TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Tuesday, 31 January 2017

KEBUN PR1MA : POKOK PERIA, KUNYIT, LIMAU PURUT & PANDAN WANGI


Dah lama tak update pasal Kebun PR1MA kat balkoni nan sekangkang kera tu. Hati geram jugak nak bertanam macam-macam sampai tak sedar diri yang space sangatlaaaaaaa limited. kihkihkihh

Latest addition ialah Pokok Peria. Pokok peria ni sebenarnya takde plan pun nak tanam..tapi masa tengah bersihkan peria time nak masak tu, tiba2 rasa sayang plak tengok bijinya yang merah menyala. Cakap kat mak, kalau tanam ni..agak2 tumbuh tak. Mak cakap mana laa kau nak tanam, mana ada ruang dah. Saya cakap kat mak, campak jer dlm pasu tu. Kalau tumbuh, ok la..kalau tak tumbuh, tak la rasa terkilan sangat.

Last2 masa petang bile ntah, mak tanam setempat dalam pasu panjang tu.  Dan 4-5 hari lepas tu tetiba keluar camni.....





Mak rajin gembur2kan tanah. hhiihii Harapkan iolss...setengah setahun sekali belum tentu takkkkk buat :p



Pokok Limau Purut alhamdulillah hidup lagi. nanti nak cantas lagi bg keluar tunas baru




Pokok Pandan Wangi amek dari Sibu (Rumah arwah kakak). Yang subur merimbun tu 1st batch. Yg belakang tu 2nd batch



Pokok Kari yang saya cantas sebab daunnya dah jadik hitam2. Dah bertunas baru..hihi






Halia yang mak tanam.. Pasu Pin ngan Hijau tu..



Daun Kunyit pun sama. Jadik cam terbakar. Pelik plakkkkkkkkkk...



Mak tengah ikat Pokok Peria nak bagi dia tak menjulur ke bawah. Nak suruh panjat balkoni tu jer mak ckp..hihi






Ni jer la aktiviti mak boleh buat kalau dok apartment. Dok umah teres dulu pun tak bagi mak keluar sangat. Moto salu ronda2 depan rumah. Risau plak dengan peragut penyamun apa sume area Kajang tu.. saja beringat sblm kene..





Lepas ni menunggu pokok peria tu panjat balkoni & berbuah. Plan pasni nak cari satu lagi pasu panjang & nak tanam daun kesommmmm.. hihihi


KEBUN PR1MA : KENAPA POKOK KARI JADI MACAM NI???


Kisah Pokok Kari yang saya tanam masa [Misi Berkebun Dalam Pasu] since dari rumah sewa kat Kajang lagi (tahun 2015). Alhamdulillah masih lagi bertahan sampai sekarang. Dah 2x cantas tapi bila dah subur,  

kenapakah jadik macam niiiiiiiiiiiiii......???? 


Jadik bertompok2 hitam kat daunnya











Plan nak wat Ayam Goreng Butter tp mak cakap tak yah la makan daun camtu.






Last2 saya cantas batangnya. Buang semua.Geram jer rasa...









Sayang tauuuuuuuuuu,,,banyak giler daun tu... sblm2 ni dah pernah jugak bagi jiran2

Minggu lepas saya cantas abis..so skrg ni tunggu bertunas balik...



MAKAN : BOAT NOODLES @ IOI CITY MALL


26.01.2017 | Hari tu balik keje Incek Hubby ajak g IOI City Mall book sofa. Pesan kat mak awal2 kat rumah supaya makan dulu kalau lapar + takut malam tu balik lewat. Memandangkan lepas beberapa siri misi men-survey, akhirnya jumpa sofa yang murah plus offer sempena CNY, so memang tak tak tunggu lama la.. Kebetulan plak rezeki Incek Hubby dpt bonus sikit, so lepas tolak belanja dapur dan lain2 hutang piutang, lepas la seketul sofa. Rumah pun since pindah setahun ni still kosong lg. 

Lepas settle bayar, Incek Hubby ajak makan Boat Noodles. Selalu dengar jer member makan boat noodles nih..tapi tak pernah try. Semua Incek Hubby yang order sebab tak reti nak order ape. Takut tak sedap. So follow jer la..

Akhirnya hasil yang diorder seperti di bawah ni...



8 mangkuk mi. tapi tak sure berapa perisa ni..


Yang kuah keruh tu boleh la kata sedap jugak. Yang kuah jernih ade daun tu so-so.. kene jer mangkuk tu, suh Incek Hubby abiskan..kahkahkahh


Green Tea tu Incek Hubby ckp sedap..pekat katanya.. dah minum, boleh la..


