kekerasan kat anak2..hehehe.. 
Kat umah nenek laa plg best masa tu. Kalau nenek tanye kenapa tak sekolah hari ni, selamba jer ckp kat nenek ckp sekolah cuti or sekolah tutup. Pastu dah kenyang2 makan kat umah nenek..buat aktiviti membuta. Pastu agak2 dekat nak tghari, bangun & round2 keliling umah nenek cari pokok ni. Kadang2 kalau jumpa kucing kat umah nenek, mandikan dorang or main2 ngan dorang (ehh teringat lak kisah sedih mandikan kucing nenek dgn sabun brand Busa pastu mati).  sobss sobss sobbss

Nenek orgnya jenis tak pernah marah...jarang marah.. kalau nampak saya x sekolah, nenek tak pernah nak tanye balik kat mak or ayah kenapa "Ana" tak sekolah. Ana..? hahaha Tu nama timangan nenek kat saya, nama lam buku sekolah kat Tadika lain,. Nama lam IC lain.. panggilan kat umah pun lain.. sampai sendiri kompius mane satu sebenarnya nama yg rasmi.. peninggg hahaha



UPDATE: 
*Dah google2, baru tau nama dia Buah Letup. Siryess iolss x tau nama Melayu dia..hehehe. Info kat [SINI]
*Untuk gambar jelas pokok dia, klik kat [SINI]
*Lagi satu spesis lain sikit dr jenis sbb menjalar ialah Letup-Letup. Info blh tgk kat [SINI]



#JulsJulie #TunJuyah #nepesu ##Gooseberry #InstaMagAndroid #TekakMelanau

Friday, 15 August 2014

> BUAH DABAI @ SARAWAK OLIVE

[BUAH DABAI] 
 
Sepraissssss dari Miri diterbangkan khas berduet bersama dengan #BerasBario oleh Mama Aceh #QasehNurRamadhani @ Ceceh #EzanRahman, kazenku yg sentiasa comel & awet muda. Yummehhh... Lemak berkrim & #munerqqq isinya. Alhamdulillahhhh.. 
 
 
 
Semoga dimurahkan rezeki kazenku sekeluarga. Tqqqq soooooo muchh my cuzzie. LebiuSoMuchhhhh.. 
 
 
Info Mengenai Buah Dabai:

Buah dabai atau nama saintifiknya #CanariumOdontophyllum aka #SarawakOlive ni merupakan pokok bermusim (biasanya setahun sekali) yang tumbuh di Borneo. Kat Sarawak, kalau kene time balik., dpt la merasa buah ni..last beli thn lepas kalau tak silap, RM8 utk 1 kong (1 bekas tin susu pekat tu). Biasanya buah ni banyak terdapat di Sibu, Kapit dan Miri pun ada kalau tak silap. 

Isi dalamnya berwarna kekuningan, diluarnya berwarna gelap. Rasa dia cam rasa avocado tu. Lemak2 gitewww. Cara penyediaan, buah dibasuh bersih, pastu rendam dengan air suam panas (bukan dimasak yer) dalam setengah jam atau sehingga buah tu lembut. Lepas tu tos kan airnya, bubuh garam secukup rasa. Ada jugak yg letak kicap. Kalau saya, saya bubuh sedikit jer garam pastu bubuh kicap manis. 

Buah ni biasanya dimakan camtu jer, or dengan hidangan2 lain. Isi dabai yg dijeruk @ masin (Tapiek Dabai) boleh dibuat [Nasi Goreng Dabai] (gambar google sendiri sbb x buat lagi guna Tapiek Dabai) kat rumah tu wlupun incek hubby dah byk kali request dah. Nak try  katanya. ehhee

Selain memakan buahnya, biji dabai pun boleh dimakan. Bijinya agak keras, berbentuk segitiga dan lonjong. Caranya, cuci bersih biji buah dabai tu, keringkan or biarkan utk 3-4 hari supaya isi dalamnya sedikit mengecut supaya senang dikeluarkan. Lepas tu boleh ketuk @pecahkan dengan lesung (biasa mak guna pisau jer). Kalau susah nak keluarkan isi tu, boleh guna lidi or pencungkil gigi. Isi yg berwarna sedikit kehijauan kat dlm tu yg kitorg makan. Rasa dia lemak2 gitew..alaaa cam rasa kunyah Almond tu lerr...So mmg buah ni isi dengan biji leh makan..xde pembaziran walaupun harga mahal. hehehe


"..Dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida terutama pada bahagian kulitnya (buah) diikuti seluruh buah merangkumi kulit dan isi serta isirung menjadikannya sangat berpotensi dipasarkan bersama buahbuahan tempatan untuk mempromosikan kempen kesihatan.."


SALAD DABAI
gambar sumber blog [UDAK DILAH]
 

Selain dimakan mentah, Dabai juga telah dikomersial kan menjadi Pes Dabai, Minyak Dabai, Sos Dabai, Keropok Dabai, Mayonis Dabai dan juga produk kecantikan yang lain.
 

