TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Thursday, 22 October 2015

[RESEPI] TUPIK SEI @ TUMPIK SAGUK @ TUMPI SAGU @ TUMPIK LEMANTAK @ LEMPENG MELANAU

 
 
 
  
 
 
 
 Ya Allah.... rasa agak terkilan bila terjumpa balik gambar ni,. gambar bertarikh 16 November 2014. Gambar tahun lepas tapi saya tak update pun dalam blog. Dah tentu saya akan menyesal sebab tak menghargai dan mengabadikan gambar ni dalam blog untuk tatapan, rujukan dan kenangan akan datang andai ditakdirkan mak dah takder.. untuk kenangan diri sendiri @ anak cucu andai mak atau saya dah takder..supaya saya atau mereka tak lupa asal usul akar bangsa dan keturunan..
 
Masa mak masih dipinjamkan pada kami ni la sepatutnya saya abadikan banyak2 segala kenangan, masakan dan apa2 jer pasal mak, keluarga dan ape2 jer yang berkaitan..ni salah satu makanan tradisional Kaum Melanau... makanan masa kecik2 dulu time susah..time ayah tak ke laut sebab musim tengkujuh. Ni la makanan yang menjadi pengalas perut time sejuk2 kami. Pekena dengan air kopi or teh O... memang sangat nikmat... rasa lemak2 masin... terasa2 di tekak... 
 
Mende ni la menu yang paling senang nak buat kalau ade cukup bahan2 tapi sayang saya sebagai anak jati kaum Melanau dulu2 tak berminat nak belajar buat benda ni. Cuma pandai makan jer...tu pun dah lama tak makan ni sehingga la terjumpa balik gambar ni. Tu pun sebab godek2 dan transfer gambar lama dari hp ke PC.
 
Masa mak datang sini ujung tahun lepas sebab kitorang nak bercuti ke Bandung, saya ckp kat mak yang saya tiba2 rasa teringin sangat nak makan ni. Sebab dah lama giler kot tak makan..tiap kali balik kampung, banyak makanan lain yg sedap2..so yang simple2 macam ni mmg tak layan sangat...sombongnya tekak masa tu..uhuhu..so kebetulan mak bawak tepung sagu (jenis basah) masa datang sini ujung tahun lepas...saya request kat mak mintak dia buatkan dan saya nak belajar dengan dia..nanti kalau mak dah takde...siapa yang nak ajar saya..??? saya tak nak ketinggalan dan menyesal walaupun bagi sesetengah orang mende tu kecik jer...kat sapa2 boleh belajar..tapi takde sape yang boleh menggantikan "chef" keluarga sendiri iaitu "MAK"... *kesat air mata*
 
Bahan-Bahan sikit jer... step by step pada gambar..
 
Tepung sagu dicampur dengan kelapa parut & sedikit garam. Sukatan 1:1. Gaul rata.



Panaskan kuali..sapu sedikit jer minyak. Kecikkan api dapur & sudukan bahan ni ke dalam kuali, ratakan sambil tekan sikit2 supaya tak terlerai/hancur..whatever lah ayat yg sepatutnya tak guna.. eh..supaya padat kondisinya tp make sure buat sedang2 nipis..hihi. Lepas tu tutup kuali supaya wapnya tak keluar & balikkan sama cam kita buat lempeng. (sempat call mak tanye kene bubuh minyak ke tak kat kuali tu..lupeeeeeeeee daa)


Dah masak seperti dalam gambar di atas, bolehlah dihidang & makan panas2 bersama2 teh o or kopi O.. boleh juga cicah gula Apong..errr..kat Semenanjung panggil gula nira kot... mak pun kompiussss nakkkk..