Wajib lah snap gambar camni tanda abis melantak.. kuikuikuuiii



Roasted Chicken ke ape ntah nama.Sedap jugak. Sos pekat. Tapi sikit ni dah berbelas hengget.





So boat noodles ni bg tekak iolss, iolss kasik 3.5 bintang jer. Untuk menu mi tu la..utk ayam tu, boleh la kasik 4.6 bintang.  Lepas makan, terus gi Tesco cari barang dapur,. buah2 & sayur pastu balik rumah. Kenyang dengan rasa bersalah sebab mak sorang2 kat rumah. Tak bawak mak sebab balik dari opis terus ke IOI City Mall. Lagipun cam kelam kabut nak bawak mak sebab jalannyer kejap jer.. melainkan betul2 plan mmg nak jalan. Ni semata2 nak book sofa jer. Next time la bawak mak jenjalan Ikea lagi. Ade lagi mende dia tak abis cari aritu..hihii



Friday, 27 January 2017

FAMILY : JUMPA BABYFRUIT & SIL @ KLIA2


Assalammualaikum...

7.November.2016 | Berjumpa Along (SIL) & babyfruit kat KLIA2. Ni family abg no.2. Abang yang yang koma masuk ICU thn 2014 dan sampai sekarang masih terlantar sakit (hilang upaya) --> kisah terjadi 3 tahun lepas bermula2 dlm  [ENTRY INI]


Sebab agak jarang jumpa dorang, so saya decide nak ke KLIA2 jumpa dorang. Sebenarnya SIL ade kursus kat Selangor, so alang2 dekat cuti sekolah, so dia bawak anak2 sedara sekali. Sekali sekala jenjalan walaupun abg dah tak boleh nak pergi mana2. Memikirkan anak2, tu yang Along bawak dorang bercuti. So, sepeninggalan dorang, abg dijaga oleh family Along (mentua abg).

Memandangkan dorang flight petang, so saya ke KLIA dlm kul 11.00am gitu. Nak jumpa masa balik Kuching, entah bila.. tahun ni azam nak kurangkan cuti saja2 supaya boleh kumpul cuti dan balik Kuching & Sibu lame sikit. 


Jumpa kat KFC KLIA2. Sebak lak rasa bila tengok gambar ni. Abang takde dlm gambar :'(



DARI KIRI : Muhammad Jaya Syirazi, me, Along (SIL), Syazwisyahmi Mahirah Najwa @ Wawa, Syazwisyahmi Marahaini @ Aini. BELAKANG : Jaya Syazwan Haziq



Muka yang berpenat lelah menjaga abg, mandikan abg, lap abg, tukar pampers, sedut kahak, bagi susu abg, ubat2 abg dll. Semoga ganjaran pahala buat mereka :(



Yang kesian yang bongsu ni, Wawa (kanan). UPSR 2016 aritu takde ayahnya teman amek result sekali :(


Kejapnya masa berlalu..jumpa2 dorang, anak2 sedara dah besar panjang. Wawa, anak abang yang bongsu sekali tahun ni dah masuk form 1. Along sendiri sorang2 uruskan semua persiapan sekolah anak2. Kalau dulu, sama2 settle urusan pendaftara dll. Beratnya dugaan utk mereka dan keluarga kami, Allah jer tau. Mak terutamanya, mula2 dapat berita abg kene asma + darah tinggi & masuk ICU, mak kat umah kami kat Kajang masa tu. Lepas u sampai sekarang abg dah tak kenal sapa2. Bukak mata tapi tak respon kat orang. Doc cakap saraf otak dah rosak sebab oksigen tak sampai ke otak masa jantung dia terhenti lebih setengah jam. Tahun lepas pulak, 16.12.2016, mak dapat berita pemergian kakak secara tiba2 (saya masih belum kuat untuk buat entry pasal ni sebab rasanya mungkin keyboard tu dah tak nampak dek air mata) . Dua anak mak ditimpa musibah. Semoga musibah ni menjadi laluan untuk insan yang didatangkan ujian mendapat ganjaran pahala dan syurga.


Along, semoga Along terus kuat & sabar menghadapi ujian yg Allah turunkan.



Terima kasih Along sbb jaga abg & sebaiknya. Semoga syurga buat Along & anak2 :'(


Anak sulung abg, Jaya Syirazi. Semoga Razi belajar dari pengalaman lampau & berjaya di masa depan.
 
  





Anak no.2 abg, Syazwisyahmi Marahaini @ Aini

Aini  skrg tgh study kat UITM Kch. Last Year dekat 5 hari jugak masuk hosp jugak sebab asma. Risau jer dengar bab2 asma ni. Jadi fobia lak rasanya. Semoga Allah berikan mereka kesihatan dan dijauhkan dari segala musibah.