 MINYAK DABAI 


PES DABAI


SOS DABAI 


MAYONIS DABAI 
 

 KEROPOK DABAI 


 
SABUN DABAI
 gambar2 di atas sumber dari [Fazlisyam]


gambar sumber dari [The Borneo Post]


Jangan terkejut beruk tgk harganya. Nama pun buah bermusim, susah nak dpt.
 




Info2 lain berkenaan Buah Dabai ni boleh klik kat [Sarawak Tourism] [My Sarawak] [Hunters Food]. Artikel pasal Nasi Goreng Dabai pun pernah keluar ade dlm [Utusan.com]


 
tataaaaaaaaaaaaaaa titiiiiiiiii tutuuuuuu


 
#BuahDabai #SarawakOlive #SarawakLocalFood #Borneo #LandOfHeadHunters #ExoticFruits #SarawakEthnicCuisine#Munerqqq #Cuzzie #Cousin #Kazen #AnakCucuUtunBinRais #JulsJulie #TunJuyah #Sarawakian #MakanMakan #Nepesu #InstaMagAndroid
















Monday, 11 August 2014

> [PROGRAM] BUKAN "OPEN HOUSE"

 
 
 

Hari Jumaat lepas incek hubby tetiba bgtau ade kawan dia ckp nak datang beraya.. Halamakkk..!! Semekut raya dah tinggal sikit sbb tahun ni mmg persiapan raya takde sangat. Lepas tu baru teringat, bekas2 semekut raya yg beli masa mula2 kawin thn 2006 dulu dah berkarat penutupnya sbb baru2 ni saya buang gam & pembalut yg dibuat dari kain hasil kerjasama dan idea dari MIL. Buang sbb dah nak reput dan berhabuk. Bila dibuat dari kain, manik2 / labuci, so agak susah sikit nak bersihkan kalau terkena kotoran. Last2 saya rendam dlm air sabun utk lembutkan gam. Susah jugak nak tanggal...so saya kikis2 guna pisau, dengan corak2 kat penutup (dibuat dari tin) sekali tercalarrrr..hudusssssss...!! 

So tengahari jumaat berkejar g Jusco Taman Equin incek hubby hantarkan. Pergi kedai DIY x jauh dari Daiso..xde bekas yg berkenan di hati. Ade tp RM7.90 seketul. Cam mahal jer... Nak yg murah2 jer tapi lasak. Gile kedekut..hahaha. Last2 masuk DAISO..akhirnya terjumpa laa bekas biskut yg kedap udara & tahan lasak. Yang penting, kalau budak2 or selalunya diri sendiri yg terpecahkan, takde ler rasa terkilan..
Hari Sabtu - incek hubby keje sampai ke petang.. malam kene masuk balik so mmg tak dpt laa nak pegi mana2. Kodok & Kronis pun buat opn hse jugakkk hari tu tp x dpt nak join... sorry sesangat yerrr...

Hari Ahad - pagi2 tu kitorg dah kuar beli barang2 nak masak. Bukan takat barang2 utk masak kene beli,. Cawan, mangkuk, tisu bla..blaa sume kene beli sbb takde brg2 camtu lam umah (sebab dah lame x wat opn hse). Sblm balik, singgah brunch dulu kene isi perut sblm operasi bermula..hehe.. Balik2 tu terus prepare bahan2 utk masak Bihun Soto. 

Yang nak datang tu, tak ramai mana tp persiapan cam nak makan ramai2. hahaha.. Bukan apa, saya cukup risau kalau kita jemput org dtg, mknn tak cukup...plus kene sediakan extra mknn in case yg kita jemput sorang dua tp dorg bawak ramai2. Biasanya cam tu la kalau opn hse nih.So baik prepare lebih sikit..

Jam 3.30 pm -  settle urusan masak2 dengan pertolongan incek hubby..pegedil dia yg tlg buat. Kalau sorg2, berjam2 jgk kat dapur tu..huhuh... dah settle2 masak, kemas rumah plak.. sapu mop bagai. Risau jgk persiapan last minute camtu kot2 ade yg tak kene.. 

Memandangkan makan2 tu plan buat lepas Asar, so yg first dtg tu ialah jiran sblm umah tp x bawak anak ngan isteri dia sbb kat kpg. Pastu dtg adik ipar dengan awek dia dari Wangsa Maju...insyaallah bakal jadi my-beras @ biras ujg thn ni.. Gambar dgn dorg x sempat nak snap2. Dorg pun tak lame sbb adik ipar nak balik Temerloh plak mlm tu. Pastu dah petang skit, jiran yg ckp nak dtg beraya tu dtg ngan anak2 dia. Lame jgk nyembang sampai dekat2 nak Maghrib..