Kan dah cakap..nak taip buat resepi dlm entry ni mmg x ingat stepnya kalau tak call mak..kompem  ke laut laaaa cara penyediaan tu.. lebiu mak..



p/s: Sayangilah ibu anda andai masih ada..andai dah tiada..kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang dah pergi..






bai... *lap air mata*


Tuesday, 20 October 2015

> [RESEPI] SAMBAL BILIS PETAI GORENG & MEMORI RUMAH SEWA ABANG NO.3 @ KAMPUNG LINTANG, KUCHING

 
 
 
 
 


Apakah yang lebih menghepikan diri sendiri selain daripada MAKAN...? Jawapan tak lain tak bukan melainkan menghapdet blog untuk saya syok sendiri. hnssshnssshhhnssss (gelak dalam idong)

Ini kisah sambal bilis petai goreng pulak.. Jemu masak sambal tumis petai + udang or sutun, ni jer la menu yang saya suka. itewww sanattttttttt sanattttttttt sukehhh hokeyy (bajet budak baru nak up hapdet FB guna bahasa alien mintak kene lempangggg)

1st time saya makan sambal bilis petai goreng camni zaman duduk ngan abang no.3 time kitorg bujang2 dulu. ehh,...saya tak la duduk dengan dia..tp pendatang dengan izin tiap kali wiken sebab masa tu (Tahun 1998) saya baru lepas SPM dan jadik minah kilang. So wiken kalo busan2 dok umah abg no.5 or abg no.3 (yg sekarang koma tu), saya akan balik Kampung Lintang, Kuching. Nama jer balik kampung tp kampung dia dlm bandar okehh.. seberang Waterfront Kuching tu jehhhhh. Masa tu abang no.3 duduk ngan housemate dia, Alex. Orang kampung Igan dgn Jolis, org kpg Kebuwaw...ehh detail plak pasal housemate dia walhal nak cite pasal petai..petaiii oiiiiiiiiii petaiiiiiiiiiii...bukan pasal dorangggggggggggggg.

Berbalik kepada topik asal, memandangkan masa tu saya segan tak berapa tererr sangat nak masak  kat umah dorang, so kebanyakkan kawan abg yg nama Alex tu masakkk. Saya kan pendatang dengan izin..so malu la kalo tetiba memandai nak masak kat umah orang bujangggg lelaki. So ade la sekali petang tu, tgh saya berehat sebab penat balik dari keje kilang buat kotak,. saya pun baring2 sebenarnya pantang lepaskan peluang untuk membuta berehat dalam bilik abg.

Tengah syok2 saya berehat melakar peta impian, tiba2 tercium bau semacam sambal belacan goreng dari luar bilik aka bahagian dapur yang sekangkang kera jer dari bilik tidur tu. Almaklumlaaa umah sewa abg saya tu umah papan jer. So masak ape2 pun bau mmg masuk dalam bilik. Kalau time member2 abg datang lepak kat rumah abg, dorang kentut kat ruang tamu..kitorg yang dalam bilik boleh dengar dengan jelas intonasi dan pitching kentut tersebut sama ada menjurus ke arah untuk mencirit atau melepaskan angin disebabkan banyak makan biji buah cempedak rebus. Memang jelas sangat... 

So, memandangkan rehat tidur telah terganggu dengan bau tumisan berunsurkan belacan tersebut disulami dengan bunyik gelak2 anak2 teruna nyaris2 terlajak (abg saya dan kawan2nya yg semua umur 30++an masa tu), maka saya dah tak boleh berehat dengan tenang menyambung melakar impian..

Lepas hampir sejam hidung kembang kempis menahan napas kebuluran sambil perut dah bunyik2 mintak isi (perut tak paham bahasa betul kat umah orang lak tu), tiba2 abang saya ketuk pintu ajak makan. Saya tengok jam...dah lebih kurang 6.30 ptg. Owhh..kira makan malam lah tu..so dengan rasminya saya malam tu tak payah bertugas kat dapur aka masak utk dorang ngahahahahha!!

Rupa-rupanya abg dan housemate dia masak sambal bilis petai goreng. Patutlahh semachhhhammm bau dia...saya syak mmg bukan sambal belacan tumis jer dorg buat..mesti samtinggg..bau yg x pernah saya cium... petai rupanya.. tapi sambal bilis petai dorang buat tu bukan cam yang saya buat nih...petai tu dorang hiris2 sedang nipis sekali dengan kulit2nya. Kiranya makan dengan kulit laa.. Bila dah rasa, mula2 cam pelik jugak sebab petai kan kitorg biasa ulam cicah sambal belacan + bilis tp ni digoreng @ ditumis sekali. dah 2-3 suap...hmmm sedap jugak..sama jer cam kita makan petai ulam tu... Dalam makan2 tu, segan jugak dengan dorang sbb saya yang anak dara ni tak de tolong dorang masak. Tapi sape suruh tak kejut kann... errr ke dorang sendiri mmg nak makan air tangan sesama dorang anak teruna tu..muakakak...