 



Jaya Syazwan Haziq @ Haziq, sekarang dah form 4. Thn depan nak SPM





 

Si Bongsu, Syazwisyahmi Mahirah Najwa @ Wawa


"....Buat Along dan family belah Lundu, mun ktk orang terbaca entry tok..kamek orang mintak maaf mun sik banyak yang belah kamek orang tolong. Mak pun sik dapat nak jaga abg atas faktor kesihatan mak. Mok kendalikan machine abg, berik abg ubat, angkat abang dll nang mak sik dapat. Cuma boleh datang ngabas bila mak ada kat Kuching. Kamek orang mok tolong part kewangan, pun masing2 ada tanggungan. Setakat yang mampu jak. Sik dpt selalu. Tapi.... sik pernah hilang dari ingatan kmk orang, doa2 utk abang. Mak terutamanya. Sik pernah putus doa mak untuk abang, anak nya yang selalu hantar mak gi klinik, selalu embak mak makan2 @ raon bila mak ada kat Kuching.

Sampei kinek tok, tiap kali mak bercerita pasal abg..mak sik pernah putus harap. Mak madah mak selalu mimpi abang dah sedar. Selalu mak doa semoga abg cepat sedar & sihat macam dolok walaupun slow2. 

Banyak dah kamek orang terhutang budi atas jasa2 ktk orang, Paknek & Maknek Lundu dan semua yang tolong jaga abg, tolong angkat abang masa checkup hospital. Semoga Allah SWT balas pahala atas semua kebaikan ktk orang. Insyaallah...

Untuk anak2 buah Usu, Usu Eena sayang ktk orang..sik pernah bezakan semua anak2 buah usu..semua sama.. mun Usu ada termarah ktk orang..tertegur ktk orang...merik nasihat, ya bukan sebab Usu saja2 mok nganok/bisin/ngerepak..tapi ya sebab Usu sayang ktk orang..maok ktk orang jadi anak2 yg soleh/solehah..dengar ckp mak & ayah ktk orang.. dah besar kelak, balas jasa orang tua.. jadi insan berguna ngan agama & bangsa. Usu doakan ktk orang berjaya dunia akhirat..amin2..."


Kita tak pernah sangka sesuatu musibah / dugaan akan terjadi dan bakal dilalui bila2 masa. Semoga mereka terus bersabar menempuh dugaan ni.

Yang penting, semoga mereka diberikan kekuatan & sihat badan untuk melalui hari2 mendatang. 


#PrayForAbgJaya
#CikguSams



Thursday, 26 January 2017

PROGRAM : LAWATAN EKSA JPM TAHUN 2016 KE ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM), KL

 
 
 
 
 
08.04.2016 | Sekadar mengabadikan kenangan semasa Lawatan EKSA JPM ke pejabat Angkatan Tentera Malaysia pada 8 April 2016 tahun lepas. Terjumpa gambar yang ditransfer dari HP ke dalam PC opis. Sebelum hilang, baik la update dalam blog ni. Saje2 nak melawat pejabat ATM tu mmg entah bila plak kalau xde pape sebab..hihih
 
Sebenarnya dah tak terlibat dalam 5S mahupun EKSA sebab dah letak jawatan (terlibat sebagai Fasilitator Zon) since tahun 2011-2016, tapi menggantikan Fasi/Ketua Zon baru yang tidak dapat hadir (secara verbal pulak dilantik sebagai Setiausaha Zon) maka berhuhuhuu la sekali lagi kohkohkohkoh 

So pergi time tu lebih kepada nak tengok macam mana pelaksanaan EKSA kat tempat dorang. Banyak snap gambar opis jer tp bila terjumpa gambar ni, tak jumpa plak gambar2 EKSA pejabat dorang. Agaknya masa tu dah transfer gambar2 tu ke folder EKSA opis. So tinggal laa gambar2 ni jer... pun jadi lah buat kenang-kenangan. Tua2 esok bleh tunjuk kat anak cucu cicit kalo panjang umur yg nenek gojes korang merata la jugak pegi join lawatan opis bla..blaa..blaa tu...kihkihh


Nia, opismet..hehe










Lepas abis lawatan, sebelum balik ada sesi bergambar. So mintak la abam tentera tu snap gambar. Bila tengok balik gambar tu, tetiba jadik cenggini..dah kenapakahhh??? Ada 3-4 keping la jugak gelap masa depan camni...hahahhah


adakan percubaan untuk mensabotaj kakmah supaya xde dalam gambar tu..???? :p




Last2 ada sorang lagi abam tu offer nak snap gambar. Nasib baik clear.. bercukurlahh nakkk.. hahah >_<
















❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...