Lepas Maghrib, baru ler member2 saya dtg umh.. yg tadi2 tu member incek hubby.. member2 saya ni pun tak plan sbnrnya. Call dorg kebetulan ade dekat2 Puchong, terus ajak dtg rumah. Kemain kannn..kalau plan elok2 tu, punye ler asyik x jadik. Kali ni dtg dengan kawan2 sekolah menengah dulu yg dah lame tak jumpa...hehehe
DUDUK DEPAN (Dari Kiri) : Simon & Icut @ Aisyah Gregory  & Paul
DUDUK KAT KUSI : Aty @ Hatiah.
 BERDIRI DI BELAKANG dgn awek duduk bersimpuh saya x kenal..member2 kpd dorg ni jgk.  
DUDUK BERSIMPUH ATAS MEJA : Lady Rusty..hahah Diva sgt tunjuk perangai time org dtg.. :p


Yg kawan saya nama Aisyah tu mualaf. Convert Islam pas dia study sini klu x silap. Tak sure thn bile.. Asal2 dia Melanau Kristian. Dulu kitorg sama asrama masa sekolah menengah. Nama asal dia pun Aisyah dan binti kepada nama Gregory. Jangan heran..kat Sarawak or mungkin juga Sabah ada perkara biasa bila non-muslim guna nama Muslim dan begitu jugak sebaliknya. Dan Bangsa Melanau pulak akan dibin/bintikan sama ada Muslim or non muslim.

Yang nama Simon plakk..pernah menggemparkan sekolah kitorg masa dekat2 nak SPM tahun 1997. Bukan sebab buat perkara tak baik (dia ni budak baik..pengawas klu x silap)..tp ditimpa kemalangan. Dia jatuh terlentang masa main bola tampar then kepala dia terhentak dengan kuat kat simen. 2-3 hari lepas tu, kitorg dikejutkan dengan berita dia "hilang ingatan" effect dari hentakan kuat tu. Dah la nak SPM thn tu... sudahnyer, dia terpaksa ambik masa balik selama setahun nak mengingati semula perkara2 & pelajaran sblm tu. Dah ler dia ni budak kelas pandai, kelas Sains.. Lepas abis SPM, memasing tak dengar khabar dah..lost contact. Rupa2nya dia terpaksa repeat SPM sbb tak sempat nak SPM sekali dengan kitorg tu. Jumpa balik sblm ni pun dlm FB jer.. hehehe

 Ok lah... berbalik kepada entry asal yg dah menyimpang kepada jejak kasih... huhuhu


 Sebab saya buat makan2 jer dan bukannyer opn hse (ehh ade beza ker?), saya just buat Bihun Soto & Nasik Impit jer (resepi penah share kat (SINI). Letak Ayam Phat Phet jgk situ sbb incek hubby saje2 nak makan menyambil2. Mmg takde ler rendang2 ke, lemang ker or mknn2 selain tu. Apatah lagi kek lapis or kek2 Sarawak yg lain. Tu jer semata2...So nak ckp opn hse, segan ler sikit kan...org lain buat opn hse, bermacam2 jenis lauk @ hidangan bersusun2 tray atas meja... T_T


Sebelum dorang balik, ade sesi bergambar. Utk kenang-kenangan..Sebelum tu Icut @ Aisyah siap request nak tgk @ main dengan my gendut2, so lepaskan jer la 3 ekor penghuni [wonderfurrworld.blogspot.com]
Saya lepas 3 jer dari 5 tu, Lady Rusty (Diva Otai yg duduk atas meja tu), Lady Evelyn @ Vivi @ Baby Luna (takde dlm gambar sbb dok nyorok kat tangga) dan si Chester Gendut..lebih2 kang tak terkawal. Biasanya saya x saje2 lepas dorg kalau ade tetamu dtg rumah. Maklumlaa tak semua org selesa @ suka kucing. Mungkin ade yg asma or allergic bulu. Tu pun saya lepas dorg lps Icut 2-3x tanye psl dorg.  Siap ade sesi bergambar dengan bebulus tu..hehehe ..seronok jer bebulus tu kene gomol & gosok2 ngan dorg tu.. memasing bau bucukkk ahcemmm dah lame x mandi..muakakak!!
Lady Rusty ni ngengade sangat tau nak interframe jugakkk :p



 nampak tak Rusty dok pandang pompuan depan dia tu..?
masa ni dia dtg mood x elok dia. Pompuan tu sentuh2 ekor dia, dia marah & hissinggg
 Tapi dalam 5 ekor dorg nih, si Rusty plg tak suka kene pegang ekor...marahhhh



 Ape2pun, thanks kat korang yg dtg (klu terbaca laa kan) Sorry byk kekurangan dlm sesi makan2 nih...next time kita wat sesi makan2 Umai, Linut @ Ambuyat dengan mknn2 tradisional Melanau lakkk..tekak ni dah cam tergaru2 nak makannnnnnnn esp Linut tu.. Makan sorg2 x feeeeeeeeeeeell :'(


Next.. insyaallah buat makan2 utk Kodok & Kronis lakkkkkkkkk... hehehe


Tataaaaaaaaaaaaaaaaa

testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...