TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Saturday, 7 October 2017

RESEPI : UDANG GORENG BUTTER PALING SIMPLE TAPI SEDAP


Salam Sabtu. Hari ni kawan-kawan blogger pergi mana? Jenjalan makan angin? Shopping or mereput kat umah jer? haha..!! Sape yang mereput jer tu, kita genggggg..!! kehkehkehh... tak tau nak pegi mana sebenarnya. Tapi plan kemain la banyak, last2 xde pun keluar rumah. Cuma arini keluar sebelah rumah jer. Dapat jemputan sempena besdey anaknya yg ke-setahun. Makan sedapp. Alhamdulillah.
_
Ni enty cite pasal makan jugak. Dulu-dulu masa tengok orang hidang menu ni kat restoran/kedai makan, selalu terfikir mesti mahal bahan-bahan dia, entah-entah susah kot nak masak gini. Macam mana cara penyediaannya. Dan time tu plak tak berapa rajin nak menggoogle resepi dan cara nak masak. So balik-balik makan la kaoooo udang goreng kunyit..udang masak lemak + cendawan, sambal udang, cucur udang. Pastu menu ulang-ulang sampai la ade akak satu opis tu cite pasal "nak masak ape hari ni..??". Bila dia cite pasal udang goreng butter, terus tanye cara buat part udang tu. Part resepi takde hal. Boleh google jer. hihi
_
Dah buat beberapa kali, Bahan-bahan pun tak banyak sangatt. Sampai la tahap jadik ketagih plakk udang ni. Nasik bertambah2, udang plak sampai makan ratah. Kelaut la misi nak kurangkan berat badan tuh... say babaiiiiii la to kepala 5+ kg tu.. Hahahah

UDANG GORENG BUTTER PALING SIMPLE TAPI SEDAP
By: "Juls Julie"

BAHAN-BAHAN:
1) 500gm udang - dibuang kulit (part ekor tinggal sikit)
2) Tepung Bestari / Tepung Jagung - secukupnya untuk salut udang
3) Dua (2) sudu makan serbuk kari
4) Minyak untuk menggoreng
5) 10 ulas bawang putih - dicincang halus
6) Daun kari - secukupnya
7) Satu (1) tin susu sejat/cait
8) segenggam cili padi - potong ikut suka / ikut kepedasan
9) Butter - 1/4
10) Garam / Aji / Gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

1) Udang dibuang kulit, cuci bersih, tos dan gaul dengan tepung Bestari/tepung jagung & serbuk kari. Goreng sebentar dan ketepikan.
_
2) Panaskan kuali, masukkan 1 sudu minyak masak & butter, pastu masukkan bawang putih, cili padi & daun kari. Goreng sampai bau wangi.
_
3) Masukkan susu cair + sedikit air (kalau perlu), garam, aji & gula secukup rasa. Last sekali baru masukkan udang.  Biar pekat kejap, pastu tutup api dan siapppppppppp untuk di-ngap. ekekek
_
kejadian udang digoreng kejap. Udang saiz XL baru puas ati..

Minyak + Butter. Klu butter jer tanpa minyak, nnt butter cpt hangit.

masuk bawang putih + daun kari + cili padi tadi. PEdas2 aiiloiikeeeee :p 

pastu bubuh susu cair, air sikit (klu perlu), gula + garam + aji secukup rasa

Last sekali, baru masukkan udang. 

biar pekat kejap + blh bg kuah tu cair sikit ikut selera anda. 

Gambar dah masuk mangkuk dah x de. Tak sempattttttttttt snap dah ngapppppppppppp. ahahah :p

Thursday, 5 October 2017

OTAI DUNIA BLOGGER : 'HASRULHASSAN.COM' | SEGMEN BLOGLIST AKHIR TAHUN 2017




Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

.