Dah settle2 makan, baru la saya senyap2 tanye abang ape bahan2 utk buat sambal bilis petai goreng camtu. Rupanya bahan dia senang sangat..tutup mata jer dah siapppp... hahahah. Apa2pun thanks banyak2 pada abang & housemate dia..walaupun duk bujang, ade jugak resepi yang saya tak pernah terfikir bleh dapat walaupun resepi simple2 jer.  

Saya tak sure @ tak pernah jumpa lagi kalau kat Semenanjung ni cara penyediaan sambal petai camni sebab biasanya jumpa yang bilis (tak ditumbuk) digoreng dengan petai tetapi kalau kat Kuching,,,ehhh pun tak pernah jumpa lagi. ckckckckc... Kalau jumpa pun dalam rumah sendiri sebab sendiri yang buat..ke buat camni agak pelik ekkk... ngahahahah!!  tapi jangan pandang sebelah mata pada rasa.... mmg meletoppppp pada tekak saya la...tekak orang lain, makkk tak tauuuu :p


So cara penyediaan adalah seperti berikut:-

Bahan-Bahan:

1) Segenggam ikan bilis siap kopek - cuci bersih & toskan.
2) 3-4 biji bawang merah 
3) 2 ulas bawang putih
4) Cili api - ikut suka nak pedas mana
5) Belacan - sikit jer amek2 rasa
6) 2-3 papan petai - dihiris dengan kulit /buang kulit & hiris - optional
7) Air asam jawa - secukup rasa (dlm 6 sudu makan)
8) Gula & serbuk perasa secukup rasa

Cara Penyediaan:
1) Bahan2 no.1 sampai no.5 tu tumbuk sekali sampai sedang2 lumat.
2) Kemudian tumis bahan yang ditumbuk lumat tadi sampai sedang2 garing.
3) Masukkan air asam jawa & biar bahan2 tadi agak kering. Masukkan gula & perasa.
4) Last sekali, masukkan petai tadi..gaul2 rata sekejap & tutup api. 


Dah siap goreng, boleh la dihidang dengan 2 pinggan nasik panas2...nak2 plak kalau [Beras Sarawak] ...fuhhhhhhhhhhhhhhh rasa cam sekarang jugak nak balik Sarawakkkkkkkkkkkk ehh tetibeeeeeeee







Thursday, 15 October 2015

BILA BATUK DAN SELESEMA MELANDA

 
 
Minggu ni masuk minggu kedua batuk dan sesema tak baik2 lagi. Sebenarnya start dari musim jerebu aritu lagi tp tak terasa sangat time tu. Minggu pertama tu dah mc Kerajaan sehari. Da x larat sangat..badan mlm sejuk2. Doc ckp viral fever. Dpt bekalan ubat seminggu. Ubat batuk dpt sebotol tp saya request kat doc nak 2 botol.. Doc ckp bleh rujuk kat farmasi. Kat pharmacist, saya ckp nak 2 botol ubat batuk sbb malas nak dtg semata2 nak amek ubat. Mula2 pharmacist cam tak bagi tp saya ckp kalau saya batuk, bukan seminggu jer...lebih dari tu. Last2 dpt jugak 2 botol...huhu... 
Minggu kedua, selasa lepas still x ok lagi. Badan lembik...dah tak larat sangat, petang Isnin saya mintak kebenaran balik thari. Lepas isi borang kebenaran keluar, incek hubby amek saya tengahari & hantar g klinik swasta lak..dpt MC jugak tapi tak guna pun sbb pagi tu keje & petang tu dah isi kebenaran keluar pejabat kat bos. Saje nak try ubat batuk klinik lain. kot serasi @ cepat baik. So far ok la  sikit tp dari batuk berkahak kepada batuk kering plakkk. Lagi hazabbbb...bukan tekak tu kira tempat open ke tak kalau datang nak batuk bertalu2 tu. Dalam lif, tengah makan, tgh buat keje kat opis. Memang hazabedahhhh sesangat. Sebab tu part kalo sesema ok lagi, sesema la seminggu ke 2 mggu ker... boleh tahan lagi tp kalo batuk ni...
dada rasa cam nak pecah..
anak tekak rasa dah nak terkeluar..
isi perut rasa nak terburai..
dada rasa sempit..bila bernafas..dengar bunyik hew..heww.heww dari dalam..
sempotttt...
perut cramp..badan sakit2 cam kene tarik jer...
tiap kali batuk pagi2 or malam, tiap kali muntah. 
kdg2 rasa cam sia2 jer makan ubat...pas makan, bila terbatuk..muntah..
lembik..
Cakap jer..
madu, ubat batuk, ubat cair kahak, kicap + limau... saya try jgk...
Selama tempoh tu, kontrol jugak bab2 makan dan minum ni. Yg berminyak2 tu tak makan. Air minum air suam panas jer. Ais2 mmg tak minum. Kat opis, sebab malu kat orang..saya sarapan kat meja sendiri jer.. tak join opismet minum or lunch sekali. Malu kalo tgh orang makan, kita batuk bertemakan lagu Keruh Di Muara Kasih... kot org geli...kita sendiri dah tentu taknak malukan diri sendiri...
So, redho jer la..menunggu batuk ni berlalu pergi.. dah tak larat......................... -_-'


Friday, 9 October 2015

> SAMBUNGAN KISAH PEMBEDAHAN GIGI GERAHAM BONGSU (TAHUN 2014) & TIPS SEBELUM PEMBEDAHAN

 
 
 
 
  #Throwback #Trobek2014
 
Sambungan kisah PEMBEDAHAN GIGI GERAHAM BONGSU di Hospital Putrajaya  pada 14/10/2014 thn lepas (ehh dah hampir setahun entry ni terperap jer dlm draft...huhu..)
 
 
 
 
 
7.20am - Saya ngan incek hubby sampai di Hospital Putrajaya. Encik Hubby drop saya jer dulu sbb nak cari parking. Saya lak sampai2 tu, perut lak meragam. kecut peruttttttt nak cabut 4 batang gigi geraham hoiii... tiap kali nak g klinik or hospital, mmg camni la jadiknyer...dari dulu2 lagi..huhu
 
7.30am - Saya register kat kaunter utk kemasukkan wad harian (day care). Naik tingkat 1 & serah kad appmnt kat nurse. Tunggu giliran tp saya sorg jer pun. Terus dipanggil nama. Masuk belah dalam, nurse check darah @ bp dulu pastu timbang & ukur ketinggian. Tang berat tu, menten lagi x cecah 70kg..bhahah
 
 
 dapat gelang special :p

8.00am - lepas settle2 tu, nurse kasik "uniform rasmi" dan gelang special hospital. Suh saya tukar siap2. Dalam tgh tukar tu, incek hubby lak call tanya saya kat mana..huhu..lame jgk tu nak carik parking. Ape kan daya..plan asal 6.30 tu kuar umah tp incek hubby lak keje malam. So pagi tu bertolak kul 7.15 am dari rumah. Sampai2 tu op kosssssssss ler susah nak carik parking.
 
 
 


8.20am - Saya dapat katil no.14, incek hubby teman sekali tp saya ckp kat dia kalau penat & ngantuk (sbb mlm tu x tido), bleh jer balik lepas saya masuk Dewan Bedah tp dia ckp dia blh tunggu sbb saya operate & bius x sedar utk operation tu..maybe dia risau takut saya jatuh or mamai2...huhu
 
 
lepas sarung uniform..maka bermula la jantung berdegup kencang -_-'


8.30am - Pakar bius sampai..interview skit pasal saya & medical history. Masa tu darah saya tinggi & bp masa check pagi tu ialah 139/90. Maybe sbb semalaman tu saya susah nak tido jugak...risauuu...sudahnyer tido lewat, naik ler bp nyer. Disebabkan saya baru kene darah tinggi, so pakar bius ckp akan masukkan tiub besar skit dari pen (siap tunjuk pen dia) utk mengelakkan saya mengalami masalah penafasan. Saya siap tanye, tiub tu cucuk time saya sedar lagi ker time dah kene bius?? Nasib baik dia ckp masa saya dah kene bius.. Fuhhhhhh..!! Takpe lah..lega sbb dah bius time tu kan... >_< Saya pernah kene cucuk tiub kat hidung masa operation apendiks thn 2008, hidup2 time tu sambil mata terkebil2 tgk nurse pelatih dari Masterskill buat keje dan  dan masih terasa kengiluan semasa kejadian tersebut...huhu