Salam. Blog julsjulie80.blogspot.my ni bukanlah blog pertama kite. Blog yang pertama dulu buat tahun 2008 ke 2009 kalau tak silap. Masa tu entry banyak merapu. Takde isi yang berinfo pun. Tapi ramai jugak follower time tu. Sebab rajin blog walking dan tegur / komen kat entry blogger. Banyak luahan perasaan pastu kongsi gambar makan-makan (amek guna hp Nokie E72 je Sony masa tu) or kongsi resepi. Tapi banyaknya pasal luahan perasaan la. Stress, homesick dan lain-lain. Almaklumlaa zaman tu banyak taip entry ikut darah muda chewahhh  Yer laa..orang lain berblog, ko pun nak berblog jugak tapi isinya kosonggggg. hehehe lepas tu, ade lakkk entry pasal kucing. Masa tu mula-mula bela kucing. Pastu ade buat operasi rescue straycats jugak. Tapi lama-lama cam bosan jer dengan blog tu, entry dah bercampur-campur. Personal + Kucing + MerapuSetting blog pun tak reti sangat, gambar tak boleh besarkan. Last-last tutup. Pastu senyap. 
_
Dah lama lepas tu, tergerak ati nak berblog balik sebab ade member aka kodok & kronies start blogging. So bukak blog baru, pun ade masalah setting jugak, terdelete pa benda ntah pastu tak save plak tu. Masa tu memang tak reti la nak edit-edit. Pakai yang basic jer. Lama-lama fedappp balik. Blog tu terbiar sepi. Situasi tu berulang sampai la buat satu lagi blog tapi khas untuk kucing jer, blog http://wonderfurrworld.blogspot.my/. Yang tu best jer guna time tu sebab tak payah setting or edit sangat, dah cantik. Tapi tak ramai follower situ sebab dah pindah dari blog kucing yang lagi satu. Haaa kemain blog kucing sampai ade 2..kehkehkeh Bila dah ade blog kucing, rasa nak buat blog yang khas untuk diri sendiri. Untuk simpan kenangan bersama family, last2 wujudlaa blog julsjulie80.blogspot.my ni. 
_
So far ni laa mungkin blog yang terakhir. Harap-harap la. Sebab ade banyak gambar kenangan, dan entry dalam  ni. Kira blog ni ada ciri-ciri  kematangan la sikit kalau compare dengan yang dulu-dulu. hihihi. Kalau nak tau, tak ramai member-member yang tau kewujudan blog ni. Sebab asal-asal tu konon untuk diri sendiri jer. So mana yang tau pun sebab tanye pasal resepi or pasal gambar-gambar bercuti. 
_
Kiranya ni baru nak start aktif balik berblog. Nak share lebih banyak info-info berguna. Nak abadikan sebanyak boleh kenangan bersama ahli keluarga, sebab ada diantara kami adik beradik, dah pergi dan dah tak sihat seperti dulu. So kenangan tu la akan ditatap kembali satu hari nanti. 
_
Percaya atau tidak, dulu kite agak segan nak update blog sendiri. Risau kene kutuk, nanti orang cakap "..ehh tu pun kau nak masuk dalam blog...makan ini pun nak tunjuk-tunjuk...pergi bercuti pun nak cite kat orang..nak berlagak la tu...konon kau sorang ada duit nak makan / nak beli / nak bercuti" tapi tu duluuuuuuuuuu. 
_
Sekarang, kalau takde kawan-kawan blogger ni "menunjuk-nunjuk" dalam blog ni, takde nyer kita dapat info kat mana makan sedap-sedap, kat mana tempat bercuti paling best, kat mana boleh beli barang-barang murah, dan kat dalam blog la kita boleh dapat idea/info bab deko/kecantikan/kesihatan dan lain-lain. Dan kat blog ni jugak laa kita boleh menambah hasil pendapatan. Seeeeeeeeeee, betapa berjasanya blogger-blogger ni yang orang negatif selalu sok sek sok sek belakang, last-last di tahap tu jugak. hhuhu. 
_
Dalam dunia blog ni jugak kite kenal ramai orang. Kenal / tau ramai blogger, salah sorangnya ialah otai blogger, HASRUL HASSANMasa tu ramai blogger-blogger share/up entry pasal dia. Masa tu terfikir jugak sapa dia ni? Kenapa ramai orang share pasal dia? Retis ke? VIP ke? Rupanya otai yang sampai sekarang masih berbisa. Selalu jugak la skodeng blog beliau tapi segan nak tegur / komen kat entry sebab rasa rendah diri. Tapi IG beliau kita selalu skodeng. hihihi sape tak kenal lagi, sila laa follow / skodeng blog beliau. Banyak info dia share yang kita boleh dapat terutama tips-tips berguna dalam dunia blog ni. 
_
Sejujurnya, walaupun zaman sekarang dah ada FB & IG, kite masih prefer pada blog. Senang nak search, suka baca sebab info lagi lebih menarik dan maybe bagi saya ianya mesra pengguna. Dan seronok tengok orang lain punye blog ada macam-macam design dan warna. 
_
Harapan kite join segmen ni ialah supaya dapat mengembangkan lagi sayap / menambah rakan dan kenalan dalam dunia blog, dapat panduan gaya hidup, tips/ info yang lagi hebat, dapat menjana pendapatan (baru nak berjinak-jinak), menambah ilmu dari pelbagai aspek dan membawa semua aura positif dari dunia blog ni. 
_
So, berblog la semahu yang kita boleh, mengabadikan kenangan selagi orang disekeliling kita ada dan sihat walafiat, sampaikan info yang berguna untuk semua. Insyaallah :) 






















