8.45am - pakar / dentist gigi lak sampai...dia eksplen itu ini, pastu dia ckp pagi tu saya turn yang PERTAMA.. whatttttttt..?? kecut perut hoiiiiiii...hahaha.. dorang tanye saya nak g toilet tak? Saya ckp takkkkkkkk... tapi lepas assistant panggil utk masuk dewan bedah, tetiba saya rasa cam nak g toilet... kahkahkahkahh!!
 
8.50am - bukak tudung, pakai tutup kepala yg assistant tu bagi, pastu dia bawak saya g dewan bedah. Sampai sana, dorg interview ape yg patut, lepas tu kene baring kat katil sblm disorong ke dalam bilik pembedahan. Hati dah duppp..dappp..dupp..dapp..muka jer nampak menten tp pucat + kecut perut + berdebar2. Sampai dlm bilik pembedahan, kene pindah katil lagi satu..katil tempat dorang MENGERJAKAN saya..hahaha
 

9.00am - Sorg doc cucuk drip, sorang ajar cara pernafasan sbb dah pasang oksigen kat saya..yg lain2 lak bukak  baju pastu pasang sticker & wayar2 tu kat dada & tepi rusuk. Masa tu selawat & doa tak putus2. Tawakal jer la semoga berjalan dengan lancar. Saya ni kalau sejarah dengan dentist, dari sekolah rendah mmg x berapa ok. Bukan dorang yg x ok, tp saya yg x ok..tak ok nyer sbb geli bila imagine alat2 tu masuk lam mulut tanpa dicuci terlebih dahulu. Nak2 plak org yg sblm saya tu guna, saya tau kondisi gigi buruk & busuk dia..hahah giler punye imaginasi time kecik2 dulu. Kalau kad hijau tu bertukar tangan, saya la org pertama yg rasa nak terkencing, terberak, seram sejuk rasa cam nak lari balik umah takut nama saya kene panggil. Kene pulak budak2 kelas masa tu (darjah 4-6), mmg suka nak sakat saya. Asal dtg jer kad hijau tu, walaupun kawan lain punye..dorang bantai sebut nama saya. Mau x fobiaaa.. Konghasammm tol dorang tuu!!!
 
11.30am - Pastu saya rasa ngantuk....pastu x sedar dah.........tau2 dah SIAPPPPPPPPPP... ehh...cepatnyer... bhahahaha...!!! dorg dlm bilik tu dok panggil2 saya tp rasa cam berat giler mata nak bukak. Saya cuma terdengar nurse ckp puan ni ngantuk lagi nih...kesan bius.. pastu yg sorg lak ckp haa "..cam ni la kesan morfin.." mende ntah dorg sembang2..saya cuma dengar jer dorg ckp2 tp x larat nak bukak mata, Bila dorang panggil, saya bukak kejap2 jer..pastu sambung tido balik. Bila masa dorg angkat saya atas katil kat wad tu pon saya x tau.. tau2 dah kat atas katil tu. Saya dengar sora incek hubby dok kejut2 saya lagi. Dok gosok2 bahu & tangan saya. Ade jgk nurse kat situ dok panggil2. Gigihkan jugak bukak mata walaupun rasa cam kene UHU jer kat mata tu...
 
Pastu saya rasa cam saya mmg kene sambung tido blk..bg la respon ala kadar kat incek hubby & nurse situ..pastu tido....sampai la saya sedar time atendan hantar mknn. Sedar2 tu saya ckp ngan incek hubby nak g toilet. Dia panggil  nurse. Nurse dtg bawak wheel chair. Siryess, kalau incek hubby xde time tu, susah jugak la saya nak gerak. Dalam toilet tu saya tersengguk2 ngantuk @ mamai. Bab2 dlm toilet ni saya risau takut jatuh jer. Takut pisang berbuah dua kali. Subuh2 pitam & jatuh dlm bilik air sampai dlm bibir pecah & gigi retak masa kene virus thn 2012 masih terasa sampai sekarang. huhuhu. 
 
Balik dari toilet, saya mintak bukak kapas lam molot. Rimas... tp xde ler rasa sakit lagi masa tu. masih kebas2 giteww..tp dpt rasa la telan air liur campur darah tu caner. Masa tu doa2 supaya x muntah jer la.. dah stabil skit, incek hubby tanye saya nak makan ker tak. Ade bubur kat situ. Saya ckp nak..sbb dah lapar. Posa dari tgh malam tu, thari tu baru dpt makan. 
 
 
 
 sedappp hoiii... lepas2 operate, pas sedar terus dpt eskrem Mat Kool neh..bhahaha

Yang kelakar masa incek hubby suap bubur tu, saya rasa cam bibir saya tebal & juih panjang giler. Cam rasa bibir tu terjulur2 jer...kebas..minum air asyik meleleh...huhu..bubur tu saya makan separuh jer...pastu nurse datang kasik eskrem..incek hubby suapkan jugak. Mata pejam2 jer menikmati bius yg masih ada sambil telan eskrem. Terasa jgk sejuk2 tu tp pyg best sbb dah xde ngilu tang gigi bila mkn sejuk2. Tapi masa tu saya terlupa langsung nak tanye ape kejadian kat gigi geraham yg berlubang tu.. Adakah dah ditampal or saya x rasa ngilu sbb masih kebas..
 


 muka lega.. menten cool lg sebab kesakitan pas ilang bius tu blm terasa.. hhuhuu
 
 
 01.30 tengahari -  Saya suh incek hubby g sambung keje. Kesian lak dia dah menunggu setengah hari..dengan tak tido lagi dari mlm tu. Saya ckp saya nak tido. Ngantuk sangat2. Incek hubby tanye nurse bila saya bleh kuar. Nurse ckp kene tggu pakar bius datang dulu check saya ok ker tak, baru bleh balik. So incek hubby g keje lepas saya tertido tu... 
  
 
sedappp woooooooooooo.. tskktskkktskkkk


3.30pm - Saya sedar sbb dengar budak sebelah dok ckp2 ngan mak dia. Tak tau jiran sebelah katil sakit ape. Saya g toilet lepas tu nurse ckp saya bleh tukar baju kalau nak. Dorg tanye2 jgk saya ok ker tak. Saya ckp ok. Ok jer laa sbb x rasa ape2 pun a lagi tmpt cabut tu. Dorg pesan, kalau saya rasa x stabil lagi, kene rehat dulu & make sure incek hubby kene naik utk ambik saya. Takut jatuh ke ape, kang lain lak cite kang..saya ckp saya ok, dah bleh jalan slow. Sambil duduk menunggu sblm nak balik tu, sempat lagi sambung perabis bubur tadi...ade air coklat ke mende ntah...sedappp jer rasa... lapar punye pasal kan..hehehehe
 
 
  dah cabut maknanya dah boleh balik yeayyy
 
 
4.30pm - Saya dah siap tukar2 baju, cuci muka. Slow2 jer. Wad harian kat situ tutup kul 6.00 pm so saya adalah org ke-2 last yg kuar dari situ. 
 
5.00pm - Settle padam nama kat kaunter pendaftaran & maklumkan yg saya kuar wad. Sambil tggu incek hubby dtg ambik, saya sempat "shopping" pau rendang 2 ketul, pau kacang merah seketul & pau kelapa seketul. Besar nafsu nak makan sume2 tu x sedar diri gigi tgh sakit. 
 
 
 bekalan bawak balik rumah
 
 
 6.00pm - sampai rumah, letak beg ape sume, makan pau..cubit sikit2 gigit guna gigi depan tp x leh nak telan. Seriau takut tergigit guna geraham. Wlupun bukan kene kat gigi geraham tu, tp takut termasuk mknn kat tempat berjahit tu.. Last2 saya panaskan sup Campble dlm tin tu..tunggu sejuk dulu baru le makan. Tak boleh mkn panas2 nnt bleeding lak kat dlm tu.
 