Wednesday, 4 October 2017

REVIEW PRODUK : MASKARA DUOYA YANG PALING BESTTTTTTTTT


Salam, Hi... arini nak share pasal maskara (lama dah beli & nak share sebenarnya tapi gambar ade jer terperammm dalam draft) hehehe... πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ Semua orang tau maskara tu kalau dengan pompuan yang suka mekap2 ni memanglaa tak boleh nak pisahkan. Nak2 yang jenis bulu mata tak berapa nak lebat or panjang. Memang kene guna maskara jugak la kalau nak bg nampak gojessss gitew. Kite plak dalam kategori bulu mata yang biasa2. So, kalau mekap2, biasanya akan guna maskara jugak (tapi ikut mood kalau rasa nak bermaskara time tu).
_
Biasanya yang buat rasa malas nak bermaskara ialah bila fikirkan nak bersihkan lepas guna. Kompem bawah mata jadi gelap, pastu puas plak nak gonyoh2 mata dengan facial cotton supaya maskara tu tertanggal. Haihhh mmg leceh la plak. Nak2 kalau keluar gi memana. 
_
Tapi dalam banyak2 maskara yang kite beli, rasanya setakat ni Maskara Duoya ni laa yang paling syokkk. Sebabnya, dia mesra wuduk, tak berketul, berusnya lebih besar, tahan lama, melebatkan bulu mata, melentikkan dan paling best, tak comot sebab dia waterproof.
_
Walaupun dia waterproof, tapi senang jer nak bersihkan. Just basahkan mata dengan air, tunggu sekejap pastu bleh la cabut or kepit bulu mata dengan jari bagi membuang maskara tu. Lepas tu boleh la bersihkan muka dengan pencuci muka & last sekali dengan make up remover kalau rasa tak yakin dah tanggal semua.
_
Yang best maskara ni pas pakai, rasa cam effect pakai bulu mata palsu kalau sapu 2-3 layer. Bleh la fefeeling perasan Che Ta sangattt.. hihihi




effect pas sapu dalam 2-3 layer. Saja try kat umah. hihi







ni sapu 1 layer jer. Sebab kat opis. Malas nak mekap2 sgt time tu.. kang bos bagi TERLEBIH markah LNPT, kang ade plak makcik bawang tu meroyan terlebih drama kangg.. kahkahkah!!






KELEBIHAN UTAMA DUOYA MASCARA ALA CHE TA :

  • Memanjangkan bulu mata
  • Melentikkan bulu mata 2X ganda
  • Melebatkan bulu mata (superdense)
  • Waterproof
  • Tidak mencomotkan
  • Tidak berketul
  • Senang di cuci
  • Mesra wuduk
  • Tiada panda eyes
  • Fiber tidak gugur di muka
  • Fiber maskara tapi dalam 1 bekas
  • Berus lebih besar dan senang nak calit
  • Sangat menjimatkan masa
  • Tahan lama
  • Kesan seperti memakai bulu mata palsu


Lagi satu tips kite biasa guna klu maskara kering, rendam maskara tu dlm cawan/bekas air panas dlm 10-15min. Pastu guna cam biasa.

Maskara ni senang nak dpt dah sekarang. Tapi pastikan beli yang ori dari dealer yang sah. Dulu kite beli dari jiran yang juga MUA. Kebetulan masa tu dia nak amek stok utk dia sendiri, so kite tumpang la sekaki. Harga dalam RM55 masa tu. Tak sure sekarang berapa RM tp mmg nak kene beli baru dah rasanya. Yang kat rumah cam dah nak abis. hihi









❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❀ KLIK OLDER POSTS ❀

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...