So, malam tu..dengan berakhirnya kesan bius tu, maka BERMULALAH kesan cabut utk 4 batang gigi tuu...sepanjang malam layan hp/fb/insta ditemani rasa nyut2. Tapi ubat dari siang tu mmg saya x tinggal. Mmg kene makan. Malam tu sblm tido mmg doc pesan kene gosok gigi utk kurangkan risiko jangkitan. Masa menggosok tu mmg kene slow2 takut tergosok tang jahit. Pastu kene berkumur dengan ubat antiseptic yg doc kasik. 
 

 
 Hasilnya, lps hari ke-2, saya tgk muka sendiri dlm cermin...
 dagu dah sama level dengan pipi...mukaku kiri kanan dah
 membengkakkkkkkkkkkkk..!!!
  hhuhuhu.
 
 
Mc doc kasik 3 hari jer, maka esoknyer tu (Jumaat) kene g klinik biasa utk sambung mc.. hhuhu.. Pastu yg kasik panas line,  member ckp adik dia buat cabut 3 gigi kat Hospital Serdang dpt seminggu mc..ngape tak sama yerrrrrrr..?? ke doc time tu murah ati nak kasik mc...??? huhu
 
 

 
 
 Mane-mane yang masih tak tau macam mana bentuk gigi geraham bongsu kita yg biasanya dibuang tu, cam ni laa.. Biasanya doc @ dentist akan x-ray dulu untuk menentukan keadaan gigi bongsu kita yang tumbuh secara x betul tu... 






 
SEDIKIT TIPS SEBELUM PEMBEDAHAN GIGI GERAHAM BONGSU
 
1)  Buat Scaling @ Cuci Gigi Sebelum Operation @ Cabut Gigi
 
- Lepas dentist kat Hospital Putrajaya check gigi mana yg nak operate, biasanya dia akan mintak kita "cuci" gigi kat mana2 klinik Kerajaan terlebih dahulu (nak cepat, g klinik swasta tp keluar duit sket la). Maksudnya buat scaling buang plak mana yg x patut tu. Kalau di Putrajaya aritu, saya buat dengan dentist kat klinik kesihatan presint 9 nama Dr. Muhd. Ammar. Mmg saja request dia sbb sblm2 ni pengalaman saya buat scaling dengan dia, dia mmg ok. tak kasar malah kita rasa selesa.Takde ler pegi klinik cam nak kene hukuman tatatertib jer..bhahaha

Dr. Muhd Ammar ni terbaik..!!
 
Bad experience saya dengan dentist sblm dengan Dr. Muhd. Ammar tu adalah dgn dentist perempuan, bangsa xxxxxxxxxxxxxxx bangsa tidak akan dinyatakan di sini. Sangatlah kasar baik dari tingkahlaku mahupun bahasa. Saya pergi jumpa perempuan tu sbb sakit gigi, nak tampal yang berlubang, lepas tu boleh dia ckp gigi saya ok jer. Siap tolak2 n tekan gigi saya. Saya dah cakap awal2 kat dia, kalau x berlubang, kenapa bleh ngilu kalau makan mknn panas & sejuk...? . Lepas tu bila saya ckp gigi bongsu saya sakit. Dia ckp x boleh buat apa.. erkkk... Sakit hati hoiiii.. kasau nau ko yer. Next apptmnt tu, saya ckp kat kaunter pendaftaran yg saya x nak dentist perempuan bangsa xxxxxxxxxxxxxxxx tu. Terus dpt Dr. Muhd. Ammar tu.. lega... 
 
 
2) Maklumkan Sekiranya Menghidapi Apa2 Penyakit dan Ubat Yang Diambil Beserta Dos Pengambilan
 
 - Memandangkan saya baru kena darah tinggi, doc kat Hospital Putrajaya mintak kita inform penyakit apa yg kita ada. Beserta nama ubat dan jumlah yg diambil. Kalau rasa takut x ingat nama ubat2 tu dan jumlah mg yg diambil, just snap gambar ubat & tunjuk pada doc. Cam kes saya aritu, memandangkan saya ada darah tinggi, doc ckp saya perlu dimasukkan tiub besar sikit dari pen dan dibius penuh sebab takut komplikasi lain seperti sesak nafas dll. Lepas cabut tiub tu, ade pendarahan sket kat idung.. huhuh
 
 
3) Maklumkan Sekiranya Mengalami Apa2 Alahan @ Allergic Kepada Ubat-Ubatan
 
- Yang ni pun perlu jugak.. kot la korang ade allergic kat apa2 ubat kan... kang x memasal kene g hosp/klinik blk sbb alahan tu. 




So, pada mana2 yang ada masalah pada pertumbuhan gigi geraham bongsu ni, cepat2 laa jumpa dentist.. saya bertahun2 mengidap sakit gusi ni sebab takut nak pergi jumpa dentist disebabkan sejarah2 lama, bertangguh2 nak pergi dan sanggup menahan sakit selagi boleh. Bayangkan, gusi tempat gigi bongsu tu nak tumbuh start sakit tahun 2005, zaman anak dara lagi masa tu. Sebulan tak makan nasik sebab bengkak..
 
Lepas tu, masalah tak selesai walaupun gigi geraham bongsu tu dah tumbuh sebab gusi yang terbelah tempat keluarnya gigi geraham bongsu tu senang untuk makan terselit. Tiap kali makan, makanan akan terselit celah2 gusi tu, lepas tu jadi bengkak & sakit. Malam2 tableyyy tido sebab rasa berdenyut2. Tu tak masuk lagi tiap kali makan sate ke..kuah kacang ke, terkena lak tempat gusi bengkak tu. Menitik2 air mata tahan sakit tapi masih jugak degil tanak g jumpa dentist... jiwakental sungguh..muakakak
 
Sampai la ke tahap dah nyampah sangat hampir sepuluhhh tahun...yerrr..sepuluh tahun menderita sakit gusi, baru la kuat semangat nak buat keputusan jumpa dentist & cabut terus 4 batang gigi geraham bongsu tu. 

Hasilnya sekarang walaupun gigi saya tak la secantik gigi orang lain tapi dah tak menderita bengkak gusi or sakit gigi... dah boleh senyum macam nih...






sekian, time kasih..
 
babaiiii....!!!!!!!!!!!!!


Thursday, 1 October 2015

[RESEPI] KEK PISANG LEMBAB

 
 

Kek Pisang memang salah satu kek fav saya dari dulu2. Tapi tiap kali beli, terasa sangat perisa pisang yg dorg bubuh dlm tu. Selalunya buang jer la sbb mmg tak suka rasa pisang tu.

Sampai la terjumpa resepi kat group masak2 kat FB ni. Dah banyak kali try, memang sedap. Cara buat pun senang. Cikai2 pun bahan tak banyak mana pun. Sebelum ni resepi save dalam hp, tapi bila transfer gambar ke PC..dah x jumpa dah resepi tu. Jenuh nak skroll balik kat group FB yg dah tentu dah x jumpa dah. Nak2 pulak line Celcom cam....... 

So, untuk memudahkan semak balik resepi lepas ni, kene ler save resepi tu dlm blog sendiri. Credit tu group Fb Mama Kent. Resepi seperti berikut:-


Bahan-Bahan:

1) Dua (2) cawan tepung gandum*
2) Satu (1) sudu teh baking powder*
3) Satu (1) sudu teh soda bikarbonat*
(*bahan2 yang diayak sekali)

4) Sepuluh (10) biji pisang emas dilenyek (guna 7 biji pisang berangan pun boleh)
5) 125gm butter dicairkan - dan disejukkan
6) Satu (1) cawan gula perang
7) Satu (1) sudu Ovellet
8) Satu (1) sudu kecil vanila
9) Empat (4) biji telur ayam gred A
10) Setengah (1/2) cawan susu cair


Cara Membuat:
1) Pukul telur  bersama ovellet dan gula sehingga kembang.
2) masukkan telur berselang seli dengan butter yang telah dicairkan.
3) Masukkan pisang yang telah dilenyek, susu cair dan gaul rata.
4) Panaskan oven dengan suhu 160 darjah.
5) masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit mentega dan dialas dengan kertas minyak. 
6) Lepas tu bolehlah dibakar sampai masak (check guna lidi untuk pastikan bahagian dalam betul2 masak/kering).
















Tadaaaaaaaaaa....!! dah siapppp... bolehlah dinikmati bersama teh o panas2..hehe








❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...